Masjid Terapung Di Jetty Kuala Perlis.

Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua... Bonde sampai di Jeti Kuala Perlis jam 9.00 pagi untuk menaiki ferry ke Langkawi.  Ini adalah kali kedua Bonde naik ferry ke Langkawi dan kali ini Bonde menguruskan sendiri perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis dan urusan di Langkawi menggunakan aplikasi MyLangkawi




Tentang Kuala Perlis - Info Wikipedia


Kuala Perlis merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia juga terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Langkawi melalui jalan laut. Di Kuala Perlis juga, perancangan dibuat bagi mewujudkan pusat membeli-belah bebas cukai barangan dari tiga negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura di Bukit Putih yang bakal menjadi pintu masuk utama ke Malaysia.


Kuala Perlis terkenal dengan makanan laut iaitu Laksa Kuala Perlis dan makanan laut yang segar dan sedap. Bukit Kubu di sini juga sangat terkenal dengan gua serta kawasan sekitarnya merupakan tapak peperangan lama antara kerajaan Kedah Tua dan Siam yang menyaksikan banyak nyawa terkorban


Disebabkan sampai awal dekat Jetty Kuala Perlis, jadi kami sempat mencari tempat untuk paker kereta yang strategik dekat dengan kawasan Jetty Kuala Perlis dan berhadapan dengan pondok pengawal.  Bukan apa nak tinggalkan kereta 3 hari 2 malam, kenalah pastikan kereta  dalam situasi yang selamat.


Masjid Terapung Kuala Perlis


Harga parking pun murah iaitu RM 10 sehari.  Total kami bayar RM 30 sahaja.

Info Parking SBS Muara Car Park

Jarak 500 meter membezakan perjalanan antara Jeti Kuala Perlis dengan tempat parkir ini. Memiliki laman sesawang sendiri yang memudahkan pengguna mengetahui mengenainya. Juga menawarkan khidmat sewa kereta.

Harga Parkir/malam

Berbumbung : RM15 (harga biasa), RM20 (cuti sekolah)

Kawasan Terbuka : RM10 (harga biasa), RM15 (cuti sekolah)

Hubungi : +6018408 6307


Masjid Terapung Kuala Perlis


Masjid Al Hussain, Kuala Perlis merupakan suatu binaan masjid terapung yang dibina berhampiran Jeti Kuala Perlis, Kuala Perlis, Perlis, Malaysia. Masjid ini telah dibina di tepi pantai Kuala Perlis menghadap laut Selat Melaka. Ia telah dibina hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf dan dibuka 8 Oktober 2011. Imam Masjid Al Hussain kini ialah Mohammad Dhiya'al Hafidh Fatah Yasin.




Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis ini mengambil masa selama empat (4) tahun untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM 12 juta. Sebahagian daripada binaannya menganjur ke laut Selat Melaka.


Resort tropika moden ialah tema seni bina yang ditonjolkan menerusi sentuhan artistik pada masjid itu. Konsep tersebut telah diterjemahkan pada laman dan suasana santai menerusi persekitaran masjid tersebut.

Menariknya Masjid yang menjadi ikon baru Kuala Perlis itu telah diilhamkan Raja Muda Perlis, iaitu Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail.


Abang kepada Ariffin, Datuk Dr. Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu.


Bagi mewujudkan sentuhan alami yang diadaptasikan oleh faktor persekitarannya yang berlatar-belakangkan pantai dan lautan, dinding masjid tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles.


Masjid ini memiliki ciri-ciri binaan yang mudah dijaga dan tahan lasak selain unik rekaannya.


Sebuah wakaf didirikan di dataran masjid. Para jamaah dan pengunjung juga boleh berehat di sepanjang tembok sambil menghadap ke laut. Tiga batang pokok kurma yang didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di laman masjid.


Ciri luaran utama Masjid Al Hussain ialah kubahnya yang berwarna kuning keemasan beserta motif biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis.


Kubah tersebut diperbuat daripada dua lapisan aluminium dan diselaputi dengan lapisan polyvinvyl double fluoride (PVDF) yang diimport dari Jepun.


View Air Laut Surut Di Kuala Perlis

Bonde suka sangat view pagi ni... Hilang rindu bau laut bila berada di Kuala Perlis... Sayangnya pagi ni air laut dah surut.  Tapi bagi Bonde view ni tetap cantik dan memukau.




Moga info yang dikongsikan ini bermanfaat untuk semua, sila share pada mereka yang memerlukan info berkaitan.  Terima kasih.


~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

7 PEMBERI ULASAN

  1. Cuti-cuti tepi laut ini memang buatkan jiwa tenang.. rasa bebas je dari masalah..

    BalasPadam
  2. Pernah singgah sini masa gie langkawi dulu

    BalasPadam
  3. cantiknya pemandangan kat sana bonde, kak ana belum pernah sampai perlis lagi teringin gak in shaa allah.. one day kan :)

    BalasPadam
  4. cantik sangat. aritu ada ke kuala perlis tapi dah malam

    BalasPadam
  5. rsnya mcm termiss tmpt ni. lps ni boleh pergi

    BalasPadam
  6. Pe,andangan akan lagi cantik kalau air pasang kan bonde

    BalasPadam
  7. aida ke langkawi dari kuala perlis, bonde, kebiasaannya.
    tapi tu la, setakat kat jeti aje la.
    tak pernah berjalan di perlis. one day in shaa Allah.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.