Single Terbaru Affizy Khairi, Ku Bertahan Tiru She’s Gone?



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Selepas lagu Cinta Sejati yang trending di Youtube dan media sosial dengan tontonan lebih 5 juta dilancarkan, kali ini 4U Entertainment mempertaruhkan karya terbaru Aiman Sidek yang dibawakan oleh influencer Tiktok dan Instagram, Affizy Khairy.

Single Terbaru Affizy Khairi, Ku Bertahan Tiru She’s Gone?



Affizy Khairy atau lebih mesra dikenali sebagai Agy, tampil dengan single terbaru yang berjudul “Ku Bertahan” yang mengisahkan tentang sebuah perjuangan seseorang dalam kehidupan yang perlu melalui ranjau perjalanan yang penuhdugaan dan cabaran. Ini merupakan single ketiga bagi usahawan, penyanyi & penulis lagu yang berasal dari Banting Selangor selepas single pertamanya bertajuk“Tiada Apa” dan “Kamar Sepi” hasil gubahannya sendiri.

Lagu “Ku Bertahan” merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer, Aiman Sidek khas buat Affizy yang mempunyai gaya nyanyian serta tone suaranya yang unik dan tersendiri. Affizy yang banyak menghasilkan lagu-lagu cover yang mendapat sambutan di saluran Youtube “affizy khairy channel” juga sering viral dengan perkongsian membuat kek di Tiktok dan Instagram yang mempunyai lebih 100,000 pengikut dan 2.2 juta sukaan (likes).

Menurut Aiman Sidek, “Agy mempunyai keunikan dan kekuatan vokal yang baik dalam menyampaikan lagu Ku Bertahan, ditambah lagi dengan penjiwaannya yang mendalam bagi lagu tersebut. Saya telah mendapat bayangan Agy untukmenyanyikan lagu ini semasa saya menulis dan menciptakan lagu ini.”


LIRIK KU BERTAHAN 


Dengan setiap kata kata cemuhan 
Ku berdiri meniti tiap cabaran 
Yang datang melanda 
Yang tidak ku duga 
Ku bertahan 
Ku Bertahan 

Sakit 
Memang sakit 
Luka 
Yang terdalam 
Jiwa yang cedera 
Tersalut noda disakiti 
Ku bertahan 

Jauh ku buang segala prasangka 
Yang hanyut bergulir bermain di minda 
Yang datang melanda 
Yang tidak ku duga 
Ku bertahan 
Ku Bertahan 

Namun hati ku tetap teguh 
Jiwa rapuh ku ubati 
Andai ada sinar takdir 
Ku bertahan 


Affizy Khairi 


Affizy Khairy merupakan seorang usahawan, penyanyi & penulis lagu yang berasal dari Banting Selangor dan menetap di Kuala Lumpur. Setelah berjaya menjadi peserta suku akhir “The Audition” anjuran Armani Entertainment , menjadi peserta “The Most Favourite” minggu 4 rancangan realiti BBC TV United Kingdom francais pertama di Asia, All Together Now Malaysia (ATNM) di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. Kini Affizy terlibat secara aktif sebagai seorang penyanyi dan penghibur serta berjaya menjuarai “Betty Sing Sang Song” secara atas talian ketika itu. Affizy telah melancarkan single pertamanya bertajuk “Tiada Apa” yang telah menarik pendengar dan membuka ruang untuk terlibat dalam industri muzik tanah air serta membuat kemunculan dengan single kedua bertajuk “Kamar Sepi” hasil gubahan sendiri bersama rakan-rakan.

Aiman Sidek 

Aiman Sidek memulakan langkah dalam industri muzik tempatan selepas muncul Naib Juara program Akademi Nasyid di TV9 pada 2008. Aiman pernah tampil di pentas hiburan tanah air lebih sedekad lalu, dengan lagu “Cinta Terakhir” ciptaan komposer Hafiz Hamidun serta “Bunga Dhia” ciptaan Aiman sendiri, yang popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan di TV3. Anak kelahiran Terengganu ini juga pernah bersaing di peringkat akhir Anugerah Juara Lagu pada tahun 2008 membawakan lagu “Dusta Berkalang” sepentas bersama Meet Uncle Hussain, Faizal Tahir, Aizat Amdan, Ziana Zain, Spider, Estranged, Stacy dan Mawi. 

4U Entertainment 


4U Entertainment atau Foryou Entertainment adalah syarikat label muzik yang ditubuhkan pada tahun 2020 bertujuan menghasilkan karya-karya segar dengan meyediakan platform untuk penyanyi serta pemuzik baru dan lama tanah air. Antara karya di bawah syarikat adalah 2 album bertajuk.

“Aiman Sidek” pada tahun 2009 Foryou Entertainment (TR0222274-X) No 84 Jalan Kapar 27/89 Megah Industrial Park Seksyen 27 Shah Alam, Selangor 404000 Malaysia dan “Gelora Cinta” (2018). Lagu-lagu lain yang pernah dihasil atau dinyanyikan oleh Aiman Sidek ialah Tak Bisa (Andrea), Cinta Awangan (Aiman & Friends), Apa Benar (Misha Shahirah), Kamulah Wanita , Wanitaku , Aryana (Nadzmi Adhwa) ,Manisnya Hari Raya (Manis FM) , Warna (Namias), Penjaja Jalanan (Anas Tahir), Tetap Bertahan (Alif Azhari) , Bunga Dhia , Larut , Pria Arjuna, Dusta Berkalang ,Cinta Terakhir (Aiman Sidek), Bangkit Malaysia (Aiman Sidek ft. Namias), Manis di Mulut (Aiman Sidek ft Skyrulez), Kekasih (Aiman Sidek, Aniq Muhai dan Alif Azhari), Cinta Hati (Araf Aziz) serta Haruskah (Yuji). Layari platform Youtube 4U Entertainment.

untuk maklumat lanjut. Untuk sebarang tempahan persembahan, wawancara atau pertanyaan, sila hubungi: 0192140724/ 0123989828 / 01151490469 aimansidek4u@gmail.com


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan