Joymix Hello Bong Membantu Melegakan Masalah Senggugut Wanita

Joymix Hello Bong Membantu Melegakan Masalah Senggugut Wanita Assalamualaikum dan Selamat Pagi... Hai reader semua, Bonde nak kongsikan dengan anda semua tentang kelebihan Hello Bong untuk wanita yang mengalami senggut teruk ketika datang haid.  Bagi wanita normal, haid akan datang setiap bulan dan ada setengah wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur haid datang tidak menentu waktu, kadang datang, kadang tak datang...seperti biskut pula kejap ada, kejap tak ada... ini adalah berkaitan dengan masalah hormon.  Ada juga wanita bila datang haid ianya akan jadi senggugut.



Joymix Hello Bong Membantu Melegakan Masalah Senggugut Wanita


Senggugut kerap dialami oleh golongan wanita yang masih datang haid. Ia sering kali menjadi keluhan kerana ia menganggu kerja-kerja seharian, dan menjadi sebab utama mereka tidak pergi ke sekolah atau kerja.

Definisi Apakah itu Senggugut?


Senggugut adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa datang haid.

Pelvis adalah tempat di mana organ berikut berada iaitu rahim, ovari (kilang telur), dan saluran falopio, dan pundi kencing.

Dalam bahasa Inggeris, senggugut dipanggil “dysmenorrhoea”. Terdapat dua jenis senggugut.

Senggugut Primer


Senggugut ini yang berlaku kepada kebanyakan perempuan remaja tetapi tidak mempunyai patologi di pelvis dan rahim, setelah pemeriksaan oleh doktor. Ia biasanya berlaku selepas 6 hingga 12 bulan dari akil baligh apabila kitaran ovulasi bermula. Tetapi ia juga boleh berlaku dikalangan wanita yang masih subur.

Senggugut Sekunder


Senggugut ini disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur. Sebab-sebab:

Penyakit endometriosis. Penyakit ini dihidapi oleh 5-15% wanita yang mempunyai haid.

Cyst Ovari dan tumor

Fibroid (kebengkakan pada rahim). Kesakitan ini berlaku semasa kedatangan haid yang banyak.

Jangkitan ke rahim atau saluran dari rahim ke kilang telur (penyakit radang pelvis)

Kongenital (contoh: Rahim bicornuate, rahim subsepta)

Alat pencegah kehamilan dalam rahim (IUCD). Senggugut boleh jadi lebih teruk semasa penggunaan ini pada sekumpulan kecil wanita.

Epidemiologi


Lebih daripada 60% perempuan remaja mengalami senggugut primer. Satu dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga menganggu aktiviti seharian.

Ia adalah lebih kerap berlaku kepada seseorang yang merokok, mereka yang mengalami akil baligh yang lebih awal, dan yang mempunyai haid yang banyak

Senggugut adalah lebih jarang berlaku di kalangan wanita yang pernah atau baru bersalin, dan yang menggunakan pil perancang.

Tanda-tanda

Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas.

Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.

Senggugut primer. Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.

Senggugut Sekunder


Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa. Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami Senggugut Sekundar.
  • Haid yang tidak tetap
  • Haid yang tidak tetap
  • Kesakitan antara haid
  • Pendarahan yang bertamban banyak
  • Lelihan dari faraj
  • Kesakitan ketika melakukan seks
  • Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  • Loya dan muntah, cirit-birit.
sumber : http://www.myhealth.gov.my/senggugut/




Kajian terbaru mendapati bahawa JOYMIX HELLO BONG dapat membantu melegakan PMS. https://www.joypremix.com/products/hello-bong

Bagi anda yang pertama kali mengenali Produk JoyMix Hello Bong ini ianya berasal dari Pulau Jeju Korea, Sebab itulah bila dengar produk Korea mesti ramai yang teruja nak mencuba bukan? JoyMix Hello Bong adalah formulasi unik yang dibuat dari jeruk Halla-Bong dan Curcuminoids dari ekstrak kunyit.  Halla-Bong adalah spesies oren tanpa biji khas yang ditanam terutamanya di Pulau Jeju di Korea. JoyMix Hello-Bong mempunyai jumlah Vitamin C yang tinggi dan sememangnya manis. JoyMix Hello Bong menggabungkan khasiat Halla-Bong dengan khasiat kesihatan kunyit untuk mewujudkan minuman serbuk oren yang sejuk dan menyegarkan.




PMS mempengaruhi sebahagian besar wanita yang belum berkahwin kerana hormon dalam keseimbangan. Ramai doktor memberikan ubat penghilang rasa sakit (Panadol), fluoxetine, sertraline yang mempunyai kesan sampingan.



Hello bong terdiri daripada HALLA BONG DAN KURCUMIN yang dapat membantu melegakan PMS secara fizikal dan emosi.




Secara Fizikalnya senggugut akan menyebabkan sakit-sakit seperti dibawah:
- Sakit perut
- Kekejangan haid
- Kembung
- Emosi

Dan berikutan sakit senggugut itu belakulah masalah "Moody", apabila tidak ada mood, apa yang terjadi ialah tanpa boleh dikawal ialah perasaan seperti dibawah :
- Marah
- Cemas
- Kemurungan



Kandungan Yang Terdapat Dalam Satu Sachets Joymix Hello Bong

Erythritol

Serbuk Orange

Serbuk Curcuma Longa

Estrak

Asid Askorbik

Cara Pengambilan Joymix Hello Bong 


1.Buka satu sachets Hello Bong

2.Tuangkan secara pelahan kedalam mulut

3. Kemam secara pelahan

 

Review Bonde Tentang Joymix Hello Bong


Joymix Hello Bong ini rasanya memang sedap sekali, satu sachets Joymix Hello Bong bersamaan dengan dua biji buah oren.  serbuk Joymix Hello Bong ini sangat sedap rasanya memang rasa buah oren dalam bentuk sebuk.

Bagi Bonde pengambilan Joymix Hello Bong sangat membantu kepada masalah haid Bonde yang tidak teratur dan selalunya amat menyakitkan bila ianya menyerang pada perut, hingga rasa kejang waktu datang senggugut selalukan memang akan membuatkan Bonde hilang mood.  

Ianya amat bebeza sekali, setelah pengambilan Joymix Hello Bong rasa sengugut itu menjadi reda.. dan Bonde bebas  bergerak aktif kemana sahaja tanpa berkurung di dalam bilik menahan sakit dan menunggu hingga senggugut menjadi reda.

Joymix Hello Bong juga meredakan rasa sakit senggugut menjadikan siapa yang mengambilnya rasa tenang dan gembira walau sedang mengalami haid .

Joymix Hello Bong senang dibawa kemana-mana letak dalam handbag atau letak dalam poket sahaja.

Bagi anda diluar sana, yang mengalami masalah senggugut bolehlah cuba sendiri Joymix Hello Bong Bonde memang selesa menggunakannya.




Untuk info lanjut, anda boleh layari laman web dibawah :


JoyMix Hello-Bong
Harga
RM 77.00 / 30 sachets


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

28 PEMBERI ULASAN

  1. Kte pun makan ni bonde tapi kte makan utk resdung hehe memang best sebab resdunh mmg berkurangan

    BalasPadam
  2. Kte pun makan ni bonde tapi kte makan utk resdung hehe memang best sebab resdung mmg berkurangan

    BalasPadam
  3. Jika anak2 perempuan abam kke ada masalah senggugut, pasti abe kie akan syorkan produk ini kpd mrka...

    BalasPadam
  4. Glad to know that this supplement can help to alleviate pain associated with discomfort that ladies and women suffer from. Will definitely share this awesome products.

    BalasPadam
  5. Senggugut memang kadang-kadang depressing. Terima kasih kenalkan product ni, moga bermanfaat ☺️

    BalasPadam
  6. sekarang ni memang makin kerap kena senggugut, sebelum ataupun selepas pun kena jugak. Boleh la try joymix ni mana tau boleh heal kat dalam tu

    BalasPadam
  7. Pas ni sesiapa yang ada sengugut tu hole la rekomen produk ni pada mereka mana tau kut ok dan serasi kan...

    BalasPadam
  8. Sejak bersalin dulu dah jarang betul-betul dapat PMS ni.. kalau ada pun cuba lesu-lesu perut je.. tapi boleh cuba gaklah,,sebagai minuman tambahan kan..

    BalasPadam
  9. Bagus untuk mereka yg ada senggugut, bolehlah cuba Hello Bong ni.

    BalasPadam
  10. Kita nak bagi kat adik-adik kita la sebab diorang pun ada masalah haid tak menentu.

    BalasPadam
  11. kita suka amalkan joymix ni..badan rasa lebih bertenaga je

    BalasPadam
  12. Ok. Baru tau yg hello bong ni boleh kurangkan sengugut.. Lepas ni boleh cuba

    BalasPadam
  13. Sengugut kalau dtg mmg seksa gila kan..joymix yg ni blm try lagi..yg botol putih tu pnh cuba..yg baru ni murah jgk harganya

    BalasPadam
  14. Kita sekrg pun masih ade senggugut.. Meamg sakit, baring je.. Nak kene try ambik joymix la.. Bahan2 pun bagus. Rasa mesti sedap kan.. Pulak tu senang makan macam tu je

    BalasPadam
  15. Sekarang ni kita kerap kena senggugut... Rasa nak try pula brand ni kot dpt legakan sakit tu.

    BalasPadam
  16. saw my friends also drink this Joymix Hello Bong . I nak try soon coz wanna look pretty like you :)

    BalasPadam
  17. Wahh, can recommend this to my family and friends yang selalu ada serious period pain issue..

    BalasPadam
  18. Baru first time tahu tentang senggugut primer dan sekunder. Alhamdulillah, saya tak pernah senggugut, cuma sakit biasa2 je ketika period. Tapi bagus la ada produk sebegini untuk sesiapa yang memerlukan.

    BalasPadam
  19. hallabong memang popular dekat Jeju, ai pun yang dah berusia ni pun
    masih kena serang senggugut masa period , mungkin kena juga try Joy Mix Hello Bong ni ....huhuhu

    BalasPadam
  20. Ramai juga yg review oroduk ni. Jaganya bagus esp bg mereka yg ada sengugut. Sangat membantu

    BalasPadam
  21. Sesuai sangat ni especially mereka yg kerap kena senggugut. Nanti nak recommend kan pada kawan-kawan girl i. Thanks perkenalkan produk ni.

    BalasPadam
  22. Boleh recommend dekat akak dengan adik saya ni

    BalasPadam
  23. Bagus untuk sendi juga ye? Boleh trylah. Sendi-sendi selalu sakit sekarang ni

    BalasPadam
  24. best nya bonde !! kandungan dia memang sangat sesuai untuk wanita.. okeh !! atie memang ada senggugut ringan.. harap produk ni dapat membantu atie..

    BalasPadam
  25. saya tak pernah lagi alamai senggugut teruk. tapi boleh recommend pada kawan yang slalu sakit setiap bulan

    BalasPadam
  26. Wauu tgok kandungan dia mmg bgus. recommended ni

    BalasPadam
  27. Kita makan untuk redakan resdung... Rupanya untuk senggugut pp un boleh juga ye..

    BalasPadam
  28. thanks sharing pasal manfaat produk ni. huda memang ada masalah PMS sejak awal datang bulan masa remaja sampai sekarang dah kahwin anak dua pun.. wajib amalkan produk ni

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.