Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Program Percuma Anjuran Richworks Bantu Usahawan Terkesan Pandemik

Assalamualaikum Dan Selamat Pagi, Apa khabar pembaca semua... Bonde ingin kongsikan kepada anda tentang Program Percuma Richworks Bantu Usahawan Terkesan Pandemik kita semua tahu disebabkan Pandemik ini, ramai yang terkesan dengan kehilangan kerja dan juga perniagaan tutup.  Jadi pada anda diluar sana yang mempunyai masalah terkesan akibat pandemik harus sertai program ini kerana ianya Percuma.

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Program Percuma Richworks Bantu Usahawan Terkesan Pandemik

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Program Percuma Richworks Bantu Usahawan Terkesan Pandemik

Bagaimana Usahawan Boleh Bangkit Dalam Krisis Masa Ini?

Ramai usahawan berdepan dengan masalah dan pelbagai cabaran ekoran pandemik Covid-19 yang telah pun mengubah kehidupan biasa manusia pada waktu ini. 

Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd., Radz Mohd. berkata, pergerakan yang terbatas, penutupan sempadan dan sebahagian sektor ekonomi mengakibatkan bukan saja perniagaan terjejas malah sampai ada yang gulung tikar. 

Katanya, RichWorks sangat memahami keadaan ini, ramai usahawan yang berhubungan dengan kami di media sosial bagi mendapatkan panduan dan bantuan untuk perniagaan mereka. 

“Tapi meskipun banyak perniagaan ditutup, ada juga yang bukan saja bertahan malah menyaksikan perkembangan luar biasa ketika pandemik ini 

Datuk Wira Dr Azizan Osman


“Sebab itu, Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman nak adakan buat pertama kali program khas - Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital bagi mendorong kebangkitan usahawan ketika tempoh sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Radz menambah, terdapat dua kumpulan usahawan ketika pandemik iaitu mereka yang tidak nampak jalan menyebabkan sesetengah hanya mengeluh dan menyalahkan orang lain atau seorang yang berusaha mencari jalan penyelesaian. 

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Program Percuma Richworks Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


“Pilihan sebenarnya ada di tangan kita sendiri untuk bertindak perbaiki bisnes dan mahu mendapatkan hasil yang mana. Seperti kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, jangan anggap negara kita akan pulih (pandemik) dalam masa terdekat. 

“Pandemik ini masalah satu dunia dan kita jangan hanya tunggu dan terperangkap dengan fikir bahawa semua akan kembali normal seperti dulu. Buatlah persediaan sekarang, hari ini untuk masa depan diri, keluarga malah negara kita,” jelasnya lagi. 

Sehubungan itu, Radz menyeru usahawan-usahawan malah anggota masyarakat untuk hadir ke program Bangkit yang mana ilmu dan panduan penting dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman sudah pun berjaya bantu ramai usahawan dengan lebih 700,000 orang telah dibimbing sejak bermula pandemik hingga kini. 

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Program Percuma Richworks Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


Apa yang Akan Dipelajari dalam Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0?


Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital ini pasti akan memberi banyak manfaat kepada para usahawan, peniaga kedai mahupun yang buat bisnes dari rumah 2021. Sudah tiba masanya untuk menuju digital dalam perniagaan supaya lebih maju ke hadapan.

Ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan kerana pelbagai ilmu penting yang bakal dipelajari oleh peserta dalam sesi Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes dan Pemasaran Digital. Antaranya seperti:

1. Memahami kenapa digital adalah lubuk emas peniaga dan usahawan era pandemik

2. Langkah dan persediaan lengkap peniaga sebelum beralih ke arah digital

3. Pelajari strategi digital yang boleh buat duit sekarang

4. Kenal pasti strategi digital paling sesuai untuk jenis dan tahap perniagaan anda

5. Mengenali platform digital yang paling sesuai untuk membantu kelangsungan bisnes sekarang

6. Case Study dari bisnes, peniaga dan usahawan yang berjaya ubah cara berniaga dari norma lama ke arah digital.

Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Program Percuma Richworks Bantu Usahawan Terkesan Pandemik


“Ketika krisis ini, usahawan perlu tahu dan mengadaptasi norma baharu untuk mengikuti perubahan sikap yang berlaku disebabkan Covid-19 contohnya ramai orang mula membeli secara online, penggunaan platform e-dagang, bekerja dari rumah dan lain-lain,” jelasnya. Untuk keterangan lanjut, daftar percuma disini sekarang. 

