BondeZaidalifahDotCom: BOUNCE RATE TINGGI! MACAM MANA?

BOUNCE RATE TINGGI! MACAM MANA?

6:58 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua...

Apa khabar? maaflah semenjak dah mula bekerja ni tak sempat nak update entri... maklumlah mood raya dan mood keje dah bercampur aduk ha ha ha...

Nanti Bonde share sedikit cerita-cerita masa sambut Syawal dekat blog tersayang.. ada ke nak baca? adakan...he he he

Sebenarnya, 
Bonde berasa sedih dengan blog Bonde nih... tak tahu mana kurangnya...UV dan PV semakin menurun. Nak kata Bonde tak update blog rasanya ada sahaja entri baharu walau tak banyak.. 

Bila semak google analytics, terkejut tengok bounce rate mencanak naiknya 87.88 % rasa nak jerit hada, rasa nak meroyan pon hada... bukan itu yang Bonde inginkan... uwaaa uwaaa uwaaa nages...

BOUNCE RATE TINGGI! MACAM MANA?


Bounce Rate
-gambar google-

Sebenarnya Bonde bukanlah pakar sangat pon bab-bab google analytic dan bounce rate tu, tahu dari rakan-rakan blogger dan tanya-tanya pada mereka yang pakar... hu hu hu dapatlah membantu menurunkan semula bounce rate blog Bonde nih... hi hi hi

Apakah bounce rate?

Bounce rate adalah peratusan yang di kira dari pengunjung datang ke blog sehinggalah mereka keluar semula dari blog. Sebagai contoh, seorang pengunjung datang ke blog hanya membaca satu entry sahaja, selesai membaca terus tutup dan keluar dari blog tidak membaca entry yang lain yang terdapat dalam blog. 

Jika pengunjung suka dengan blog kita, dia akan baca entry yang menarik yang terdapat blog dan tidak hanya membaca satu entry. Dan bila keadaan ini berlaku, nilai peratusan bounce rate dapat dikecilkan dan sekaligus kualiti blog kita semakin bagus. 

Maksudnya orang suka baca apa yang kita tuliskan ataupun entry yang ditulis menarik perhatian pembaca. 

Info baca ini disini : azhafizah

bounce rate
-gambar google-

Pening memang pening tapi demi nak dapat apa yang baik kita cuba sedaya upaya google sahaja... macam-macam maklumat hada.

Dari maklumat dan sumber yang Bonde dapat... bounce rate seeloknya menpunyai % rendah, lebih kurang 10 %- 40 % tak boleh tinggi sangat dari % tersebut tak elok untuk blog.

bounce rate
-gambar google-

Kumpul info dan cara-cara nak rendahkan bounce rate! Tak apalah ini adalah jalan penyelesaian yang Bonde cuba cari dan buat untuk pulihkan Blog Bonde... wish me luck! he he he 

Apa pon moga Blog kembali kepada asal InsyaAllah.

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

2 TEGURAN MEMBINA

  1. Sama la kak T.T, tapi aku ni sekali tinggal kan blog terus bersawang. Nasib tak berhantu je. Hehhehee

    ReplyDelete
  2. mama punya blog lagi teruk haha.. blog mama mmg tak menarik kut

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN