Resepi Crunchy Capsicum Cream Cheese Yang Mudah

Resepi Crunchy Capsicum Cream Cheese Yang Mudah Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Sekarang ni tengah viral  Crunchy Capsicum Cream Cheese dekat instagram dan tiktok setiap kali video lalu buat Bonde terliur jer tau! Teringgin nak rasa jadi Bonde beli bahan-bahan dan Cik Fatin cuba buat untuk Bonde... Bahan-bahannya pon mudah sahaja senang nak cari petik jari jer boleh dapat he he he



Resepi Crunchy Capsicum Cream Cheese Yang Mudah 

Versi Bonde

Menu ini wujud dari  seorang pengamal diet keto yang memulakan memakan Crunchy Capsicum Cream Cheese jadi selepas itu ramai yang mengikuti menu yang telah dimakan olehnya dan ada yang telah menambah idea kepada citarasa sendiri.  Bagi anda yang mahu mengenali beliau bolehlah tengok instagram dibawah.


Disebabkan Bonde pon dah terliur bila tengok ramai yang kongsikan cara mereka makan dekat tiktok, Bonde jadi teruja sesangat nak rasa keenakannya.  

Resepi  Versi Bonde

Yang Bonde senaraikan ini adalah untuk sekali makan, boleh kongsi berdua... atau boleh ulang makan sekali lagi.

Bahan-bahan Crunchy Capsicum Cream Cheese :

1 biji Capsicum Hijau (belah-belah ikut suka nak besar atau kecil)

1/2 batang timun jepun (potong memanjang)

20 keping beef pepperoni

8 sudu Cream Cheese Bega

1 sudu kecil garlic spread

sedikit serbuk Natural Mushroom Seasoning

sedikit lada hitam

Cara nak buat Crunchy Capsicum Cream Cheese

Sediakan sos dahulu, ambil piring masukkan cream cheese bega, taburkan natural mushroom seasoning dan garlic spread gaul sebati.

Timum jepun potong memanjang, 

Ambil capsicum yang telah di belah, letakkan atau susun timun jepun dalam capsicum dan sapukan sos cream cheese yang telah digaul tadi.

Latakkan beef pepperoni diatasnya dan taburkan lada sulah..

Sedia dihidangankan untuk dimakan.

Rasanya sangat ranggup dan sedap, memang sesuai dijadikan menu snacking bagi anda yang sedang berdiet.

Selamat mencuba

  

 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

7 PEMBERI ULASAN

  1. nmpak macam sedap la bonde.. nk try la buat nnati

    BalasPadam
  2. ini yg viral dekat TikTok tu ekkk...hehehehe...tak terasa lagi nak cuba mgkn sbb sihat sgt...hahahahaha

    BalasPadam
  3. Nak cuba juga.. terbayang bau capsicum yg sedap dgn cream cheese.. mcm mkn pizza mini

    BalasPadam
  4. Bunyi keranggupan tu mengoda betul la. Haha

    BalasPadam
  5. Menarik ni bonde. Boleh try juga nanti. Simple dan nampak sedap.

    BalasPadam
  6. Menarik snagat ni.. Tapi cili hijau tu.. Kita kureng makan

    BalasPadam
  7. Wah ni mudah untuk prepare and sedap juga kan, best sebagai finger food time party or time kawan datang rumah.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.