Drama Adapatasi Novel Marry Me, Senorita

Drama Adapatasi Novel Marry Me, Senorita Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai reader semua... Bonde nak info dengan anda semua, drama adaptasi novel 'Marry Me Senorita' karya Suri Ryana di slot MegaDrama Astro Ria. Manemukan gandingan Dini Schatzmann dan Janna Nick. Disiarkan mulai hari ini 2 Februari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam di Astro Ria.  Kepada peminat Novel Suri Ryana masa nilah kita nak feeling watak-watak yang ada di dalam novel tu kan... Oppa korea tu hah!

Drama Adapatasi Novel Marry Me, Senorita




Info Drama Novel Marry Me, Senorita

EPISOD : 20
TARIKH TAYANGAN : 2 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria)
PENULIS SKRIP : Rehal Nuharis, Dayang Kartinah
PENULIS NOVEL : Suri Ryana
PENGARAH : Nur Ain Sharif
PRODUKSI : Juita Viden Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Dini Schatzmann, Shaza Bae, Siti Khadijah Halim, Dato Jalaludin Hassan, Fadilah Mansor, Asha Merican, Yasmin Hani, Natasha Elyzza, Razman Mahayuddin



Watak Pelakon Marry Me, Senorita


Janna Nick sebagai Sofea Leia

Dini Schatzmann sebagai Isa Alehandro

Shaza Bae sebagai Rossa Arabella

Yasmin Hani sebagai Engku Marini

Dato Jalaludin Hassan sebagai Engku Aziz

Fadilah Mansor sebagai Ungku Zaharah

Yasmin Hani sebagai Ungku Marini

Siti Khadijah Halim sebagai Tina

Natasha Elyzza sebagai Shelli

Asha Merican sebagai Edora



Sinopsis Novel Marry Me, Senorita


“Marry me, senorita.” - Isa Alejandro.

Tak habis-habis lelaki kacukan Sepanyol itu melamar Sofiy Leia sehingga gadis itu kusut dan serabut dibuatnya! Takkanlah nak terima lamaran lelaki yang baru dikenalinya tak sampai seminggu itu? Sudahlah lepas laku. Pengetahuan agama lelaki itu pulak boleh dikatakan zero!

Atuk dan nenda pun susah nak percaya yang cucu mereka mahu memilih gadis Muslimah seperti Sofiy sebagai bakal isteri.

“Lain pulak taste dia kali ni, abang….” - Engku Zaharah.

“Boleh percaya ke cucu bertuah awak tu nak kahwin dengan gadis begini?” - Engku Aziz.

Isa Alejandro hadir saat Sofiy Leia tidak mempunyai siapa-siapa dan berada dalam bahaya.

“Tak ke awak rasa pernikahan ini tak akan diberkati? Satu masa nanti awak akan tinggalkan saya, kan? Sebab awak tak cintakan saya. Perkahwinan sepatutnya menjadi satu ibadah. Kita harus ikhlas bernikah kerana Allah.” - Sofiy Leia.

“Berkat? Well, terus terang aku tak arif tentang itu. What I know, we’ll make a good pair and this is a win-win situation. Kau tolong aku dan aku tolong kau.” - Isa Alejandro.

Terpaksa atau rela? Itu bukan soalnya. Persoalannya sekarang, dapatkah perkahwinan ini bertahan sehingga ke akhirnya? Sudahlah mereka berasal dari dunia yang yang terlalu jauh berbeza. Si perempuan Sepanyol celup, Rosa Arabella a.k.a Rosmina Sukardi pun turut sama menagih cinta Isa Alejandro. Belum lagi bercakap tentang mama dan papa Isa Alejandro yang sukakan pelakon ‘sendu’ tu.

Dalam kekusutan, ada gelora cinta yang semakin membahang. Namun, bahagianya cuma sementara. Badai yang melanda memisahkan dua jiwa yang sedang asyik dilamun asmara.

Namun, benarkah apa yang telah ditakdirkan untuk kita, akan tetap menjadi milik kita akhirnya?

“Now pandang sini dan bagitau abang yang Sofiy tak cintakan abang.” - Isa Alejandro.

“Benarlah garis waktu tak akan mampu menghapuskan rasa itu.” - Sofiy Leia.

Masihkah ada harapan untuk cinta mereka mekar semula?



Kalau anda nak baca versi novel boleh baca di sini Bab 1 - Bab 14

Selamat menonton...

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

8 PEMBERI ULASAN

  1. Macam pernah baca lanovel citer ni Bonde..alaaaa..nak kena tgok balik la....

    BalasPadam
  2. Dini berlakon masih kayu lagi tak?

    BalasPadam
  3. Lama tak baca novel, kalau dulu kejap je baca dah abis. tak sekarang macam takde masa nak baca.

    BalasPadam
  4. Baru tau ada cerita ni..jarang tgk drama..nanti ada ms blh tgk

    BalasPadam
  5. Wow,another drama adaptasi novel. Boleh layan lepasni. Suka Janna nik.. hihi .

    BalasPadam
  6. Kalau dorang dua nie berlakon Fiza rse mmg best.. boleh la layan kat Astro ria

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.