Ramai Tertipu Dengan Iklan Gardenia Toastem Pandan Kelapa

Assalamualaikum Dan Selamat Malam... Hai Pembaca semua.. Anda sudah beli Roti Baharu Keluaran Gardenia iaitu Toastem Pandan Kelapa?


Ramai Tertipu Dengan Iklan Gardenia Toastem Pandan Kelapa

Gardenia Toastem Pandan Kelapa


Ramai Yang Tertipu Dengan Iklan Roti Gardenia Pandan Kelapa?

.... Hahaha ini memang kelakar!

Bonde pun salah seorang yang tertipu dengan iklan tersebut.Pendekkan cerita, Bonde masuk Econsave nak top up barang dapur.  Tak ada dalam list pun nak beli roti gardenia nih.  Tapi disebabkan masa nak bayar tu lalu depan rak roti nampak roti gardenia putih seperti dalam gambar dekat bawah.  Bonde sempat semak tarikh luput sahaja. tak baca label lain tentang roti pandan kelapa. Dan sebab kedua Bonde nak cepat-cepat bayar ke kaunter, sebab ramai juga nak beratur membayar, malas beratur lama-lama.

Bila balik rumah dengan bangga tunjuk dengan Kanda...  menjadi rutin suami akan minum kopi waktu malam cicah biskutlah, makan dengan rotilah memang selalu setiap hari akan ada "coffee-coffee" waktu malam sambil tengok tv nak ada kunyah-kunyah.

Dialog Bonde Kanda

Bonde : Yang.. trylah roti gardenia baru nih! Pandan Kelapa...

Kanda : Dengan perasaan teruja dan bersemangat pergi ambik atas meja, Lepas tu dia letak balik.. 

Bonde : Kenapa tak sedap ke? 

Kanda : Dia jeling...nak prank ke apa?

Bonde : Kenapa? Tak sedap ke?

Kanda: Ni kan roti biasa. mana ada pandan kelapa

Bonde : Baru nak belek-belek label iklan... tergelak mengkekek Bonde.. Laaa ni iklan rupanya, mati-mati ingat roti pandan kelapa... 

Kanda : muka tak puas hati

selang tiga hari... keluar dekat FB Page Cempedak cheese

Bonde.. tag Kanda status update tu...

Kanda: tergelak.... dia kata ramai yang tertipu rupanya iklan roti gardenia pandan kelapa nih... 

Bonde : Oklah bukan Bonde seorang yang silap

Gardenia Toastem Pandan Kelapa

Habis Salah Beli Buang Jerlah! 

Tak buang pun... Dekat rumah Bonde ni roti putih memang akan habis dimakan, jangan risau tak ada istilah membazir pun.  Cuma terkilan sahaja sebab terasa-terasa sudah roti Gardenia Toastem Pandan Kelapa tu...

Buat masa nih area Bonde memang susah nak dapat roti Gardenia Toastem Pandan Kelapa nih... Bagi anda yang teringin nak rasa sebab tak jumpa lagi dekat kedai berdekatan anda,  jangan risau ianya boleh dibeli dishopee klik link dibawah :



~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

16 PEMBERI ULASAN

  1. Mujur abe kie x terbeli hari tu. Nampak mcm menarik iklan tu. Mujurlah Tipak tidak tertipu kali ini, bang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha tak apalah kalau terbeli pun masih boleh dimakan... roti putih gardenia sedap

      Padam
  2. Saya lah tu.. salah sorang yang cari masih tak dapat-dapat lagi.. kiki

    BalasPadam
  3. haha..samalah kita...tipah tertipu

    BalasPadam
  4. sejujurnya perkara yang mengelirukan tidak bagus.

    orang akan tidak puas dan tiada rasa reda atas pembelian tersebut.

    itu yang bahayanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul juga, pada saya kena alert lepas nih.. baca sampai habis

      Padam
  5. Alamak bonde pun tersalah ye kikiki kena pay extra attention mcm ni. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul kena baca sampai habis... label ke iklan hehehe

      Padam
  6. saya lah tu yg tertipu, masa tu, mmg tak viral lg.
    sibuk beli brg dapur, main ambil tanpa baca.

    BalasPadam
  7. Balasan
    1. lepas nih kena alert baca sampai habis dekat label

      Padam
  8. haha ada terbaca aritu nasib baik saya dah jarang beli gardenia

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.