Amalan Penawar Kesedihan dan Kesempitan



Assalamualaikum dan Selamat Malam... Hai Pembaca Semua, sekarang ini ramai dikalangan kita sedang diuji, tak kira siapa ada sahaja ujian yang kita terima... Walau apa pun jenis ujian kita hendaklah setiasa redha dan berdoa...

Moga segala ujian buat kita semua dipermudahkan dan diringankan, InsyaAllah.

Amalan Penawar Kesedihan dan Kesempitan


Bagi sesiapa yang sedang diuji dengan sesuatu ujian elok amalkan doa ini.

Cara-caranya :

- Ambil wuduk, kemudian

- Solat sunat 4 rakaat, kemudian

- Baca doa berikut berserta pengertiannya

Pengertian doa berikut :

Wahai Tuhan yang Maha Penyayang,

Wahai Tuhan yang Maha Penyayang,

Wahai Tuhan yang Maha Penyayang,

Wahai Tuhan yang Menguasai Arasy,

Yang Mulia, Yang Memulakan sesuatu dan Mengembalikan sesuatu,
Tuhan Yang Melakukan apa yang Dia Mahukan.

Aku memohon kepadaMu akan RahmatMu yang Menaungi ArasyMu yang Engkau berikan kepada seluruh makhluqMu dan aku memohon juga RahmatMu yang Engkau limpahkan kepada segala sesuatu.

Tiada Tuhan kecuali Engkau,

Wahai Tuhan yang Memberi bantuan,

Bantulah daku.

Wahai Tuhan yang Memberi bantuan,

Bantulah daku... Aamiin Ya Rabal Alamin

Rujukan :
- Fawaidul Mujarrobah Li Qadha' Al Hajat Al Muhimmah Was Sari'ah
- Amalan Penawar Kesedihan dan Kesempitan




~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Adakala kita terlupa amalan- amalan khusus...thanks bonde share

    BalasPadam
  2. tq share bonde.. macam kena dengan masanya.. ita nak print dan baca di mana2

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.