15 Tips Murah Rezeki

Assalamualaikum dan selamat malam reader semua.... pejam celik dah masuk bulan February dah.. sungguh pantas masa berlalui. 2020 sebulan telah ditinggalkan dan semalam Januari pula telah berakhir. Bagi Bonde hari-hari yang dilalui kena faham bahawa masa tidak menunggu kita semua sekarang! jadi kita lah yang kena mengejar masa itu. Ini mengajar Bonde untuk tidak berkata nanti dan menangguh-nangguh sesuatu perkara!

Assalamualaikum February



15 Tips Murah Rezeki


1. Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah.

2. Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh. 

3. Buat solat sunat Dhuha 2 rakaat (2 kali). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati. 

4. Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah.

5. Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Sehinggakan tak sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali!

6. Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya.

7. Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang. 

8. Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah.

9. Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji!

10. Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi. 

11. Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu. 

12. Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. 

13. Cara maafkan, sebelum tidur, tutup mata, bayangkan muka orang itu, sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa).

14. Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia.

15. Akhir sekali, Berdamailah dengan masa lalumu supaya ia tidak akan merosakkan lagi masa sekarang yang kita sedang miliki, Sayangi diri sendiri. 


Pejam celik, pejam celik melalui PKP dan virus covid 19 yang makin hari, makin bertambah! nak buat macam mana? telah tertulis untuk kita semua tempuhi semua ujian ini.  Suka Bonde kongsikan apa yang dibaca ini... semua kita  berkaitan tidak terkecuali dari ujian Covid 19 ini.

Ibrah sebuah Perjalanan Dari renungan hati..

Bila Allah izinkan tiada siapa yang boleh tahan
Dan bila Allah tahan tiada siapa boleh larang.

Highway yang selalunya sibuk 
Keretanya jarang2 lalu lalang

Hentian yang dipenuhi orang 
Sunyi sepi menusuk perasaan.

Gerai makan berjualan selalunya dipenuhi orang
Hatta surau yang harus beratur saat ingin mengangkat wuduk
Hening..tiada berpapasan.

PKP..dan virus Covid 19
Menghantar ibrah yang mendalam.
Saiznya nanometer yang tak kelihatan.

Ingat..sejarah yang tertuliskan dalam Al Quran
Hanya  burung-burung Ababil menghantar batuan
Tentera Abrahah sudah bergelimpangan seperti daun-daun di makan ulat-ulatan..😢

Firman Allah Taala dalam al-Quran, 

“Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasukan-pasukan, yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.”

 (Surah Al-Fil ayat 1 hingga 5)

Manusia adalah khalifah di muka bumi, Allah telah memberi manusia kebolehan mentadbir alam dan seluruh isinya. Kerana itu manusia perlu menggunakan kelebihan ini ke arah kebaikan.

 
Orang mukmin wajib mempercayai bahawa Allah sangat-sangat berkuasa. Allah mampu untuk membuat sesuatu yang tidak kita jangka hebatnya.

 Alam sekeliling menjadi tanda kehebatan ciptaan Allah. Juga pada kehebatan penciptaan diri kita. Allah menurunkan virus Covid19 juga sebagai petunjuk kepada kita akan kehebatan Allah ini.

Semoga kita sama2 mengambil pengajaran.

Semoga Bermanfaat, Insya'Allah, Aamiin

kredit : Telegram @quotephotovideo 🍂🍂🍂




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.