Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Puan Siti Farhana Abu Osman Antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks

Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai pembaca semua, Ini adalah kali kedua Bonde kongsikan berkaitan Richworks Bangkit dalam Musim Pandemik ini, kata orang nak berjaya tu bukan mudah kena lalui bermacam ujian dan rintangannya, dulu bak kata perpatah "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" dalam perniagaan ada jatuh dan bangunnya kebiasaannya ia bermula dari gagal kepada berjaya.  Hanya mereka yang tekad untuk berusaha pastinya berjaya.  Suka ingin Bonde kongsikan kejayaan Puan Siti Farhana Abu Osman yang membuka pusat tuisyen sebagai inspirasi dari dari pengalaman beliau dari tahun 2014 hingga kini,  Seperti biasa dari awal pembukaan pusat tuisyen ini ada banyak pengalaman suka-duka yang Puan Siti Farhana Abu Osman lalui sebelum ini hampir gagal dalam perniagaannya hingga berjaya dan maju seperti sekarang.

Titan Summit 2021 Kisah Inspirasi Kejayaan Puan Siti Farhana Abu Osman Antara 100 Usahawan Jutawan Titan RichWorks



Puan Siti Farhana Abu Osman

Pengalaman Puan Siti Farhana Abu Osman Dari Tahun 2014 Hingga Tahun 2020

Cabaran Pada tahun 2014 

Puan Siti Farhana Abu Osman bermula secara tak rasmi, pusat tuisyen.

Pusat Tuisyen Teratak Ilmu dibuat pada 1 lot kedai kecil dengan ada 3 kelas di Seksyen 3 Bangi.

Beliau mempunyai 1 orang admin dan 8 orang guru. Kurang 80 orang murid.

Tidak jelas, ‘blur’ sangat pasal bisnes sebab tidak ada ilmu.

Cabaran Pada Tahun 2015

Mula cuba kerjasama dengan komuniti penduduk Putrajaya, mengajar di rumah-rumah komuniti di 4 Presint di sana.

Masih team yang sama, tapi bilangan pelajar sedikit meningkat sebab ada kelas di dua tempat.

Masih zero pasal bisnes, buat banyak kebajikan, kelas free tiada gaji, hutang, duit untuk survive pun tiada.




Cabaran Pada Tahun 2016

• Mula berdaftar sebagai syarikat, pindah ke tempat baru dengan tambahan 2 lot kedai di Seksyen 6 yang lebih besar.

Team bertambah; bilangan guru meningkat dan staf admin. Semua orang buat semua benda. Tidak ada istilah hari cuti bagi menguruskan bilangan pelajar cecah 200 orang.

Mula edar flyers dari rumah ke rumah dan sekolah, pasang banner bunting sendiri

Tinggal di flat, makan hanya 1 kali sehari atau terus tidur sahaja. Sanggup dahulukan gaji orang lain dan masih buat kelas free untuk tarik student

Jualan tahun 2016 telah mencapai 6 angka

Stuck bila hutang semakin banyak dan bisnes ni tak mampu nak tampung diri sendiri nak survive.



Cabaran Pada Tahun 2017


Pejabat yang sekarang inilah kelas & di sinilah pejabat dengan kekangan tempat.

Awal tahun hampir give up dengan bisnes. Start buat grab untuk survive (isi minyak kereta, tol, makan, bayar bil) dan mula mencari peluang dropship.

Mula belajar di IMKK sebagai agent kosmetik dan sertai MMM, kemudian MGC MMM.

Selepas itu, memohon dan diterima menyertai Titanium dengan ICM pertama di Bali (cerita tentang digital). Sales mula meningkat dengan buat FB & Live. Pelajar bertambah sehingga 250-300 orang

Mula nampak hala tuju dan fokus walau tak mudah pada awalnya hasil berguru dan berMenThor, always nampak jalan keluar bila dibimbing Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Jualan tahun 2017 telah mencapai 7 angka

Hampir putus asa hingga terpaksa buat Grab untuk survive dan mencari peluang dropship.

Team semakin bertambah tapi struggle sgt nak align semua orang.

Kejayaan Pada Tahun 2018

Mula agresif belajar bisnes dari kosong dengan masuk semua kelas RichWorks dan diterima sebagai Titan Premier.


Mula buat kelas secara online guna FB Group, ada 5 orang saja masa itu. Mula buat seminar secara besar 400 orang first seminar di UKM Bangi.

Bilangan pelajar 400 orang.

Mula belajar tentang cashflow, urus duit, database dan banyak lagi.

Masih menggunakan zero cost marketing, konsisten FB live, follow dan trust the process

Jualan tahun 2018 telah mencapai 7 angka

Pengurusan bisnes yang betul.


