Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian Edisi ke-33



Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian Edisi ke-33 Assalamualaikum dan Selamat Malam Tahniah kepada TV3 kerana berjaya meneruskan juga ABPBH33, Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke-33 buat kali pertamanya berlangsung tanpa kunjungan penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil bagi mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia selain diadakan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian Edisi ke-33

Pengacara ABPBH33 

Datuk AC Mizal dan Nabila Huda telah diberi kepercayaan oleh pihak penganjur sebagai hos utama pada malam kemuncak ABPBH33. 

Pengacara Karpet Merah ABPBH33


Bagi Karpert Merah pula, Sissy Iman dan Sean Lee.



Tahniah Kepada Haqiem Rusli Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian edisi ke-33



Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemilik trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 kali ini.

Penyanyi, komposer dan penulis lirik berusia 22 tahun itu memperoleh undi sebanyak 22,332,676 undi sepanjang tempoh undian ABPBH33 dibuka sejak awal bulan lalu hingga 8 November lalu.

Sumber : Berita Harian

Pemenang Kategori Utama ABPBH33 


Artis Baharu Lelaki Popular -Chubb-E

Artis Baharu Wanita Popular -Isyariana

Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia - Haqiem Rusli

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia - Wany Hasrita

Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular -Khai Bahar & Siti Nordiana

Pelakon Filem Lelaki Popular - Zahiril Adzim

Pelakon Filem Wanita Popular - Mawar Rashid

Pelakon TV Lelaki Popular - Ben Amir

Pelakon TV Wanita Popular - Siti Saleha

Artis Versatil Popular - Siti Nordiana

Artis Komedi Popular - Sherry Alhadad

Pengacara TV Popular - Sherry Alhadad 

Penyampai Radio Popular - DJ Lin

Pemenang Kategori Online ABPBH33


Gandingan Serasi Drama Popular - Kamal Adli & Uqasha Senrose

Gandingan Serasi Filem Popular - Syafiq Kyle & Mimi Lana

Lagu Paling Boom - Haqiem Rusli

Artis Kontroversi Popular - Aiman Tino

FC FANtastik Popular - Siti Nordiana FC

Bagi anda yang terlepas untuk menonton ABPBH33 bolehlah ke link di bawah untuk menonton :https://youtu.be/MZW4umIeMTM

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Ala hari tue kerja . Tak tahu pulak ada live . Tengok pun time hujung2 je . Tahniah pada semua pemenang

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.