BondeZaidalifahDotCom: PERTAMA KALI CUBA NASI TUMPANG!

PERTAMA KALI CUBA NASI TUMPANG!

2:33 pm

Assalamualaikum Dan Salam Petang...

Hai semua, dah lunch ke? Bonde nak share dengan anda semua, semalam Bonde bersarapan bersama kawan-kawan pejabat dekat satu restoran baharu di Cyberjaya, area Cafe Fuffy Buffy Restoran ni conner lot tau, belum ada signboard lagi, jadi tak tahu apa nama kedai ni... bila nampak dah beroperasi masing-masing sebok nak try makan dekat situ. Bonde teruja nak mencuba 1 masakan tradisional Negeri Kelantan.

Staff dekat situ kata nama masakan tu Nasi Tumpang...

Ada 2 jenis nasi ni, satu Nasi Tumpang isi ikan dan satu lagi isi udang....

Tadaaaaa... Bonde ambik Nasi Tumpang isi Ikan.. sebab nak cuba tak tahu nak buat pilihan... ambik yang ikan dulu...

Nasi Tumpang

Dekat Cyberjaya ni harga dia RM 5.00 satu dekat Kelantan tak tau berapa?


Nasi Tumpang

Nasi Tumpang... 

Resepi Nasi Tumpang
Bahan-Bahan:
½ kg beras
1000ml air
6 helai daun pisang

Bahan Gulai Ikan:
200gm ikan kembung
2.5cm kunyit hidup – dikisar halus
2.5cm lengkuas – dikisar halus
6 ulas bawang merah – dikisar halus
4 biji cili kering – dikisar halus
500ml santan pekat
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan Telur Dadar:
5 biji telur ayam
1 biji bawang besar – dimayang
50gm daun bawang – dimayang
1 biji cili merah – dimayang
Garam secukup rasa

Cara Memasak:
1. Nasi: Cuci beras hingga bersih dan masak bersama 1000ml air sehingga nasi itu lembut (seperti nasi himpit) kemudian biarkan ia suam. Ketepikan.
2. Gulai ikan: Semua bahan yang dikisar dicampurkan dengan santan, masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan ikan biarkan masak.
3. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau rata sehingga kuahnya pekat. Ketepikan.
4. Telur dadar: Pecahkan telur dan campurkan bahan yang dimayang dan garam secukup rasa. Pukul sebati. Panaskan kuali dan goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
5. Untuk membungkus nasi tumpang: Kelongsongkan daun pisang kemudian masukkan nasi lembik 1/3 kelongsong tadi dan tekan hingga padat.
6. Kemudian masukkan hirisan telur dadar. Masukkan satu lapis lagi tekan sehingga padat dan masukkan lagi lauk gulai ikan.
7. Masukkan pula nasi ke atas lauk tadi dan bungkuskan. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit Resepi : resepibonda.com

Nasi Tumpang rasanya seperti bubur yang ditanak... diselang selikan dengan lauk-lauk diatas dan di balut menggunakan daun pisang.

Serius kalau makan Nasi Tumpang ni, tak cukup satu.... hi hi hi... cubalah makan dengan Tea Ais ni... hu hu hu memang sedap sangat... tapi Bonde terpaksa top up dengan air kosong satu gelas... hi hi hi tak suka manis-manis (takut kene potong kaki nanti)

  
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

6 TEGURAN MEMBINA

  1. first time tau nasi tumpang ni . hehhee..

    ReplyDelete
  2. xpernah mkn nasi tmpang walaupon dok kelantan..:)

    ReplyDelete
  3. Pernah tengok tapi tak pernah makan. Hehe

    ReplyDelete
  4. pertama kali dengar dan nampak..

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan lagi bunda..
    Menarik ja nampak.... Siap ada Resepi lagi

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

Babab.net

JUMLAH PAPARAN HALAMAN