BondeZaidalifahDotCom: RESEPI KETUPAT SOTONG KELANTAN VERSI BONDE

RESEPI KETUPAT SOTONG KELANTAN VERSI BONDE

5:59 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang..

Haiii reader semua...

Apa khabar hari ini... Semalam Bonde ada share... Gambar di IG dan FB tentang percubaan pertama Bonde untuk memasak Ketupat Sotong...

Sebenarnya Bonde dah lama teringin nak buat sendiri sebab nampak resepi nya sangat Mudah sahaja...

Memandangkan semalam adalah hari sabtu dan ada banyak masa didapur... Bonde cubalah resepi tersebut.

Pada mulanya Bonde ingat Ketupat Sotong ni makan dengan rendang ke , sambal ke... Rupanya Ketupat Sotong makan macam tu sahaja... Ia sejenis pencuci mulut... @desert macam tu.. resepi ini berasal dari Kelantan.


KETUPAT SOTONG



RESEPI KETUPAT SOTONG KELANTAN VERSI BONDE


Bahan bahan :

Sotong - 5 ekor saiz sederhana besar
Beras Pulut  - 1/2 cawan
Gula melaka - 1 Ketul
Daun pandan - 1 helai
Lidi potong ikut bilangan yg diperlukan
Santan pekat - 1 kotak kecil



Cara caranye :
1) Siang sotong dan bersihkan bahagian dakwat dan kepala dibuang



2) Basuh beras pulut dan rendamkan ke dalam santan dan biarkan beras pulut sedikit kembang.



3) Simpul daun pandan dan letak dalam periuk. 

4) Letak santan pekat dan garam secukupnya ke dalam beras pulut yang telah dibasuh dan gaul sebati. 



5) Masukkan beras pulut ke dalam sotong dan tinggal suku ruang bagi ruang pulut mengembang. Jangan terlalu ketat dan terlalu longgar kerana takut sotong pecah waktu masak nanti.



6) Sumbat kepala sotong pada bahagian atas dan cucuk lidi menyilang menikam kepala dan badan sotong. 

7) Terus masukkan sotong yang disumbat pulut ke dalam periuk berisi daun pandan.

8) Setelah siap, letakkan periuk di atas dapur tanpa perlu nyalakan api.

9) Masukkan lebihan santan pekat ke dalam periuk berisi sotong. Campur setengah cawan air ke dalam santan. Tak perlu kacau.

10) Letak gula melaka yang telah dicairkan terlebih dahulu tapis ke dalam periuk 



11) Buka api sederhana kecil dan biarkan ianya mendidih sebati dengan santan.



12) Setelah gula Dan santan nampak likat dan pekat, boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



kredit resepi  Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

3 TEGURAN MEMBINA

  1. Serius saya pun tak pernah rasa lagi.
    Jadi rasanya macam mana ya.

    ReplyDelete
  2. Maknanya ketupat ni rasanya manis la kan... hmm... tak boleh bayang lagi rasanya macam mana sbb sotong biasa makan pedas-pedas je..

    ReplyDelete
  3. Manislah ye.. Tak pernah makan lagi..

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN