BondeZaidalifahDotCom: BONUS RAYA PENJAWAT AWAM SELANGOR 2017

BONUS RAYA PENJAWAT AWAM SELANGOR 2017

11:38 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua,

Hari ini ada berita mengembirakan bagi Bonde dan keluarga serta anggota perkhidmatan awam yang berkerja di Selangor.

Alhamdulillah syukur sangat diatas pengumuman Bantuan Khas Kewangan Sempena EidulFitri.

Pengumuman dibuat dibuat oleh Menteri Besar Selangor.

Pada majlis Rapat Ramadhan yang diadakan pagi tadi, saya telah mengumumkan bantuan khas raya sebanyak dua bulan gaji yang akan mula dibayar pada 21 Jun ini. Terima kasih kepada penjawat awam yang menjadi tunjang kestabilan Negeri Selangor. 

Inilah satu-satunya Kerajaan Negeri yang peduli penjawat awam. Adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk terus mempertahankan Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini yang menyanjung tinggi peranan dan sumbangan perkhidmatan awam.

Bonus Raya Penjawat Awam Selangor 2017


Dalam pada itu Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri Selangor turut bercadang untuk memberikan satu lagi insentif kewangan kepada penjawat awam pada penghujung tahun ini, namun ia tertakluk kepada prestasi jabatan dan anggota perkhidmatan awam negeri.


Bonus Raya Penjawat Awam Selangor 2017.


"(Jumlah) insentif itu akan kita umumkan kelak dan ia bergantung kepada prestasi jabatan dan anggota. Sekiranya mereka berkhidmat dengan lebih cemerlang, sudah tentu mereka mendapat ganjaran lebih besar," katanya. - bernama


Foto Azmin Ali, Bonus Raya Penjawat Awam Selangor 2017,

Syukur alhamdulillah bayaran akan dibuat pada 21 Jun... dapatlah shopping raya guna duit gaji dahulu kerana gaji awal bulan ni iaitu pada 16 Jun gaji telah dibayar...

Memandangkan dapat gaji awal dan dapat bonus lagi... kenalah kita berhati-hati berbelanja untuk menghadapi bayaran gaji pada bulan Julai seperti biasa iaitu pada 25 haribulan.  (lebih kurang 40 hari) nak tunggu gaji baru hu hu hu...




~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

1 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN