SSDU Innovations Snd Bhd Pelaksana Utama Pembangunan Pusat Operasi Bencana Daerah Negeri Selangor




SHAH ALAM, 3 November 2023 - Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), dengan kerjasama Unit Pengurusan Bencana (UPB) dan juga Bahagian Pengurusan Maklumat Negeri Selangor (BPM) hari ini telah menjayakan Majlis Perasmian Pusat Operasi Bencana Daerah (DDOC) bertempat di Pejabat Tanah Dan Daerah Petaling, Selangor.


SSDU Innovations Snd Bhd Pelaksana Utama Pembangunan Pusat Operasi Bencana Daerah Negeri Selangor


SSDU Innovations Snd Bhd Pelaksana Utama Pembangunan Pusat Operasi Bencana Daerah Negeri Selangor


Majlis yang dijalankan pada pagi ini bertujuan bagi mengwar-warkan kepada umum khususnya penduduk di Negeri Selangor mengenai pelaksanaan projek terbaharu kerajaan negeri di bawah seliaan UPB Negeri dan juga BPM dengan menyantuni kesemua Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) di Negeri Selangor dengan membekalkan penyediaan infrastrukturperkhidmatan penyelarasan pemantauan.

SSDU Innovations Snd Bhd Pelaksana Utama Pembangunan Pusat Operasi Bencana Daerah Negeri Selangor

Pengupayaan Pusat Operasi Bencana Daerah ini dilengkapi dengan rangkaian internet menggunakan SUK*Net dilihat membolehkan akses portal Platform Pengurusan Bencana Negeri Selangor, dan portal-portal bencana daripada agensi dan Jabatan Negeri dan Persekutuan dapat diselaraskan dengan memaparkan data-data tersebut di Video Wall bagi
tujuan pemantauan maklumat secara berkala yang berterusan.

Menurut Pengarah Urusan SSDU En. Ahmad Akmal Bin Hamzah, Bilik Gerakan di kesemua Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor kini telah dijenamakan sebagai District Disaster Operation Centre (DDOC).
“Seperti kita sedia maklum, Pejabat Daerah dan Tanah tidak mempunyai infrastruktur dan fasiliti yang lengkap bagi pengoperasian Bilik Gerakan Bencana. Oleh demikian, SSDU telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadi pelaksana projek DDOC di setiap Pejabat Daerah dan Tanah.”

SSDU Innovations Snd Bhd Pelaksana Utama Pembangunan Pusat Operasi Bencana Daerah Negeri Selangor

Tambahnya lagi, objektif bagi pembangunan DDOC adalah untuk penyediaan lokasi atau pusat pengoperasian bencana khusus untuk Pejabat Daerah dan Tanah bagi memudahkan pemantauan, pengoperasian dan penempatan tiga (3) orang kakitangan pada setiap syif dalam pengurusan pemantauan bencana.

SSDU Innovations Snd Bhd Pelaksana Utama Pembangunan Pusat Operasi Bencana Daerah Negeri Selangor

Keutamaan pembangunan DDOC akan dilaksanakan terlebih dahulu di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Klang dan juga Hulu langat berikutan ketiga-tiga daerah ini adalah yang paling terkesan dengan bencana seperti banjir kilat, banjir lumpur, tanah runtuh, ribut, kebakaran tapak pelupusan sampah haram, pencemaran dan lain-lain.

SSDU Innovations Snd Bhd Pelaksana Utama Pembangunan Pusat Operasi Bencana Daerah Negeri Selangor

Upacara perasmian pada pagi ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor disaksikan oleh Tuan Haji Mohamad Zahri bin Samingon, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Selangor, Encik Muhammad Hanafi bin Ahmad, Setiausaha Bahagian Pengurusan, Encik Ismail bin Che Ani, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat, dan juga Puan Rahilah binti Rahman, Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Petaling.

Catat Ulasan

0 Ulasan