[ TONTON FULL DRAMA : SHH I LOVE YOU ]



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai reader semua...

Bonde dah follow drama ni, jadi terus-terus nak follow sampai ending.... Drama ini telah diadaptasi dari Novel Shh I Love You, karya penulis Farisya Natasha terbitan Penulisan2u.

SHH I LOVE YOU


SHH I LOVE YOU

[ SINOPSIS : SHH I LOVE YOU ]

NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?
AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi?
“Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?”
 – Nadia


“Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?” 

– Aidan


Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.
Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya?
“Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!” – Nadia
Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri.
“Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya.” – Nadia

“Try me.” – Aidan

Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. Tetapi, benarkah hanya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia yang lebih besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi?

[ ADAPTASI DRAMA : SHH I LOVE YOU ]

PENGARAH : Nizam Zakaria

TERBITAN : Primeworks Studios Sdn Bhd

PELAKON : 

Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Tash Yong, Aien Zahalan, Hafreez Adam, Hani Nazrina, 


SHH I LOVE YOU

Nadia bersama Aidan

[ TONTON FULL DRAMA : SHH I LOVE YOU ]

[1 - 26] 


SHH I LOVE YOU

Jika berminat nak dapatkan novel boleh ke PBAKL 2017 booth karyaseni atau... beli secara online di :

Layari web Karyaseni & Penulisan2u di


Tajuk: Shhh… I Love You

Penulis: Farisya Natasha

Muka Surat : 528
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0992-24-2
Harga: RM22.00 (Semenanjung) // RM25.00 (Sabah & Sarawak)



~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan