NetKL Umum Kadar Harga Pembaharuan Domain

Assalamualaikum dan Selamat Malam... Tarikh hari ini adalah 19 Ogos 2021.  Ini menandakan esok 20 Ogos 2021 akan luput domain www.bondezaidalifah.com jadi hari ni nampaknya Bonde kena buat pembayaran untuk pembaharuan domain.  Seperti biasa NetKL sentiasa menghantar email kepada Bonde untuk memberi peringkatan berkaitan tarikh luput domain Bonde.  Dan kali ini,  email surprise dari NetKL berkaitan....  

NetKL Umum Kadar Harga Pembaharuan Domain



Berikutan pengumuman kenaikan harga domain oleh registry domain (Verisign) baru-baru ini (yang akan bermula 1 September 2021), NetKL tiada pilihan selain turut menaikkan harga jualan domain seperti berikut :

Harga Asal dan Harga Baharu Domain NetKL

Harga asal :

.com = RM45

.net = RM49

.org = RM52

.biz = RM60

 

Harga baru :

.com = RM50

.net = RM55

.org = RM55

.biz = RM75

Dengan ini Bonde telah berfikir sehabis-habisnya... conggak kira, tolak duit itu dan ini... Bonde buat keputusan pembaharuan domain kali ini untuk tiga tahun .  Setahun RM 60.00 darap tiga tahun total sebanyak RM 180.00 telah dibuat kepada NetKL.

Info Dari NetKL kalau ada duit lebih... boleh buat bayaran lebih... tapi Bonde buat bayaran setakat yang mampu sahaja.

jika anda ada perancangan untuk beli domain baru pada tahun ini, anda boleh ambil peluang ini untuk beli domain tersebut SEBELUM 1 September 2021 (untuk nikmati harga lama/rendah di atas). Anda boleh beli domain baru untuk 10 tahun sekaligus (maksimum), jika mahu.  Info NetKL


Jika anda ada mana-mana domain yang akan expired pada tahun ini (atau tahun depan), dan ingin renew lebih awal (dengan harga rendah), sila hubungi kami ( di https://m.me/netkl ) sebelum 1 September 2021 ini, supaya kami boleh keluarkan invois lebih awal. (Untuk renewal, anda boleh renew untuk 1 tahun hingga 9 tahun, maksimum)

Jika anda sedang melanggan pakej 'Advanced Users' , dan telah dapat domain .COM percuma dari kami sebelum ini, domain tersebut akan kekal PERCUMA, dan tidak terkesan dengan kenaikan harga domain ini.

Jika ada sebarang pertanyaan/kemusykilan lagi, sila hubungi kami di Livechat

Alhamdulillah Bonde sudah selesai baharu domain... Anda macam mana? NetKL bagi cadangkan buat bayaran awal untuk domain yang akan luput sebelum tarikh 1 September... Anda yang baca inifo nih segera semak tarikh luput domain anda.

Moga murah rezeki blog Bonde untuk jangka masa tiga tahun ini. InsyaAllah Aamiin.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

5 PEMBERI ULASAN

  1. saya aritu dah renew beberapa tahun.. nak pi check jap la bila expired

    BalasPadam
  2. OOO...naik harga erk..takpe la kot..naik pun x banyak...tahun depan SA nak renew untuk 3 tahun la....senang skit...

    BalasPadam
  3. wahhhhh ada promosi. Tak pasti lah nak beli sedebuk terus ke tak sebab bulan ni banyak nau pakai duit.

    BalasPadam
  4. Mujur naik RM5 je . Kalau puluhan ringgit belasan ringgit mau menungg je tengok harga

    BalasPadam
  5. nasib rm5 je naik.. skrng ni smua dh naik.. huhu

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.