Jiwa Menjadi Tenang Dengan Aplikasi Mindful Muslim

Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai Pembaca semua... Musim Pandemik macam sekarang ni, ramai yang tidak tenang walau duduk dirumah rasa resah , gelisah dan takut bercampur aduk dengan kes covid 19 yang semakin hari semakin tinggi... kes kematian juga banyak setiap hari, ada yang hilang pekerjaan, ada yang hilang keluarga, ada yang hilang pertimbangan dan kawalan sampai nak merosakkan diri sendiri. Kemana kita nak lari, Tak perlulah sampai nak melarikan diri, memang itulah yang kita kena hadapi pada waktu sekarang, apa yang boleh kita buat ialah duduk rumah, patuh SOP.. solat bila tiba waktunya... jangan putus berdoa dan  supaya semuanya akan kembali seperti sebelum ini dan jika masih tidak tenang ambik waktu untuk berehat sambil mendengar alunan bacaan ayat suci al quran,  mendengar alunan bacaan ini amat mententeramkan jiwa dan ianya berubah dari resah gelisah menjadi tenang.

Jiwa Menjadi Tenang Dengan Aplikasi Mindful Muslim

Enam Tanda Penyakit Depresi Mungkin Menyebabkan Anda Mengalami Depresi Tanpa Disedari

1. Anda akan sentiasa berada dalam keadaan tiada mood dan susah untuk ceria

2. Anda akan menghadapi kesukaran untuk menumpukan perhatian pada sesuatu perkara

3. Anda akan mengalami penurunan atau kenaikan berat badan secara dramatik tanpa disedari

4. Anda bakal mengalami gangguan tidur serta tabiat makan yang tidak normal

5. Sering memikirkan soal hidup dan mati

6. Pandai menyembunyikan cerita atau masalah yang dihadapi



Apa Itu Aplikasi Mindful Muslim?


Aplikasi Mindful Muslim merupakan aplikasi pertama berteraskan islamic di dunia yang berjaya membuat kita jadi tenang dan bahagia.

Aplikasi ini lengkap:

Bacaan Ayat Al-Quran
Bacaan Ayat Rukyah
Bacaan Doa
Zikir Yang Mudah Dihafal
Kisah Para Nabi
Ceramah dan Motivasi


Applikasi Mindful Muslim ini sangat bagus, padat dan dapat mengurangkan tekanan yang dialami oleh pendengarnya..

Rukyah merupakan salah satu bentuk usaha manusia untuk mendekatkan diri sekaligus meminta pertolongan dari Allah SWT.



Aplikasi Mindful Muslim ini juga boleh didengari bila-bila masa sahaja. semasa berada di rumah, pejabat, semasa membuat aktiviti bersama rakan dan juga boleh di pasang ketika berada dalam kenderaan sambil mendengar alunan bacaan dan zikir jiwa akan jadi tenang dan segala gerak perbuatan juga dapat dikawal dengan baik.

Bagi anda yang ada anak-anak pun sesuai alunkan bacaan ayat suci al quran ini dan sentiasa buka aplikasi ini untuk anak-anak dengar. InsyaAllah anak-anak akan tenang dan tidak bergaduh sesama mereka.

Bonde sendiri telah Muat turun aplikasi ini dan telah penuhkan playlist yang sedia untuk di klik untuk mendengar surah-surah dan ayat-ayat Rukyah.


 

Siapa Yang Bangunkan Aplikasi Mindful Muslim?


Aplikasi Mindful Muslim ini dibangunkan oleh Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani atau lebih dikenali dengan panggilan M dikalangan keluarga dan juga teman rapatnya. Baru berusia 33 tahun dan berasal dari Singapura. Mohd Akhtaar kini sedang melanjutkan pelajaran di Auckland University of Technology di New Zealand dalam bidang Masters of Communication.

Encik Mohd Akhtaar Bin Abdul Ghani

Jangan  lupa Muat Turun Aplikasi Mindful Muslim


Muat turun Aplikasi Mindful Muslim dari pautan di bawah:-
.





Aplikasi ini boleh dilayari secara percuma selain mempunyai kandungan premium yang boleh dilanggan pada harga AS$3.90 (RM16.09) sebulan. Kini ianya boleh didapati dalam versi bahasa Inggeris dan bakal diperluaskan dalam Bahasa Malaysia dan Arab.

Dengan mendengar alunan dan bacaan Al Quran dapatlah kita perbaiki batiniah dan rohaniah kita, Suka Bonde kongsikan perkara-perkara yang baik untuk semua sudilah anda kongsikan pula kepada yang lain seandainya apa yang dikongsikan mengenai  Aplikasi Mindful Muslim  ini bermanfaat  kepada orang lain.

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

4 PEMBERI ULASAN

  1. Memang bagus app mcm ni kita blh dpt byk info

    BalasPadam
  2. Bagus apps ni ye bonda, nt saya nk install

    BalasPadam
  3. perlu install apps ni sbb banyak perkongsian menariknyg kita x tau kan..lepas ni boleh belajar

    BalasPadam
  4. Bagus applikasi ni, boleh tenangkan jiwa time down especially during this pandemic period.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.