Ulam Bunga Kunyit



Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Bonde memang gemar makan ulam-ulaman terkini Bonde cuba makan ulam bunga kunyit, sebelum ni tak pernah cuba sebab sukar nak dapat bunga kunyit, minggu lepas Bonde ke kebun kawan pejabat habis Bonde terokai kebun beliau.  Seronok ada banyak tanaman dirumah Bonde memang suka bercucuk tanam tapi itulah tak ada tanah nak berkebun dapat tanam dalam pasu pun sudah gembira jadinya.

Ulam Bunga Kunyit



Bunga Kunyit memang sesuai dibuat ulam cicah dengan sambal belacan, budu atau makan dengan apa-apa jenis sambal. 

Apa Rasa Bunga Kunyit nih?

Rasanya macam bunga kantan, Ia boleh juga dibuat kerabu kalau suka.  Tapi susah nak dapat stok bunga kunyit ni, Dekat pasar malam jarang nampak dijual bunga kunyit ni,  kalau nampat pasti Bonde beli.  

Cara Makan Ulam Bunga Kunyit

1. Basuh bersih-bersih bunga  kunyit tersebut

2. Potong dua bahagian

3. Leraikan bunga kunyit satu persatu ikut selera mudah nak makan bila kelopak bunganya telah dileraikan.



Bunga Kunyit Untuk Awet Muda.

Dengan mengamalkan makan bunga kunyit ini, ia menjadikan petua awet muda bagi pengamalnya serta kecantikan dan kesihatan luar dan dalam wanita

Bunga Kunyit Baik Untuk Ibu BerpantangBonde ada terbaca bunga kunyit ini sesuai juga dimakan oleh ibu  yang baru lepas bersalin dan berpantang.  Khasiatnya adalah untuk mempercepatkan penyembuhan luka di bahagian dalam dan untuk kesihatan rahim ia berfungsi sebagai mengecutkan rahim.

Pokok Kunyit memang bagus sekali dari daun dibuat masakan, bunga kunyit dibuat ulam dan ubinya juga dibuat masakan dan masker.  Tumbuhan herba ini sangat sesuai ditanam dirumah dan ia mudah untuk hidup. 

Lepas nih kalau jumpa bunga kunyit jangan dibuang, banyak khasiatnya tau cuba manfaatkan untuk kesihatan. 

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. tak pernah lagi jumpa dan makan bonde..mesti pokoknya besar sampai boleh ada bunga macam ni kan.. mesti sedap tu..

    BalasPadam
  2. SA suka bunga kunyit ni...sedap..cicah sambal belacan...

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.