Lapan Sebab Mengapa Kucing Akan Kerap Tidur Sepanjang Hari



Kenapa Kucing Kerap Tidur?


Kucing merupakan haiwan 'Crepuscular', iaitu haiwan yang aktif pada waktu senja dan waktu subuh.  Ia akan tidur  pada waktu siang.

 

Kucing jarang tidur lena.  Jika nampak kucing memejamkan mata sambil duduk, ia bermaksud kucing sedang melelapkan mata seketika dan sentiasa peka dengan keadaan sekelilingnya, ia mudah tersedar dan terjaga.


 

Lapan Sebab Mengapa Kucing Akan Kerap Tidur Sepanjang Hari




Berikut Adalah Lapan Sebab Mengapa Kucing Akan Kerap Tidur Sepanjang Hari

 

1. Kucing Sedang Bunting


Kucing akan tidur secara berterusan  disebabkan ia sedang bunting. Kucing yang bunting mempunyai waktu tidur yang lebih lama berbanding dengan kucing biasa.

 

2. Kucing Mengalami Anemia

Membawa maksud kekurangan jumlah sel darah merah dalam peredaran darah kucing. Untuk mengetahui sekiranya kucing anda diserang anemia atau tidak, cuba perhatikan dan periksa gusi kucing anda.

Sekiranya gusi kucing anda lebih pucat daripada biasa, anda harus segera membawa kucing anda ke klinik haiwan yang berdekatan untuk mendapatkan pemeriksaan. Sekiranya terlambat, mungkin kucing tersebut boleh kehilangan nyawa.



3. Kucing Sakit

Kucing yang tidur secara berterusan itu adalah normal. Tetapi, kucing yang tidur melebihi waktu tidurnya adalah tanda-tanda kucing yang sedang sakit.

Apabila kucing anda tidak menunjukkan perilaku yang lain misalnya, tiada nafsu makan, tidak bermain bersama anda, Bawa kucing anda ke klinik kucing berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

4. Faktor Cuaca

 

Keadaan cuaca juga boleh menjadi sebab kucing tidur lebih lama. Kucing akan tidur lebih lama pada musim hujan dan cuaca sejuk.

5. Kucing Mengalami Kebosanan

 

Kucing yang berasa bosan atau dalam keadaan tertekan akan tidur lebih lama.

Kucing tidak berasa bosan seandainya anda bermain dan menyediakan makanan dan minuman secukupnya.


6. Kucing Mengalami Obesiti

 

Obesiti adalah sebab lain mengapa kucing suka tidur disebabkan pola pemakanan tidak seimbang dan kurang bergerak.


Kucing yang dibiarkan bersendirian dengan makanan akan menyebabkan ia mengalami berat badan berlebihan dan malas untuk bergerak atau bermain.

7. Faktor Usia

 

Bertambahnya usia kucing, ia mampu tidur selama 18 jam ke 20 jam sehari.


Ia akan tetap melakukan rutin harian selepas terjaga kucing akan bermain, makan, mencari perhatian seperti biasa, sebelum ia kembali untuk tidur semula.

Penting untuk memberi perhatian  kepada kucing tersebut agar ia sentiasa aktif dan tidak berasa bosan setiap hari dengan menghabiskan waktu siang dan malam hanya untuk tidur.



8. Kucing Mengalami Kemurungan

 

Kucing yang tidur berlebihan akan mengalami gejala seperti hilang nafsu makan, kucing suka menyendiri ini adalah tanda ia mengalami kemurungan.

Kemurungan pada kucing tidak sama dengan manusia. Keadaan ini kebiasaannya disebabkan kucing mungkin sedang sakit dan mengalami tekanan stress.

Bentuk Dan Maksud Gaya Kucing Tidur Mengikut Cuaca



Postur Kucing Tidur Dan Tahap Kepercayaan




Jika kucing anda mengalami lapan sebab diatas,  sebaik-baiknya bawa kucing anda berjumpa doktor haiwan  atau klinik haiwan terdekat bagi mendapatkan rawatan kepada kesihatan kucing anda seterusnya memastikan tiada penyakit serius berlaku pada kucing anda.

 

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.