BondeZaidalifahDotCom: NAIK BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

NAIK BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

10:26 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua...

Apa khabar... lama dah tak bersiaran maklumlah cuti panjang hu hu hu... Bonde pon kebelakangan ini agak sebok sikit, amboi... nak mention jugak tu... sebok yang biasa-biasa taklah sebok mana pon, cuma kadang-kadang apa yang dirancang tu tak ikut seperti yang telah di check listkan tu... kalau pandai susun jadual dan tugasan ianya akan... pasti nampak cantik jer perjalanan aktiviti harian tak lah teruk mana sebenarnya.  Kadang hingga rasa kelam kabut dibuatnya.

Malam minggu lepas Bonde meluangkan masa bersama family jalan-jalan tengah malam ke Ayer 8, Putrajaya.

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Keluar rumah lebih kurang jam 9.30 malam, sampai di Ayer 8, Putrajaya lebih kurang 30 minit selepas itu...

Sebenarnya... sudah lama Bonde tahu terdapatnya  Beca Berlampu di Ayer 8, Putrajaya ni... tapi baru malam minggu yang lepas Bonde teringgin nak jalan-jalan dekat Ayer 8, Putrajaya sambil naik "Beca Berlampu"

Memang terujalahhhh firstime katanya

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Kata Beca? tapi kenapa kereta jadi beca... ha aaaa percaya ke idak... beca ni diperbuat dari body kereta terpakai tau... (waksegen kuning tuuuu) jangan nak seram pulak yea...

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Tadaaaaaaaaaaaa.... macam tulah rupanya dibahagian dalam... ada pedal untuk dikayuh ini, beca moden tau.... siap ada bumbung dah... canggih tau!siap ada stering untuk dikawal....

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Dari jauh lagi... dah nampak lampu berwarna-warni

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Memandangkan jam telah menunjukkan jam 11.30 malam... walaupun sudah hampir tengah malam, masih ramai lagi pengunjung yang datang nak naik beca ni... rasanya aktiviti mengayuh beca ni seronok sangat...

Kami pun terus mencari kaunter dah membeli tiket, kami membayar sewa untuk sebuah beca adalah RM 35.

Semua berebut nak jadi drebar... mula-mula Bonde pegang stering, lepas tu Kanda, lepas tu fatin...

Bawa beca ni tak lama mana pon sebab check pointnya pendek sahaja... lebih kurang 20 minit masa yang kami ambil nak kayuh itu pun sebab kami asyik tukar-tukar drebar, kalau tak 15 minit dah sampai rasanya... hi hi hi

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Kami dapat naik waksegen warna biru.... (seram nak nak naik yang warna kuning tu)

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Anda yang mana tak tahu nak buat aktiviti apa bolehlah bawa family datang sini... main belon besar, belon buble pon hadooo tentu mereka suka... sorry pic tak cantik maklumlah sambil kayuh bergoyang-goyang he he he

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Senang jer nak kawal stering ni.... Fatin bukan main syok lagi.... (tapi kanak-kanak tidak dibenarkan untuk jadi drebar tau) Fatin jangan nak perasan kanak-kanak lagi yeaaa


BECA BERLAMPU DI AYER 8, PUTRAJAYA

Udahhh tu Fatin jomlah kita baik nak oiiii.... lain kali kita datang kayuh sampai lebammm yea

Untuk Info anda yang datang :

Foto Kg Beca.

Foto Bubbles & Beans.

Bubbles & Beans Leisure Cafe.
C1-LG-5&6 Ayer@8, Jalan P8G, 
Presint 8, 62250 Putrajaya.
Tel : +603 8893 6080. www.giantbubble.com.my
Park at basement E3 pillar exit at Pintu 2. 
Shop is directly opposite Millenium Tower.

Drive there using Waze: http://waze.to/lr/hw2829u9cj.
Gps coordinate : 2.924550, 101.681202


~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

0 TEGURAN MEMBINA

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN