Ucapan Happy Birthday Untuk Yang Tersayang



Assalamualaikum dan Selamat Malam... Birthday tahun lepas, Baru nak letak dekat Blog.. Taklah meriah mana tapi ada juga sepotong cake buat manis mulut hehehe  11 Disember 2021.

Ucapan Happy Birthday Untuk Yang Tersayang




Happy Birthday Ayah Bonda

Semakin bertambah umur semakin mahu kehidupan senyap.
Orang tak ajak, kita diam sahaja.
Orang tak suka, kita jauhkan diri sahaja
Orang tak perlu kita bantu, kita tengok sahaja.
Orang tak nak bantu, kita uruskan sendiri.
Orang tak nak berkawan, kita cari kawan yang sudi.

Kita hidup tanpa ambil hati dengan siapa siapa.
Suka hati lah orang lain nak buat apa pada kita
Kita teruskan hidup kita dengan bahagia cara kita.

Tanpa perlu sentap, tidak perlu emosi. 
Semakin kita bertambah umur, 
kita mahukan kehidupan makin senyap.
Kehidupan senyap yang menenangkan.

Malas bergaduh dengan orang dan mahukan kedamaian sahaja.
Biar mengalah asal kita menang dalam diam.
Biar mengalah asal tidak melukai sesiapa.
Biar mengalah dan diam. Diam itu tenang. Tenang itu menang.
Balik kerja kalau temu dengan ujian kita tempoh je...


Singkirkan Sikap Negatif


Hidup ini terlalu singkat untuk kita sibuk memikirkan ha-hal yang bodoh. Biarlah orang nak mengata di belakang kita. Biarlah orang nak reka cerita pasal kita. Cakap macam-macam, kata bukan-bukan pasal kita. Biarkanlah. Jangan kisah. Jangan ambil peduli. Bukan maksud kita bodoh atau takut. 

Cuma kalau kita layan. Kita balas. Kita dendam. Apa beza kita dengan mereka?. Jika tak mampu nak didik orang-orang negatif ini, jauhkan diri dari mereka untuk jaga iman kita.

Untuk hidup tenang kita perlu singkirkan orang-orang yang menyesakkan kepala. 
Bercakap yang menyakitkan hati. Hanya mahu kita saja menjaga hatinya. Jenis tak mahu kalah. 

Singkirkan, 
Kita tak perlu orang macam ni, hanya menyusahkan. Takde manfaat pun untuk hidup kita. Menghindari orang negatif bukan kerana kita mementingkan diri, tapi kita tak boleh memajukan diri bila dikelilingi orang begini. Jauhkan diri kita dengan orang negatif, mereka hanya memberi masalah bukan solusi.

Nikmati hidup kita, buat amal yang secukupnya. Teruskan ke depan capai cita-cita dan cinta kita. Bahagiakan keluarga kita. Dan jangan layan orang yang nak jatuhkan kita.

Jangan biarkan orang negatif mengambil tempat dalam kepala. Singkirkan perbuatan mereka dan kata-kata mereka. Tak perlu kita ingat-ingat lagi. Jiwa kita akan lebih tenteram. Tak perlu cerita pada sesiapa. Allah lebih tahu apa yang kita rasa. Luahkan di dalam setiap doa kita.

Sehina-hina kita pada pandangan manusia. ALLAH lebih tahu, siapa lagi hina. Peduli cakap manusia, biarkan ALLAH menilai segala-galanya. Kenapa kita buat baik pun ada orang tak suka.



Inilah kehidupan, tak semua kita buat orang suka. Tapi kita kena tahu, ALLAH dah atur terbaik untuk kita. Dalam Dunia ni, orang takkan faham kita. Kalau cuba puaskan hati orang, sampai mati pun tak boleh buat

Ayat copy paste jer ni tapi macam best dikongsikan...


 
~ Bonde Senyum Riang ~


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. best ayat ni bonde. byk pengajaran dlm hidup berumah tangga. happy birthday buat hubby bonde

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Lahir husband bonde

    BalasPadam
  3. betul snagat apa yang ditulis.. bila makin berusia tenang tu lebih bagus.. untuk kesihatan yang baik juga.. happy belated birthday!

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.