 



Kejayaan Pada Tahun 2019

Agresif buat live, showcase results. Team fulltime semakin bertambah, sekarang sudah ada key leaders.

Ada pelajar sekitar 700-1,000 pelajar melalui kelas tuisyen, seminar dan kelas online.

Sangat trust the process, semakin agresif tarik minat pelajar tapi kekangan tempat sebab orang masih tak percaya belajar online. Ada pelajar online kami yang dapat Straight A+ tahun ini

Jualan tahun 2019 telah meningkat lebih sekali ganda


Pengurusan team dan menjaga key leader



Kejayaan Pada Tahun 2020


Pelajar online semakin bertambah awal tahun, agresif seminar, kemudian PKP, Duta Mira Filzah.

Pencapaian dengan pindah ke rumah baru dan kereta yang lebih selesa.

Team fulltime menjadi 20 orang, pelajar yang sign up adalah 100 ribu sepanjang tahun, tambah office baru.

Mula dikenali di seluruh Malaysia, daripada hanya tuisyen kecil di Bangi.

Jualan tahun 2020 telah pecah rekod tahun lalu


Tak cukup tangan untuk menguruskan pelajar yang makin bertambah.


 

 

 


Nak Tahu Bagaimana Puan Siti Farhana Abu Osman Berjaya?

Puan Siti Farhana Abu Osman Berjaya seperti sekarang dengan mengikuti Richworks Academy

Bagaimana 100 Usahawan Jutawan Ini Berjaya Harungi Cabaran Bisnes Ketika Pandemik? Mereka Bakal Kongsikan Perkara Betul & Strategi Dilakukan

Seramai 100 usahawan jutawan dihimpunkan bagi berkongsikan usaha dan tindakan mereka hingga berjaya membina perniagaan daripada kosong hingga capai 7 angka jualan meskipun ketika krisis pandemik masa ini.

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd berkata, perhimpunan secara virtual tersebut dibawa bagi menunjukkan kepada orang ramai terutama usahawan bahawa mereka sebenarnya juga boleh berjaya.

Katanya, kejayaan diperolehi mereka tidak datang begitu saja sebaliknya perlu melalui proses yang ada.

RichWorks Academy 

"100 usahawan jutawan ini merupakan sebahagian anak didik di bawah RichWorks dan bimbingan mentorship Datuk Wira Dr. Azizan Osman yang terdiri daripada 20 industri yang berasal daripada seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak termasuk Australia, Singapura dan Indonesia.

Titan RichWorks

"Kami tampilkan mereka ini yang dibimbing secara dekat Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman untuk kongsikan apa perkara buatkan mereka berubah dan capai kejayaan hingga hari ini dalam program Titan Summit 2021," katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini hari ini.

Sertai Program Titan Summit 2021 Sekarang


Berapa Harga Program Titan Summit 2021?

Program Titan Summit 2021 ini terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan yang ditaja sepenuhnya oleh RichWorks pada 24 hingga 26 September nanti.

Tambah Radz, himpunan jutawan ini juga bagi memberikan inspirasi dan harapan kepada usahawan malah anggota masyarakat di luar sana bahawa mereka juga boleh berjaya dalam tempoh mencabar ini.

"RichWorks bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah melatih dan bimbing ramai usahawan sejak 2008 malah boleh dikatakan kebanyakan jenama terkenal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera datangnya daripada kami.

"Kami tidak bercakap kosong, sebab itu RichWorks tampilkan 100 usahawan jutawan ini bagi kongsikan kisah perjalanan mereka sendiri," jelasnya.

Menurut Radz, RichWorks akan membawakan bukan saja pengasas-pengasas perniagaan malah usahawan yang hanya sebagai master stokis atau dengan kata mudah menjual produk atau perkhidmatan usahawan lain.

Dalam pada itu, Radz memberitahu, para peserta juga dapat mengetahui peluang-peluang perniagaan yang disediakan usahawan jutawan ini dengan modal yang rendah malah ada yang percuma.

Titanium Inner Circle Meeting (ICM)

Pada 13 -16 September ini,  seramai 300 lebih usahawan jutawan sedang 'berkampung' dalam Inner Circle Meeting (ICM) RichWorks secara virtual bagi menimba ilmu bersama Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Richworks Academy 

Program tersebut khusus bagi usahawan yang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun dalam program mentoring, Titanium. Usahawan-usahawan itu merupakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari 20 lebih industri di negara ini malah ada dari luar negara.

"Usahawan jutawan di RichWorks ini merupakan 'market leaders' yang mempunyai pemikiran, keinginan dan hala tuju sama bagi membina bisnes ke tahap lebih tinggi lagi.

