Impikan Percutian Menarik Selepas Bebas Dari PKPB Traveloka.com Kan Ada

Impikan Percutian Menarik Selepas Bebas Dari PKPB Traveloka.com Kan Ada Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai reader semua... PKPB sekarang ni buat semua orang takut untuk keluar rumah kerana berhati-hati tidak mahu dijangkiti virus covid 19.  Tidak kurang juga ramai yang stress dan impikan percutian, tidak dapat cuti panjang-panjang dapat cuti pendek pun jadilah janji dapat melihat dunia luar selain rumah sendiri.  Bukan tak suka pada rumah sendiri... tapi sebagai manusia biasa pastinya nak tahu perkembangan diluar sana betul tak?

Impikan Percutian Menarik Selepas Bebas Dari PKPB Traveloka.com Kan Ada


Lepas PKPB berakhir kemana lokasi yang anda teruja nak pilih untuk pergi dan lawati? sudah ada pilihan atau masih tercari-cari lagi. Bagi Bonde tak kisah kemana janji dapat merehatkan minda dan badan.  Meninjau dalam planner travel Bonde, setelah di semak  tahun ini tidak sekali pun, Bonde dan keluarga jejakkan kaki ke Negeri Melaka, Kalau sebelumnya memang Melaka adalah Negeri yang harus kami terjah, boleh dikatakan kerap bercuti ke Melaka bersama keluarga.  

Ya Allah tiba-tiba rindu datang menjelma.  Terbayang keindahan Negeri Melaka tempat yang selalu kami pergi A'Famosa Melaka, Banda Hilir, Jonker Walk,  Dataran Pahlawan, Pantai Klebang, Shopping dekat Melaka Premium Outlet Dan Makanan-makanan yang ada juga turut dirindui, Bonde suka Jalan-jalan cari makan Paling Suka Asam Pedas Melaka, Ikan Bakar Umbai, Coconut Shake, Manggo Float, Keria Gula Melaka dan Cendol....semua makanan terbayang-bayang sudah.  Untuk info boleh tengok link 15 Tempat Menarik Di Melaka Yang Wajib Anda Kunjungi

Memandangkan Bulan Disember ini adalah hari istimewa untuk suami dan anak,  kerana mereka berkongsi bulan kelahiran, Bonde rancang lepas PKPB di Selangor berakhir pada 6 Disember 2020 nak bercuti ke Melaka bersama-sama.

Apa lagi terus buka laman web atau apps Traveloka untuk melihat promosi hotel yang bakal Bonde dan keluarga bermalam nanti.

Cara Mudah Menempah Hotel Di Traveloka

1. Cari hotel


Mulakan carian anda dengan mengisi destinasi, mercu tanda, atau nama hotel dan tempoh penginapan anda.



2. Pilih hotel

Pada halaman hasil carian, buat pilihan hotel anda. Klik Lihat Bilik untuk melihat butiran bilik hotel.

3. Tempah hotel

Pada halaman butiran hotel, pilih jenis bilik dan bilangan bilik yang anda ingin tempah.


4. Isi maklumat penempah dan butiran tetamu

Isi maklumat penempah dan butiran tetamu. Pastikan semua butiran adalah betul, kemudian teruskan dengan pembayaran.



5. Teruskan dengan pembayaran

Buat pilihan kaedah pembayaran anda. Jangan melebihi had masa pembayaran.

6. Menerima baucar hotel

Setelah traveloka menerima bayaran anda, baucar hotel akan dihantar ke emel anda dalam masa 60 minit.

Ada tiga langkah pembayaran traveloka iaitu Kad Kredit, Perbankan Internet dan 7-Eleven rujuk disini : traveloka.com/ms-my/how-to/pay

Langkah Mudah Untuk Membayar Melalui Kad Kredit

1. Pilih Kad Kredit

2. Isi Borang

3. Klik Bayar


Langkah Mudah untuk Membayar melalui Perbankan Internet

1. Pilih Perbankan Internet

2. Klik Bayar

3. Klik Bayar

4. Klik Bayar


Langkah Mudah untuk Membayar melalui 7-Eleven

1. Pilih 7-Eleven

2. Klik Bayar

7 Sebab Kenapa Bonde Selalu Mengunakan Traveloka Untuk Buat Tempahan Hotel ?



1. Laman Web Traveloka Yang Mudah Digunakan 

Laman web traveloka.com memang sangat mudah digunakan anda boleh mencari hotel dengan mudah kerana ada banyak pilihan hotel yang meluas mengikut destinasi pilihan, negeri di Malaysia. Anda akan dapat melihat senarai-senarai hotel yang ada dari harga yang terendah hingga yang termahal, begitu juga dengan penarafan bintang dari hotel satu bintang hingga lima bintang. 

2. Pilihan Penginapan Yang Lengkap

Bila memilih hotel, kita pasti nak ada macam-macam kemudahan, jadi di traveloka.com kita boleh lihat kemudahan apa yang terdapat di hotel yang bakal kita pilih dan bermalam contohnya :

WiFi - sangat penting buat masa sekarang.. boleh buat keje office, blogging, layan youtube dalam bilik

Kolam Renang - kena ada sebab Bonde satu keluarga memang suka berenang.

Parkir - kena pastikan ada dekat satu hotel yang sama, kalau parkir diluar bimbang tentang keselamatan kenderaan dan mudah nak pergi mana-mana kalau nak beli barang sebagainya.

Restoran - Kalau malas keluar kena lah tempah dari bilik

Meja Depan 24 jam - Senang bila ada masalah tentang bilik just call khidmat mereka kadang sangat diperlukan masa menginap.

Lif - wajib ada, kalau duduk tingkat lima keatas tak larat nak naik tangga.

SPA - Kalau ada best juga boleh urut badan atau bersauna.

3. Harga Rendah Setiap Hari & Tawaran Eksklusif di App


Anda kena muat turun Traveloka App dan dapatkan harga terbaik untuk bilik dan pelbagai promosi menarik tau!

4. Diskaun Istimewa

Pelanggan penerbangan, pelanggan surat berita dan ahli Traveloka akan mendapat diskaun istimewa untuk hotel, bestkan!

5. Harga Yang Pasti Tidak Menipu

Kalau anda nak tahu, kenapa Bonde pilih traveloka, kerana harga hotel yang kita tempah adalah sama dengan harga yang kita bayar, ianya tidak menipu harga hotel, ianya adalah harga muktamad, tiada fi transaksi dan tiada caj tersembunyi.

6. Ulasan Sebenar Tetamu

Review dari pelanggan memang penting untuk tahu maklumbalas dari pengalaman mereka yang telah menginap sebelum tu, Di traveloka kita boleh dapatkan ulasan tetamu lain, sebelum membuat keputusan untuk tempahan. Traveloka menyediakan 2,000,000+ ulasan sebenar daripada tetamu hotel jadi rajinlah membaca kalau nak tahu info berkaitan hotel yang ditempah!

7. StayGuaranteeDengan StayGuarantee

Tempahan hotel dijamin sepenuhnya. Jika berlaku lebihan tempahan, Traveloka akan mencadangkan hotel lain yang setaraf, tanpa kos tambahan. Atau, bayaran akan dikembalikan.  Ini memang memudahkan kerja kita taklah kena mencari hotel lain jika tiba-tiba bilik yang telah ditempah mengalami masalah.

Selesai sudah Bonde membuat tempahan bilik penginapan untuk bercuti bersama keluarga di Melaka,  Nak tahu Bonde menginap dimana? sila tunggu update entri seterusnya.

Bonde berharap dan berdoa agar covid 19 cepat-cepat lenyap dari muka bumi dan kita semua dapat menjalani hidup yang tenang dan selesa seperti sebelumnya. Aamiin.

Bagi anda yang berada di negeri-negeri zon hijau, bolehlah rancang destinasi anda untuk bercuti bersama keluarga. klik link untuk tempahan hotel booking

Selamat bercuti semua....

 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

16 PEMBERI ULASAN

  1. Nak sgt jln2 ke Melaka cuma tunggu thn depan la gamaknya. Selagi x reda covid ni selagi tu la abe kie x berani gi jalan2.

    BalasPadam
  2. Seronoknya kalau covid-19 berlalu pergi. Dah lama tak keluar bercuti.

    BalasPadam
  3. lepas PKPB ini mmg nk bercuti.. boleh book dengan traveloka

    BalasPadam
  4. berbaloi jugak harga dan diskaun Traveloka ni ekkk...lama dah tak bukak website Traveloka sbb PKP

    BalasPadam
  5. Antara platform yg mmg senang nk guna kalau cari hotel.. mmg tak sabar jugak nk habis pkpb nie.. nk jln2 melaka

    BalasPadam
  6. Lama dah tak dengar pasal traveloka.. lagi lagi lepas munculnya covid.
    Rindunya nak bercuti..
    Cepatlah covid pergi..

    BalasPadam
  7. Mudah dan murah guna Traveloka Ni. Aishh nak follow lah g Melaka. Rindu plak rasanya nk JJCM kat sana.

    BalasPadam
  8. Senang ada traveloka ni.. Semua boleh tengok.. Lama tak p melaka.. Patutnya tahun ni bercuti kat melaka

    BalasPadam
  9. Ok thanks for the infor, now kita pun dah start nak cari tempat percutian selepas CMCO boleh lah bawa family.

    BalasPadam
  10. Ada rezeki nanti lepas covid ni kitorang memang plan nak cuti2 bawa anak travel road trip Sabah. Dah lama tak buat road trip dengan anak anak.

    BalasPadam
  11. rindu nak bercuti dan tidur hotel, anak-anak pun dah minta tempah tiket flight

    BalasPadam
  12. Plan nak ke Melaka juga nanti. Boleh la usha harga kat Traveloka.

    BalasPadam
  13. x sabar nak pergi bercuti, tapi time ni lah husband busy pulak.
    hope sempat before buka sekolah nak bawa anak2 road trip for few days.

    BalasPadam
  14. tak kisah pergi mana2 pun, janji boleh bercuti. Rindunya nak bercuti...

    BalasPadam
  15. Lamanya tak pergi bercuti..bawa anak-anak tidur hotel. Nak usha lah website Traveloka.

    BalasPadam
  16. Syu memang seleza guna tra eloka. Mudah nak booking pape pakej

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.