Pengalaman Beli Pokok Ketumbar Jawa Secara Online

Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai Pembaca semua, Bonde nak Kongsikan dengan anda semua pengalaman pertama Bonde beli Pokok Ketumbar Jawa Secara Online, Sebenarnya Bonde memang sudah lama mencari benih ketumbar jawa nih untuk ditanam didalam pasu, Bonde ada baca Ketumbar jawa nih fungsi sama sahaja dengan daun ketumbar yang dijual di pasar tu dan bezanya adalah bentuk daunnya. Sebelum nih Bonde ada cuba menanam pokok ketumbar biasa/culantro tu, tapi tak pernah hidup sedih rasanya.  Kebetulan Bonde ada join group FB iaitu Kebun Tepi Rumah.  Bonde terbaca post tentang benih ketumbar jawa nih jadi laju-laju Bonde klik whatsapp penjual yang dikenali dengan panggilan mesra Kak Teh.



Pengalaman Beli Pokok Ketumbar Jawa Secara Online



Syukur Alhamdulillah laju whatsapp dibalas oleh Kak Teh, sayangnya stok pokok tak mencukuoi dari lima belas pokok Bonde hanya dapat lima pokok ketumbar jawa, nampaknya laku keras peniagaan pokok ketumbar Kak Teh nih.  Tanpa berlenggah Bonde terima sahaja walau hanya dapat lima anak pokok. Jadi untuk permulaan yang baik mana tahu dari lima pokok nih akan membiak menjadi lebih banyak InsyaAllah.

Kegunaan Ketumbar Jawa dalam masakkan seperti Tom Yam Siam (rasa lebih kaw) , Sup Daging , Sup Ikan , Ikan stim dan telur dadar.  Ia juga boleh dibuat sos hijau thai, ulam seperti salad atau buat kerabu.

Rasa dan bau adalah sama seperti ketumbar biasa culantro tapi bau ketumbar jawa lebih kuat dan dan rasanya lebih sedap.

Khasiat Ketumbar Jawa

1. Daun


Air rebusan daun ketumbar jawa ini diminum untuk merawat demam, diabetes, demam panas, perut kembung, radang paru-paru, selsema dan boleh melawaskan pembuangan air besar.
Selain itu, air rebusan ini juga boleh dijadikan air mandian untuk merawat demam panas, selsema,serta radang paru-paru.
Cecair daun diperah dan sisa daun ditelan untuk dijadikan pembuka selera.

Daun ketumbar jawa yang segar ini juga boleh dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul, kudis dan luka.

2. Akar

Dapat merawat batuk, demam, demam malaria, demam panas, radang paru-paru, selsema, sembelit, melawaskan pembuangan air kecil, merangsang peluh dan menghentikan pendarahan rahim dengan cara meminum air rebusan daripada akar tersebut.

3. Daun dan Akar


Air rebusan diminum untuk merawat demam kuning, demam panas, penyakit seriawan usus, sakit ular-ularan, tekanan darah tinggi, merangsang haid, merangsang peluh, penawar racun, terlampau banyak jus hempedu dan sebagai afrodisiak.

4. Khasiat pemakanan


Daun ketumbar jawa ini boleh dijadikan perisa dalam makanan, sup, sayur atau ulam. Daunnya yang muda turut boleh dimakan mentah-mentah sebagai salad atau ulam dan dimasak seperti sayur yang lain.

Daun muda mempunyai rasa dan bau yang kurang kuat berbanding dengan daun tua. Baunya seperti daun ketumbar tetapi daun yang tua itu berbau lebih kuat seakan pepijat.

Ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa daun ketumbar jawa ini boleh dibuat perisa atau sayur.

Khasiat Pokok Ketumbar Jawa

Daun

-Rebus daun ketumbar jawa sehingga mendidih, Kemudian air rebusan itu Tadi diambil untuk merawat demam, kencing manis, demam panas,kembung perut, selsema dan melancarkan pembuangan air besar.

-Selain itu,air rebusan ini juga boleh dijadikan air mandian untuk merawat demam panas, selsema,serta radang paru-paru

Akar

-Dapat merawat batuk,demam,demam malaria,demam panas,radang paru-paru, selsema, sembelit, melawaskan pembuangan air kecil, merangsang peluh dan menghentikan pendarahan rahim dengan cara meminum air rebusan daripada akar tersebut.6

Baiklah dekat atas Bonde sudah kongsikan khasiat dan kegunaan ketumbar jawa bagi yang pertama kali dengar nak tahu info berkaitan, sekarang Bonde nak kongsikan ketumbar jawa yang Bonde Beli dengan Kak Teh jom tengok macam mana pembungkusannya !

1. Buka parcel kelihatan ada kotak siap dengan selotep kemas sahaja balutannya.


2. Buka kotak nampak dah pokok ketumbar jawa dan pokok ati-ati. siap balut dalam plastik.


3. Buka plastik, kira anak pokok ketumbar jawa  dan asingkan dengan pokok ati-ati.  Pokok ketumbar jawa ni Kak Teh siap gumpalkan tanah dekat akar supaya tak berterabur akar pokok.


4. Pokok ati-ati ini adalah free gift dari Kak Teh.


5. Siap asingkan pokok ketumbar jawa dan sedia untuk ditanam dalam pasu.  Tak sabar nak tanam pasu dan tanah memang dah standby jer dekat luar rumah.


6. Siap tanam dalam pasu. Moga membiak dengan jayanya.  Apa yang Kak Teh bagi tahu, daun ketumbar tu kena gunting, tinggalkan satu inci sahaja untuk memudahkan pokok membiak dengan cepat.


7. Jadi daun yang digunting tu boleh dibuat masakkan, nanti Bonde kongsikan dekat next entri Bonde buat apa dengan daun ketumbar yang telah digunting ini.


Bonde memang puas hati membeli pokok ketumbar jawa nih dengan Kak Teh, Pokoknya yang telah Bonde gunting tu dah keluarkan daun yang baru, gembira Bonde pokok nih akan membiak nampaknya, Doakan pokok Bonde hidup dengan subur yea, InsyaAllah.

Bagi yang berminat nak dapatkan pokok ketumbar nih bolehlah berwasap dengan Kak Teh boleh terus tekan link wasap

wasap.my/+60196021186/ketumbarjawa


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

1 PEMBERI ULASAN

  1. ita tak pandai makan daun ni.. mesti suruh asingkan kalau makan kat kedai..haha

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.