Teringat Cinta Zaman Remaja Dulu-dulu

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua... Bonde nak kongsikan apa yang Bonde baca di telegram... Teringat balik zaman remaja dulu-dulu arwah mak selalu berpesan.  Zaman sekarang pun rasanya ramai sahaja family yang berpesan dekat anak-anak macam nih.. Pendek kata kita sebagai Ibu Bapa memang mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

Teringat Cinta Zaman Remaja Dulu-dulu



Kalau kita nak memilih seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Maka pilihlah dia yang paling bersungguh nak menghalalkan kita. Effort dia untuk ke next step tu ada. Kita nampak semua usaha dia. Baik jumpa mak ayah, buat kerja lebih masa dan sebagainya. Bukan hanya dia pandai cakap I love You tapi lembu pun boleh terbang. Nak kahwin tapi persiapan masih zero. (Ini betul... memang akan jadi cair bila kata-kata I love You ini diungkapkan tapi kena fikir balik I Love You sahaja tidak cukup nak bagi anak perempuan orang makan zaman la nih, anak perempuan sudah pandai membuat pilihan yea...)

Dah datang berjumpa mak ayah tapi masih lagi tak bersungguh nak berkahwin. Sekarang bukan lagi satu kepastian kalau seseorang tu dah datang berjumpa kedua mak ayah kita. Dia akan berkahwin dengan kita. Dia ikhlas nak dekat kita. Kerana hanya akad yang indah menjadi bukti cinta sebenar. Perasaan cinta dan sayang saja masih tak cukup. Cinta tak boleh menghilangkan rasa lapar disaat kamu kelaparan. Apatah lagi ketika kau tengah kebuluran sebab tak makan. ( Ini juga betul, setakat ungkapan cinta tak cukup buat masa sekarang nih!)

Kita bukan hidup dalam alam fantasi, atau hidup dalam novel cinta yang penuh dengan rekaan. Sedarilah kita berdiri pada bumi yang nyata.

Dan satu lagi.

Nak pilih dia jadi pasangan hidup kita. Biar dia sayang kita lebih dari kita sayangkan dia. Sebab itu adalah tanda dia ikhlas mahu hidup berdua dengan kita. Tapi kalau kita ni dah tak lagi diperlukan. Menghargai tapi tak dihargai. Better angkat kaki je. Kenapa kita nak menghargai seseorang yang tak menghargai kita? Move on. Usah terus berharap pada hati yang dah tak sudi menerima kita.

Last but not least,

Carilah pasangan hidup yang boleh menjadikan kehidupan kita lebih baik. Boleh sama-sama berusaha untuk perbaiki diri. Bukan hanya kehidupan untuk dunia saja. Tapi juga kehidupan untuk akhirat. Bila kita tak solat dia mengingatkan kita tentang solat, jangan tinggalkan solat lima waktu walau sibuk mana pun kita dengan dunia (Ini terbaik sekali mengingatkan tentang ilmu agama ciri-ciri suamiku imamku)

Dan jangan memilih pasangan hidup semudah kita nak membeli kangkung di pasar pagi. Sedang kangkung yang kita pilih pun belum tentu masih elok. Apatah lagi nak mencari pasangan hidup. Memilih pasangan hidup ni ibarat kita nak membina sebuah rumah. Jika tiang yang kita bina utuh maka potensi untuk rumah tu bertahan lama adalah sangat tinggi. Maka begitu juga sebaliknya jika kita hanya mencari pasangan hidup sekadar tangkap muat. If you know what i mean 

Hidup berdua ni kalau boleh biar jodoh kita dan dia kekal sampai syurga Allah, kalau terputus di dunia kita berharap dan berdoa, minta supaya Allah satukan di akhirat sana. Itu tujuan kita berkahwin. Bukan sekadar berkahwin untuk hidup berdua di dunia saja.  ( InsyaAllah jika jodoh kuat di dunia, akan ada jodoh berjumpa di syurga kalau betul caranya, bawa amalan dan bekalan di dunia ke akhirat)

Dan kepada kalian yang dah bercinta bertahun-tahun. Dah kenal lama bukan satu jaminan yang kamu dah kenal diri dia yang sebenar. Nak kenal diri dia yang sebenar bagaimana. Nikahi dia. Jangan sangka apa yang kita rasa baik untuk kita itu adalah baik buat kita. Sebab boleh jadi dia yang kita anggap jodoh kita. Sebenarnya adalah jodoh orang lain. Jadi bersederhanalah dalam berkasih

Buat kalian yang tengah menanti hari bahagia. “Sirru Ala Barakatillah” berjalanlah di atas keberkatan Allah SWT. Binalah hubungan rumahtangga kalian dengan taqwa dan rasa takut yang tinggi kepada Allah. Dan buat kalian yang masih single, usah lah merasa diri tak laku di mata orang lain. Kerana kita ada bahagia kita masing-masing

Allah knows what is the best for you 😊

- Muhammad Shafri -

Kredit
Pijah Sharing

Moga berkawan dengan orang yang baik, InsyaAllah dipertemukan dengan orang yang baik.  Aamiin

Silakan share... jika mahu! 

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

4 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.