Testimoni Richwork Yang Telah Berjaya Dalam Perniagaan

Rahsia Kejayaan Aizat Zulhailie Jual Char Kuey Teow Bawah Pokok Kini Menjadi Restoran Terbesar Di Port Dickson:

Orang selalu melihat saat kita berjaya tetapi tidak ramai yang tahu bagaimana ianya bermula. Itulah pandangan yang pernah usahawan ini berikan saat RichWorks menemu bual beliau. Bagi penggemar Char Kuey Teow, pasti ramai yang mengetahui satu nama restoran yang menghidangkan hidangan tersebut dalam masa yang pantas iaitu King's Char Kuey Teow Port Dickson, Negeri Sembilan. Namun tidak ramai yang tahu suka duka yang dilalui oleh pengasasnya iaitu Aizat Zulhailie untuk mencapai ke tahap ini.

Jika anda pernah berkunjung ke restoran beliau sebelum pandemik melanda, anda akan melihat kunjungan pelanggan yang tidak putus-putus. Malah dalam satu masa, restoran ini kerap menampung 800 hingga ke 1300 orang pelanggan. Tidak menghairankan kenapa beliau pernah menjana jualan sehingga RM44,000 satu malam. Bagaimana lelaki berjiwa kental ini mampu mencapai kejayaan sebegini besar? Pastinya ada rahsia tersendiri yang menjadikan kejayaan mampu dimiliki oleh lelaki berusia 33 tahun ini.

“Ibu saya adalah seorang peniaga burger di tepi jalan Port Dickson manakala ayah saya adalah seorang pemandu di Jabatan Pertanian. Di sekolah lagi orang kenal saya sebagai Ijat Burger dan saya akui adakalanya saya malu bila diejek segelintir kawan yang datang dari keluarga mewah. Itulah point yang buat saya cakap pada diri, saya perlu lakukan sesuatu satu hari nanti untuk diri dan keluarga,” ujar Aizat memulakan perbualan beliau.



Sebagai anak sulung, beliau mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi. Malah di sekolah, beliau merupakan pemimpin dan ketua pengawas di Sekolah Menengah Bukit Saujana. Namun siapa sangka sesuatu terjadi sehingga beliau dibuang sekolah di tahun akhir SPM. Walaupun beliau mampu menduduki peperiksaan itu seterusnya namun dari situ beliau mula membantu ibunya berniaga burger. Itulah permulaan beliau menguruskan wang berniaga secara kecil-kecilan. Pada usia 23 tahun, beliau beralih pada berniaga Char Kuey Teow.

“Selama saya berniaga bermula tahun 2011 sehinggalah 2016, memang banyak perkara berlaku yang saya belajar dari kesilapan saya dalam menyusun strategi bisnes. Malah saya pernah buat perniagaan sampingan lain seperti jual tudung, baju dan jadi ejen kek bersama isteri. Pada tahun 2016, barulah saya betul-betul belajar berniaga melalui kelas bimbingan Richworks,” sambung beliau lagi.

Merasa yakin mampu mengembangkan bisnes, beliau mencuba untuk memohon menjadi pelajar Titan. Untuk menjadi pelajar peringkat ini, beliau perlu melalui temuduga dari pihak RichWorks sendiri.

“Alhamdulillah, saya diterima masuk ke Titan sedangkan saya tak sangka saya layak. Dengan restoran bawah pokok yang khemah pun masih guna khemah pasar malam. Lagipun saya tahu ramai yang dalam Titan tu semua usahawan berjaya dengan van berniaga dan motor ex-5,”

Peluang menimba ilmu yang diberikan ternyata tidak disia-siakan oleh beliau. Semua ilmu pemasaran dan bina diri digunakan sebaik mungkin. Hari ini terdapat lebih 20 buah papan tanda King's Char Kuey Teow di jajaran jalan raya menghala ke Port Dickson. Jika dahulunya, hanya beliau dan isteri serta seorang staf yang menguruskan gerai kecil King's Char Kuey Teow. Hari ini, beliau sudah pun mempunyai 60 orang staf yang dianggap sebagai team berharga oleh beliau sendiri.

Tahun 2019, banyak buka peluang dan pintu rezeki Aizat. Antaranya King's Char Kuey Teow tercatat di The Malaysia Book Of Records sebagai The Most Cooked Char Kuey Teow In One Hour, yang menjadi salah satu bukti kejayaan dan menjadi kebanggaan warga Port Dickson amnya.

“Kami adalah satu-satunya restoran dalam Malaysia yang mencatat rekod mampu menyediakan 1,000 hidangan dalam masa satu jam. Alhamdulillah, itulah kejayaan yang terhasil berkat ilmu dan tindakan. Pendapatan kami ketika itu kira-kira RM4.98 juta setahun,” kongsi Aizat Zulhailie lagi.

