Marathon 9 Episod Drama Squid Game



Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua... virallah di semua media sosial berkaitan Drama Squid Game ni.  Ia membuatkan Bonde jadi terjebak juga nak menonton, bukan apa nak pastikan betul ke drama ni best, seperti yang diperkatakan oleh semua.

Marathon 9 Episod Drama Squid Game

Squid Game


Sinopsis Drama 'Squid Game'


Drama "Squid Game" dimulakan dengan kehidupan Ki Hoon (Lee Jung Jae) yang kelihatan begitu sedih. Ki Hoon kehilangan pekerjaannya sehingga dia sering meminta wang kepada ibunya.

Bukan hanya itu, dia juga telah bercerai dengan isterinya, dan satu-satunya anak perempuannya tinggal bersama isteri dan suaminya yang baru. Yang menyedihkan adalah, Ki Hoon berhutang begitu banyak.

Sama seperti Ki Hoon yang berada di titik terendah, dia mendengar berita mengenai permainan yang memberikan 45.6 bilion won kepada pemenang. Ini membuatkan dia berminat untuk bergabung.

Di lokasi permainan, dia menyedari bahawa dia tidak sendirian, 455 orang lain berada di sana. Lelaki dan wanita, muda dan tua, semuanya turut serta tanpa kecuali. Satu-satunya persamaan peserta ialah mereka memerlukan wang.

 Squid Game


Squid Game kini bukan hanya menduduki tangga nombor satu senarai Top 10 perkhidmatan penstriman, Netflix bahkan siri popular Korea Selatan itu masih trending dalam Twitter sejak memulakan tayangan 17 September lalu.

Bagi Bonde Drama Squid Game nih boleh di tonton dan ianyanya tidaklah membuatkan kita yang menonton jadi stress bagi Bonde bila dan menonton drama by episod nih tentunya akan ras teruja  nak tengok next episod hingga last episod mujur ianya hanya ada 9 episod, Drama macam nih kalau ada banyak episod memang tak mampu nak tengok lama-lama mesti cerita dia banyak pusing-pusing.

Siapa Sebenarnya Yang Cipta Squid Game

Bagi yang dah menonton mesti tak menyangka bahawa yang mencipta game ini adalah si dia... Menjadi tanda tanya pada ada yang menonton dari episod 1 hingga episod 8.  Dalang pencipta Squid Game ini diketahui pada episod 9.  Jadi anda kena tonton hingga last episod untuk mengetahui siapakah yang cipta game ini.

Squid Game Kategori 18 SX


Walau pun Drama ini berkisarkan permainan zaman kanak-kanak, Drama ni tak sesuai ditonton oleh remaja bawah 18 tahun atau kanak-kanak yea ( jangan menonton bersama mereka, awasi anak-anak anda yea ) kerana ada terdapat babak sex (episod 4)

Adakah Si Pemenang Squid Game Berasa Gembira Kerana Ada Wang Yang Banyak?

Jawapannya tidak gembira.  Malah ia berasa hampa dan kecewa.

Rate Untuk Drama Squid Game 1-10


Bonde bagi 6/10 jer... 

Drama Squid Game nih mungkin ada sambungan... sebab untuk episod kali nih ianya seperti tergantung di episod  akhir.  Setuju pada apa yang Bonde katakan sila komen dibawah.

Next layan Alice In Borderland pulak, Sekian terima kasih.


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.