3H2M Menginap Di Melati Tanjong Beach Resort , Pantai Cenang, Langkawi



Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai Pembaca  semua, memandangkan Cik Fatin sudah tamat semesta untuk tahun ini, dan Kanda pula berkelapangan dan boleh cuti kami pun merancang percutian kali ini ke Langkawi. Percutian kali ini kali ingin merehatkan minda bersantai di tepi laut... sebab semenjak PKP 2021 kami bertiga rindukan suasana laut ada banyak perancangan yang kami buat dan senaraikan untuk percutian keluarga ini tapi yang menjadi pilihan adalah Langkawi... jasi Mai Check Mai.... hehehe

3H2M Menginap Di Melati Tanjong Beach Resort , Pantai Cenang, Langkawi

Sebelum memulakan percuti kami membuat sedikit kajian tentang SOP untuk bercuti di Langkawi.  Apa yang kami mahu adalah kegembiraan semasa bercuti.  Kalau boleh nak elak dari kena tegur atau saman kerana tidak mematuhi SOP.



SOP Yang Perlu Dipatuhi & Aktiviti Yang Dibenarkan Di Langkawi


Sepertimana yang anda tahu, bermula dari 16 September ini Pulau Langkawi akan dibuka kembali kepada pelancong dalam negara. Jika anda merancang untuk bercuti ke sana ini SOP yang patut anda patuhi sepanjang anda berada disana nanti.

6 SOP Wajib  Dipatuhi & Aktiviti Yang Dibenarkan Di Langkawi:


1. Pastikan anda telah mendapat 2 dos vaksin yang lengkap.

2. Wajib menjalani ujian pengesanan COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Antigent) dalam tempoh 48 jam sebelum tarikh berlepas.

3. Hanya percutian secara harian (pergi & balik hari yang sama), bermalam, percutian yang telah dibooking sebelum datang, percutian pakej menggunakan syarikat pelancongan yang berdaftar dengan motac dan berlesen.

4. Pastikan bilangan penumpang dalam kenderaan anda tidak melebihi kapisiti kenderaan tersebut.

5. Kalau anda merancang untuk menaiki Feri ke Langkawi anda dibenarkan bermalam di hotel/penginapan berdaftar di Perlis atau Kedah (hanya untuk tujuan menyesuaikan dengan waktu perkhidmatan Feri).

6. Semasa berada di sana, jika diminta oleh penguatkuasa agensi pematuhan SOP, anda perlu membuktikan dan menunjuk resit hotel, tiket penerbangan, tiket feri, resit pakej pelancongan (dokumen atau bukti yang digunakan semasa anda mendapat kebenaran dari PDRM), oleh itu pastikan anda sentiasa membawa dokumen-dokumen ini bersama anda sepanjang percutian anda di sana.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman web rasmi Motac.gov.my.



Melati Tanjong Beach Resort , Pantai Cenang, Langkawi

Kenapa Bonde memilih Melati Tanjong Beach Resort , Pantai Cenang, Langkawi?

Ya kali ini Bonde telah memilih Melati Tanjong Beach Resort , Pantai Cenang, Langkawi kerana Bonde inginkan Bilik yang luas dan  pemandangan ke arah laut.  Bonde nak pandang laut! Alhamdulillah dapat bilik menghadap laut di Melati Tanjong Beach Resort , Pantai Cenang, Langkawi.  Sangat cantik dan menarik sekali pemandangannya.



Bilik Apa Yang Sesuai Untuk Bonde Di Melati Tanjong Beach Resort , Pantai Cenang, Langkawi?

Bonde pilih bilik jenis family room apartment dua bilik.  Apa yang terdapat dalam apartment ini adalah : 



Room 1 - 1 Katil Queen, aircond, iron,iron board dan tuala


Room 2 - 2 Katil Single, aircond, tuala dan tempat ganting baju


Ruang tamu ada sofa, meja coffee, televisyen, jam dinding dan kipas angin



Ruang Dapur ada Meja makan, microvawe oven, kettle air, mini bar, pinggan mangkuk, cawan, set sudu garfu, Air mineral, tisu  dan juga peti ais



Tandas pula walaupun ada satu tapi sangat luas dan selesa sekali.  terdapat pemanas air didalamnya.




Apa yang membuatkan Bonde suka menginap di Melati Tanjong Beach Resort , Pantai Cenang, Langkawi?

Yang membuatkan Bonde sangat suka menginap di Melati Tanjong Beach Resort , Pantai Cenang, Langkawi adalah suasana keliling resort yang sangat strategik kerana ia terletak di tengah-tengah Pantai Cenang.  Jika lapar nak cari kedai makan, kedai makan sangat dekat dengan resort ini.  Tak perlu pergi jauh hanya seberang jalan dah ada kedai makan.  

View Sunset Di Pantai Cenang


Kalau nak tengok Sunset di belakang Melati Tanjong Beach Resort , Pantai Cenang, Langkawi ni dah boleh nampak! MasyaAllah cantik sangat tau.  Ini Bonde kongsikan beberapa gambar yang Bonde ambil sewaktu santai-santai di Pantai.






Jika nak beli stok makanan juga kedai 24 jam 7 eleven juga terdapat dihadapan resort

Kios Sewa kenderaan Pantai Cenang


Jika anda memilih untuk menyewa kenderaan kereta atau motor anda boleh dapatkan di kios berhampiran di hadapan dan sekitar resort nih ada banyak.. tak perlu risau cuma harga sahaja mungkin berbeza (pandai-pandailah tawar menawar)

Pakej  Sukan Air Dan Aktiviti Air


Di kawasan pantai yang terletak di belakang resort Melati Tanjong nih ada pelbagai pakej sukan air dan aktiviti air yang  boleh anda cuba.  Ramai pengunjung bersantai bersama keluarga di Pantai Cenang yang indah bersih, Bonde sendiri tak lepas peluang berehat di tepi pantai dan menikmati keindahan Pantai Cenang.

Aktiviti-aktiviti Menarik di Pantai Cenang
  • Parasiling
  • Jetski
  • Mandi-Manda
  • Makan Malam sekitar Pantai Cenang
  • Underwater World Langkawi
  • Spa Massage
  • Bersantai
Pantai Cenang adalah tempat terbaik untuk berjemur dan mencuba sukan air yang menarik seperti jet ski dan parasailing. Untuk kunjungan kali ini, Bonde hanya ingin bersantai-santai sahaja.  InsyaAllah akan datang Bonde nak cuba naik Parasailing nampak best dan menyeronokan.


Pakej Discover Scuba Diving


Bersebelahan Resort Melati Tanjong nih... Ada Kios Padi anda yang berminat nak cuba pakej discover scuba diving bolehlah cuba.  Semua pakej siap dengan set peralatan tak perlu bawa.  Yang penting bawa duit sahaja. 



Kedai SPA dan Urut 


Sepanjang Lot kedai di Pantai Cenang ada terdapat kedai refeksologi (urut kaki) setelah penat mandi manda dan bersantai di pantai bolehlah meregangkan dan merehatkan kaki dengan mencuba urut kaki di kedai refeksologi yang ada pakej yang ditawarkan juga murah dan berbaloi mencuba.

Kedai Bebas Cukai Pantai Cenang


Terdapat banyak lot kedai bebas cukai sama seperti di Pekan Kuah, bolehlah kalau nak beli makanan fast food, beli chocolate dan ada banyak kedai survenir anda boleh kunjungi dan beli untuk keluarga dan kawan-kawan.

Memang seronok menginap di Melati Tanjong Beach Resort , Pantai Cenang, Langkawi Bonde dan Keluaraga sangat selesa , Layanan staff juga sangat baik dan mesra.  Jadi anda jangan lepaskan peluang cuti sekolah nih bercuti bersama keluarga tau! Selamat Bercuti....


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. kalau ke langkawi mmg suka duduk pantai cenang.. suka tengok sunset. cantiknya sunset tu bonde. nanti boleh la try tengok melati beach ni

    BalasPadam
  2. Menariknya, nanti ada rezeki ke sana boleh cuba juga

    BalasPadam
  3. Bestnya resort macam ni , strategic dekat dengan kedai makan dan pantai.

    Btw lawanya sunset.

    BalasPadam
  4. alaaa...bestnya cuti- cuti ke Langkawi...banyak procedure SOP ye bonda...nak buat macam mana kan

    BalasPadam
  5. Allahuakbar... Cantiknya view tu...

    BalasPadam
  6. Mmg kalau ke lkawi biasanya akan stay dkt area chenang ni..boleh masukkan dlm list kalau ke sana

    BalasPadam
  7. Bestnya bonda dpt jalan2. Sy masih terperap d umah.

    BalasPadam
  8. rindu pada Langkawi bila tgk kisah bonde bercuti ni..mungkin boleh la kot try resort ni nnt

    BalasPadam
  9. tq for sharing.
    boleh la aida ke sini kalau ke langkawi.
    pantai cenang memang feveret semua.
    senang nak makan, shopping. ada pantai.
    sgt membangun situ sekarang ek.
    malam penuh! meriah :)

    BalasPadam
  10. bestnya bonde.. ada 2 bilik menghadap pantai lagi.. bonus tu.. ita tak pernah sampai lagi.. berangan nak pergi Langkawi dengan anak-anak.. nanti boleh survey kat sini la jugak..

    BalasPadam
  11. Belum pernah pergi sini.. InsyaAllah masuk list nak travel..

    BalasPadam
  12. wah best. setuju sangat kene teliti sikit SOP kalau nk melancong masa covid ni. kalau tak, melancong nk seronok jadi pengalaman tak best

    BalasPadam
  13. bestnya pergi bercuti kat langkawi, covid2 ni tak tahu la bila nak pergi sana, rancang je dulu

    BalasPadam
  14. Cantiknyer lahai.. bila la dapat pergi langkawi. Mmg banyak tempat menarik kat sana

    BalasPadam
  15. Bestnya.
    Tempat stay selesa, pantainya menarik. Kalau Saya pergi Langkawi lagi one day, mmg nak jalan2 Kat Pantai shj Dan layan snorkeling.
    Lepas tu shopping beli coklat byk2 ... Langkawi ni best byk tmpat menarik boleh pergi.

    BalasPadam
  16. Seronoknya dapat jalan-jalan ke Langkawi.. lama betul tak jejak sana. Tengok penginapan tu pun nampak selesa untuk famili.

    BalasPadam
  17. Alaaaa bestnya langkawi. Dah lama tak pi. Skeg nak pi susah pulak. Kerja abang tak tentu. Pastu risau pasal covid lagi

    BalasPadam
  18. Cantiknya view tu... Bilalah nak sampai Langkawi agaknya...

    BalasPadam
  19. Rindunya langkawi. Dah hampir 7 tahun tak kesana. Masa kecik dulu bila cuti sekolah je mesti family akan bawak ke langkawi. Last pergi masa honeymoon haha. Langkawi memang best! Tapi agak panas cengg cenggg hehe. Nama pun pulau kan hihi. Insyaallahh soon nak pergi lagi bila ada masa free.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.