Bagi beliau siapa kita berkawan juga memberi peranan akan hala tuju dalam hidup. Dalam hidup juga tidak semua orang suka jika kita berjaya. Ada yang lebih suka melihat kejatuhan orang lain. Sebab itu bagi beliau, kita perlu cari mereka yang mampu mengubah persepsi dan pemikiran kita agar sentiasa bersikap positif memperbaiki diri.

“Sebab itu saya sangat menjaga team saya. Sekarang saya sudah mempunyai 60 staf dan mereka semua bersedia dan setia bersama perniagaan ini. Dalam bisnes, bukan kita nak kaya seorang tetapi kita juga perlu berkongsi manfaat dengan orang lain termasuk team kita. Saya sangat pantang apabila ada yang cakap kerja kedai makan tak ada masa depan! Di King's Char Kuey Teow ada 2 atau 3 orang staf saya yang dah boleh beli rumah, kereta dan sebagainya.”

Hari ini, Aizat Zulhailie telah membina satu empayar niaga yang berjaya. Banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi. Mengakui pandemik juga memberikan cabaran yang tersendiri namun beliau bersyukur mempunyai guru yang sentiasa memberi dorongan seperti Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Tanpa nasihat dari Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk bertahan dan mencari peluang berniaga, pasti beliau akan panik. Bagi Aizat Zulhailie, beliau menganggap pandangan gurunya itu sentiasa jauh di tahun-tahun akan datang dan di tahap yang tidak beliau fikirkan dalam bisnes. Ini sekaligus memudahkan beliau berdepan dengan setiap cabaran dan tahu apa tindakan yang perlu diambil walaupun ketika pandemik.

“Bermulanya sejarah King's Char Kuey Teow adalah di bawah pokok di Batu 4 Jalan Pantai Port Dickson dan di bawah pokok itulah punca pendapatan kami beberapa tahun yang lepas. Sekarang, segala-galanya berbeza. Perniagaan ini bukanlah satu sukan lumba lari biasa tetapi ianya adalah sebuah marathon yang panjang dan memerlukan tenaga. Lagi jauh kita pergi, lagi banyak tenaga dan sokongan diperlukan. Alhamdulillah, kini sudah 10 tahun perniagaan ini ditubuhkan dan berkembang di bawah bimbingan RichWorks dan Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Terima kasih atas bimbingan dan sokongan ini,” ujar Aizat Zulhailie menutup perbualan bersama pihak RichWorks.

Moga dengan membaca kisah Rahsia Kejayaan Aizat Zulhailie anda diluar sana, sama-sama bersemangat dan teruja untuk menyertai Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 Program Percuma Richworks Bantu Usahawan Terkesan Pandemik jika apa yang dikongsikan bermanfaat anda kongsikan kepada mereka yang terkesan disebabkan pandemik ini.

Tentang Rich Work :

Syarikat penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Mentor Usahawan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan. 

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. 

HUBUNGI KAMI : Richworks International Sdn Bhd, No. 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. 


Tel: +6016 323 4686 (Media & Public Relation - Md Azrin) Emel: azrin.richworks@gmail.com

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

12 PEMBERI ULASAN

  1. memang ramai peniaga terkesan dgn pandemik ni. good job richwork sebagai salah satu csr juga ni.

    BalasPadam
  2. Rajin juga CCL dollow tentang azizan osman ni . Banyak tips2 yang dia bagi untuk marketing

    BalasPadam
  3. Usahawan PKS kne bangkit semula.. bagus la kalau follow Dr. Azizan nie.. byk ilmu bisness boleh belajar

    BalasPadam
  4. Bagus ada program macam nie kan Bonda, dapat juga bantu peniaga-peniaga bangkit semuala..

    BalasPadam
  5. Marsha pun nak join sebab belum pernah lagi join kelas DAO ni. Suka sebut DAO sebab nampak esklusif.

    BalasPadam
  6. semoga dapat membantu para usahawan untuk bangkit semula.. Best ada program2 mcm nie..

    BalasPadam
  7. Bagus juga buat program cmni kan lagi2 utk usahawan

    BalasPadam
  8. Nak share this Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 program kat kawan

    BalasPadam
  9. Banyak betul program dorang dah buat sepanjang PKP ni. Betul2 nak bantu usahawan baru nak naik.

    BalasPadam
  10. Sekarang ramai meniaga secara online. Bgus sgt. Richworks ni banyak bantu orang. Dahla waktu sekrg diaorg buat event percuma, memang elok grab

    BalasPadam
  11. Bagus bila Richworks buat program percuma ni. Lagi2 zaman pandemik di mana semua usahawan tengah struggle nak bangkit kan.

    BalasPadam
  12. Betul tu..mulakakan dgn langkah pertama lebih baik daripads duduk saje dan mengeluh salahkan orang lain

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.