"Mereka ini merupakan sebahagian besar daripada 700 usahawan dibimbing RichWorks yang berjaya mencapai jualan terkumpul pada 2020 berjumlah RM2.2 bilion berbanding RM900 juta tahun sebelumnya," jelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

ICM diadakan selama 3 kali setahun bagi ahli Titanium mendapatkan panduan, strategi, pemahaman dan keadaan masa ini yang diperlukan sesebuah perniagaan terus berkembang serta kehadapan berbanding pesaing lain.

Tambah beliau, usahawan jutawan itu bukan saja dibimbing, malah mereka juga dapat membina rangkaian perniagaan antara satu sama lain.

"Saya berkongsikan ilmu, strategi dan dapatan berdasarkan ilmu dan kajian terbaru serta pengalaman bagi meningkatkan sesebuah perniagaan bagi 2022.

"Mereka bukan hanya diajar soal teori tetapi praktikal bagaimana usahawan jutawan ini boleh 'menang' dan terus menyaksikan peningkatan bagi bisnes pada peringkat ‘growing’ dan ‘expansion’," jelasnya.

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Jelas Datuk Wira Dr. Azizan Osman ketika membuka program ICM itu, mengingatkan agar semua usahawan jutawan tidak berada dalam keadaan selesa berikutan jualan dan peningkatan yang dicapai pada tahun lalu dan ketika ini.

“Ekonomi sekarang sudah mula dibuka dan dijangka Oktober dan November ini, aktiviti akan lebih agresif. Inilah masanya untuk usahawan rebut peluang dan berniaga secara kompetitif.

“Jangan cepat selesa, dengan landskap perniagaan masa ini juga membuatkan persaingan lebih sengit dan anda kena bergerak dengan pantas supaya tidak ketinggalan berbanding pesaing lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, dikalangan 300 orang ini, 100 usahawan jutawan akan RichWorks tampilkan dalam program khas, Titan Summit - 10X Bina Bisnes Berjaya yang terbuka kepada orang ramai khususnya pengasas dan pemilik bisnes secara percuma pada 24 - 26 September ini.

Bagaimana 100 usahawan menjadi jutawan?

100 usahawan jutaan ini berjaya harungi cabaran bisnes ketika pandemik dan mereka bakal berkongsikan jatuh bangun, strategi dan tindakan mereka.

"Titan Summit ini bagi pengasas dan pemilik perniagaan yang mungkin sudah bertahun berniaga nak berkembang ke tahap lebih seterusnya, yang mahu mengetahui apa perkara betul dilakukan usahawan jutawan ini di samping peluang perniagaan ditawarkan," ujarnya lagi.

Oleh itu, bagi anda yang berminat untuk menyertai Program Titan Summit 2021 ini boleh membuat pendaftaran di :

Ini adalah peluang untuk anda memantapkan lagi ilmu perniagaan dan memgembangkan perniagaan. Rebutlah peluang yang ada didepan mata, kerana ia adalah percuma. 

Semoga Berjaya!

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

11 PEMBERI ULASAN

  1. Tak mudah nak berniaga.. tambahan skrg berniaga kena ada ilmu. Ilmu berniaga berubah mengikut zaman.. mmg bagus join program Richworks

    BalasPadam
  2. Betullah orang kata bila ada mentor yang betul membantu.. akan nampak kejayaan tu satu persatu. Tahniah Cikgu Fana..

    BalasPadam
  3. Tak sangka… buat kelas tuisyen pun boleh berjaya sampai macam ni yea.. cikgu pun berguru juga.. Terbaik Cikgu Fana..

    BalasPadam
  4. Rezeki Allah... Allah dah janji... Siapa usaha dia dapat...

    BalasPadam
  5. MasyaAllah hebat, walaupun pada awalnya dah capai 6 angka, tetap berusaha mencari ilmu & menthor untuk kembangkan perniagaan. Tahniah cikgu Fana

    BalasPadam
  6. Hebatnya! Ramai jugak dah berjaya dengan Richworks sebenarnya. Menarik jugak.

    BalasPadam
  7. Tak sabar lah bonde nak dengar live perkongsian usahawan-usahawan ni. Memang nak join nanti. Free pula tu

    BalasPadam
  8. Nampak sgt perbezaan bab marketing bila join RichWorks ni kan. Dari xtau apa terus boleh buat mcm2 planning. Skrg 7 angka haa hasil dia.

    BalasPadam
  9. I agree, business is not easy but if learn the right skills and motivation you will get there

    BalasPadam
  10. Syok pulak baca journey nak brjaya ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.