BondeZaidalifahDotCom: CARA NAK BUAT SAMBAL TARIK TEFAL

CARA NAK BUAT SAMBAL TARIK TEFAL

5:43 pm

Assalamualaikum Dan Selamat Petang...

Hai Reader Semua...

Masih ingat pada Box Of Joy yang dihantar oleh lazada hari tu... Kalau sudah lupa boleh baca disini.

Percubaan pertama Bonde mengunakan Copper Tefal Bonde buat ala-ala sambal  ketuk tu... tapi kali ni tak lah ketuk dalam lesung batu dan nama pon guna Copper Tefal... ianya dah bertukat nama menjadi sambal tarik tefal.


SAMBAL TARIK TEFAL

Macam mana nak buat?

Senang sahaja sediakan bahan-bahan berikut :

1-Ikan Bilis - Rendam dan tapi
2-Cili Api - (jika suka pedas boleh letak lebih)
3-Limau - 3 biji (Bonde guna limau mandrin yang kecil-kecil tu)
4-Garam - (Secukup rasa)






Cara-cara nak buat :

1- Masukan Ikan Bilis dan tarik


2- Masukan Cili Api merah dan hijau.



3- Tarik-tarik dan tarik


4- Tarik hingga anda lihat ianya sudah lumat.


5- Ambil limau belah dan perah....Tadaaaaaa dah siap.



Baiklah kalau anda cuba sambal ni nanti, mesti tanya sedap makan dengan apa?  

Bagi Bonde sambal ni sedap makan dengan kuah bening tak kisah (sawi,bayam,kangkung, petola betik dan labu) dan sedap juga makan dengan masak lemak putih campur nangka,pisang,jantung pisang, pucuk geti, pucuk ubi, pucuk meranti dan anda boleh tambah ikan masin garing tak kisah jenis apa... (wahhh type entri ni dah siap kecur air liur dalam mulut...)

Selamat Mencuba! yea....

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

5 TEGURAN MEMBINA

  1. SELALU KITA TUMBUK, NI STYLE TARIK PULA..HAHAHA..NICE

    ReplyDelete
  2. xtry lg tefal tarik ni..asik lupa je..hihi

    ReplyDelete
  3. Sally pun kecur air liur la bonde ni!

    ReplyDelete
  4. nyesal tak beli masa kat langkawi haritu

    ReplyDelete
  5. wah macam sedap je :D http://shafyqahazahar.blogspot.com/2017/01/consufed.html

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN