Sakit Gigi Tak Boleh Bawa Bincang Lagi..

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Semua Pembaca... Diharap anda semua dalam keadaan yang sihat sahaja. Minggu ini Bonde dalam mood mengawal emosi apabila diserang sakit gigi, sejak hari Isnin lagi... Bonde cuba mengawal pemakanan untuk elakkan gigi terusan sakit tapi tidak berjaya mengawal hingga hari Rabu apabila ianya jadi lebih teruk.

 Sakit Gigi Tak Boleh Bawa Bincang Lagi..

Isnin - Sakit gigi kejab baik, makan ubat tahan sakit okay lega 

Selasa - Sakit gigi, bila try goyangkan eh dah goyang rasa longgar, sakit makin kuat diikuti dengan denyutan. Rasa dari pipi ada bengkakkan dibahagian gusi.

Rabu - Masih sakit, denyutan kerap terasa, denyutan hingga efek ke mata belah kiri... turut berdenyut dan berkerdip dari biasa, Pipi dan nampak macam beguk sebab bengkak, bilasa rasa panas macam dedau nak demam, mata kanan dah mengalirkan air mata keluar dengan sendirinya.  Lihat gusi melalui cermin, nampak gusi membengkak dan berdarah, pergi kumuh-kumuh dekat toilet buang darah-darah yang keluar sebab mula rasa loya dekat tekak.  Lepas buat tu terus denyutannya semakin sakit dan pipi rasa kebas. Ini betul-betul dah parah dan sakitnya tak boleh bawa bincang lagi.  Bonde terus bagi tahu dekat Kanda nak pergi klinik balik dari pejabat.  Arghhh sakitnya Tuhan sahaja yang tahu.. 

Mood Bila Sakit Gigi Menyerang

1) Mood kawal emosi

2) Mood kurang bercakap

3) Mood kurang senyum/ketawa

4) Mood Kurang/malas bergerak kesana kesini

5) Mood selera kurang, jadi kurang rasa nak makan (jangan perli sedang diet)

6) Auto mood mudah bertukar jadi Pemarah

Maafkan Bonde kerana cuba mengawal emosi diatas jadi jangan cari pasal pada mereka yang sedang sakit gigi ni yea. macam-macam boleh jadi tau!  Tindakan luar kawalan akan berlaku masa sakit gigi tahu.

Doa Sakit Gigi



Doa sakit gigi dalam rumi:


Allahumma azhib 'anhu suu-amaa yajidu wafuhsyahu bida'wati nabiiyikal mubarokil makii-ni 'iindaka

Maksudnya:

Ya Allah, lenyapkanlah darinya keburukan apa yang ia rasakan berserta kekejiannya dengan doa Nabi-Mu yang penuh berkah di sisiMu. Aameen...

Cara amalannya, baca doa di atas sebanyak 7 kali dan letakkan tangan pada gigi yang sakit itu.

Ada juga Rasulullah menganjurkan untuk membaca doa berikut ini:

“Letakkan tanganmu pada tempat yang sakit dan bacalah Bismillah tiga kali, lalu bacalah “A’uudzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadziru”


(Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan)” (HR. Muslim)

Letakkan tangan pada tempat yang sakit,Baca bismillah tiga kali. Baca doa ini tujuh kali:

Ertinya:

Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaanNya dari keburukan yang sedang aku rasakan dan yang aku khawatirkan.

Akhirnya Bonde ke Panel Klinik...

Alhamdulillah semalam Bonde dah ke Panel kinik untuk mendapatkan rawatan, Bonde diberi ubat demam, tahan sakit dan susutkan bengkak.. Mula makan ubat malam tadi dan mengikut turutan hingga hari ini.  Syukur bengkak dan menyusut, tiada lagi denyutan yang menyakitkan.  Bonde rasa dan lega dan selesa nak buat kerja.  Doktor nasihatkan pergi berjumpa dengan Doktor gigi memandangkan tampalan gigi Bonde ada gum infection sebab tu sakit... katanya tampalan tu dah lama perlu dibuat baru, mungkin dah terbuka atau pecah kena buat tampalan yang baru.  Dengar pun dah nilu... apa tah lagi nak pergi jejak kaki, fobia betullah nak masuk klinik gigi ( doakan yea.. seram rasanya nak ke dentist buat tampalan baru )

 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

7 PEMBERI ULASAN

  1. Allahu. Moga cepat sembuh Bonde.

    BalasPadam
  2. semoga cepat sihat bonde. saya penah rasa dulu sakit gigi beberapa bulan. kurus sekejap kak huhu

    BalasPadam
  3. Betul bonde...memang akan moody kalau sakit gigi...

    BalasPadam
  4. Semoga diringankan sakitnya tu Bonda..mmg ini antara sakit yg paling tak boleh ditahan

    BalasPadam
  5. saya 2 kali cabut gigi. sakit sebelum tu memang tak boleh dibendung. pertama tu tampalan retak juga. cabut terus sbb option lain kena buat rawatan akar yg mahal huhu. kedua tu geraham bongsu rosak fuhhh seksa

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.