Review Sambalacan Pasti Cirittt Eheheh Ready To Eat



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Assalamualaikum dan Selamat petang, hai pembaca semua.  Bonde nak perkenalkan dengan anda semua tentang Pek Viral Sambalacan.  Sekarang Sambalacan atau Sambal Belacan ini adalah didatangkan dalam Pek yang moden dan mudah dibawa kemana sahaja.


Review Sambalacan Pasti Cirittt Eheheh Ready To Eat





Ramuan Dalam Satu Pek Sambalacan

Cili
Minyak
Belacan
Garam
Gula

Berat Bersih 150 gram




Bonde paling suka makan sambalacan ini dengan pelbagai jenis ulam-ulaman segar seperti timun, tomato, daun pegaga, daun selum, ulam tenggik burung, kobis dan ulam raja.


Makan ulam-ulaman dengan sambalacan ni pun dah sedap tau... tapi mana boleh tak makan dengan nasi.

Sambalacan ready to eat ni kalau makan tengahari dekat pejabat tu memang layan sangat... nasi putih panas-panas, ikan masin makan bersama masak lemak putih pucuk manis dan labu.  Ya Allah nikmat tau!  lauk kampung macam nih... sambil makan teringat duduk santai-santai makan atas pangkin tepi bendang hehehe.  Tak perasan nasi tu bertambah sepinggan lagi hahaha


Tiga Perkara Menarik Tentang Sambalacan 


Sambalacan  boleh buat pes tumisan untuk nasi goreng.  Mudah sangat nak hasilkan nasi goreng sambal belacan dengan adanya pes ini.

Sambalacan boleh buat pes sayur tumisan kangkong, terus jadi kangkong goreng belacan.

Dan yang sangat menariknya kalau nak pergi travel oversea, senang nak bawa (taklah rindu rasa nak makan sambal belacan Mak dekat kampung... Sambalacan kan ada)

Sambalacan ni selain bawa pergi travel senang juga dibawa kalau pergi berkelah kerana saiz dan packagingnya senang untuk dibawa.

Boleh sudah beli untuk bekalan makan dekat pejabat, beli siap-siap letak dekat peti ais pejabat.

bagi anda yang berminat nak cuba dan rasa Sambalacan ni bolehkah beli dekat link yang Bonde kongsikan https://wa.link/wrlgz8


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. mmg senang nk bawa travel ni. makan dgn nasi panas pun dah sedap

    BalasPadam
  2. Alamak...seram plak tagline pasti cirit tu...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.