Tergoda Petai Dan Ikan Salai Kak Laila Tokeh Mee Udang



Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai pembaca semua.. Bonde nak kongsikan tentang parcel yang Bonde dah terima dari Kak Norlaila D`laila tokeh Mee Udang MMA Santai Coner. Untuk info anda semua, Kak Laila sekarang dah pindah ke Kampungnya di Gerik, Perak.  Sekarang ni tak dapatlah Bonde jumpa Kak Laila ni, Dulu Bonde rajin ke Kedai beliau tak kira dekat mana dia berniaga Bonde pasti jejak gerai beliau ni.. Sebab air tangan Kak Laila memang power dari Mee Udang, Asam Pedas, Sup Power, Bubur lauk dan Chiken butter tidak pernah mengecewakan... sejak PKP memang tak ada rezeki nak merentas ke Nilai walau dekat tak boleh merentas beza negeri, sedihlah lepas nih nak makan sedap-sedap nak kena pergi Gerik ke sob sob sob




Tergoda Petai dan Ikan Salai Kak Laila Tokeh Mee Udang


Sejak Kak Laila duduk dekat kampungnya di Gerik nih... Seronok tengok update beliau setiap hari dengan suasana dekat kampungnya.  Dekat kampung biasalah kalau ada tanah macam-macam boleh tanam sekarang semua tanaman dah membuahkan hasil. Sekarang ni musim buah duku, langsat dan dokong sedapnye semua nih favorite Bonde... disebabkan tak ada tanam pokok-pokok ni jadinya kita mampu beli jerlah.  Buah-buahan nih boleh tahan nafsu lagi.  

Petai fresh Dan Murah


Tapi yang tak boleh tahan kalau petai... yea.. Petai kena beli dengan Kak Laila murah pula harganya satu papan RM 1.00 memang susah nak dapat harga macam tu lagi-lagi kalau fresh tak dapat nak tolong... jadi Bonde terus oder dengan Kak Laila 20 papan...

Macam-macam lah dah terbayang nak masak apa... turn Bonde pula adalah yang sec batch sebab first batch hari tu Kak Laila dah pos untuk yang membeli.


Ikan Loma Salai


Dari maklumat yang Kak Laila ceritakan sekarang dekat Kampungnya memang tengah musim ikan loma ni, yang seronoknya ikan nih tak perlu dipancing pun ianya hanya di sauk dengan penyauk sahaja. Senang sekali sauk boleh dapat banyak ikan loma ni, Ikan loma ni  ada sedang bertelur, telurnya sedap  juga info dari Kak Laila.  Ikan lomo salai ni sedap masak lemak cili api, masak lemak putih, goreng dan ratah macam tu jer pun dah sedap. Ikan loma ni Bonde tak pernah makan, tapi tergoda dengan cara Kak Laila proses menyalai tu.. terus beli...

Ikan Loma


Ikan Loma yang telah disiang dan mempunyai telur


Salai atas buluh


Salai guna oven


Oven penyalai

Kredit pic : FB Norlaila Dlaila

Parcel saya sampai dengan selamat , syukur alhamdulillah...

Petai 20 papan dan ikan salai 2 bungkus.




Part Ikan Salai ni, Bukak parcel dah  terbau haruman salainya tu... tak sabar nak masak... 

Next time boleh oderlagi dengan Kak Laila... best sangat...

Petai tu sebahagian dah jadi nasi goreng petai, sarapan pagi sabtu... guna 3 papan, 6 papan petai bagi dekat kak Long Bonde,  Nanti baki petai nak buat sambal tumis pula tunggu sambal apa yang jadi... ikan bilis, udang atau sotong.  Tunggu update Bonde untuk next entri yea.. hehehe


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Mata petai tuuuuuuuuuuuuiii besar2 puasnya makannn. Buat bakar pun sedap lemak2 gotu. Oh baru tahu nama ikan ni loma hahaha suka makan tapi tak tahu nama. Panggil ikan kering nipis saja kalau dirumah heheh

    BalasPadam
  2. cantiknya petai tu buah dia rapat2.. untung. ikan masin semua nampak fresh

    BalasPadam
  3. Syoknya tengok petai gebu-gebu tu.. ikan salai tu pun nampak sedap betul kalau masak lemak tu.. suami saya orang Lenggong, kalau balik kampung akan singgah juga di Gerik. Suka suasana belah-belah sana rasa macam bercuti je. Keliling gunung ganang.

    BalasPadam
  4. Meriah...sedapnya kalau dapat ni...SA bab salai- salai ni memang suka

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.