Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 25 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020

Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 25 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semula... minggu kedua dalam tempuh Kuarantin. Entri lepas berkaitan Minggu 1 PKP Setiap hari ada sahaja 'update' tentang kematian akibat covid-19.  Bonde berasa sedih bila membaca berita kematian yang di uodate oleh KKM dan MKN setiap detik adalah kesedihan, jumlah kematian semakin hari semakin bertambah.  Takut nak keluar rumah.

Dalam tempoh 14 hari ini, memang Bonde tak keluar rumah pun, yang top up barang dapur hanya Kanda.  Bonde tak sediakan check list pun untuk Kanda untuk membeli barangan dapur, sebaliknya kanda sediakan sendiri check list tersebut sebabnya Kanda pun tak keje juga sama-sama PKP dekat rumah.  Jadi Bonde hanya cakap nak beli apa Kanda senaraikan he he he

Kanda memang tak bagi Bonde keluar rumah jadi Bonde akur dengan keputusan yang dibuat, Anda semua jangan panik bekalan makanan dan keperluan dijamin mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.  Duduk rumah, kekal tenang dan jangan panik.


Menu 7 Hari Sepanjang Kuarantin 25 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020


Menu Hari Pertama Rabu 25/3/2020:

Petang/Malam :
NasiPutih 
Sambal Ikan Kembong Goreng

Sayur pak choi goreng sos tiram
Telur Dadar

Menu Hari Kedua Khamis 26/3/2020 :


Tengahari :
Nasi putih 

Sambal belacan gesek lombok
Ikan masin sepat goreng

Malam :
Nasi Arab 2 Set
Kabsah Kambing
Kabsah Ayam

Menu Hari Ketiga Jumaat 27/3/2020 :

Tengahari/Malam :
Nasi Putih
Sambal ikan kembung goreng cili api
Sayur pak choi campur kobis goreng

Malam :
KFC 
Set Ayam Snack Plate

Burger Zinger

Menu Hari Ke Empat Sabtu 28/3/2020:

Pagi :
Maggi Sedap Goreng
Telur goreng mata

Malam :
Dominos Pizza

Menu Hari Ke Lima Ahad 29/3/2020:


Tengahari/Malam :
Nasi Putih

Sotong goreng butter by Fatin
Sayur pak choi sos tiram

Malam :
Pengat Labu Candil Biji Nangka

Menu Hari Ke Enam Isnin 30/3/2020:


Pagi : 
Nasi Goreng Kampung By Kanda

Petang:
Nasi Goreng Kampung By Kanda (Again)
Ikan sepat masin goreng

Malam :
Sardin Roll By Kanda

Menu Hari Ke Tujuh Selasa 31/3/2020 :

Pagi :
Nasi Lemak
Telur Rebus

Tengahari/Malam :
Nasi Lemak (Again sebab masak lebih)
Ayam Goreng By Kanda


Bonde buat apa dirumah ?

Bonde hari-hari cuba buat aktiviti kemaskan semua tempat ruang yang ada dekat dalam rumah terutamanya dapur, bilik air, bilik tidur, ruang tamu.  Yang paling ambik masa nak kemas adalah dekat ruang dapur, disebabkan waktu bekerja memang tak berpeluang nak lama-lama dekat dapur, biasalah kerja pagi baliknya selalu dah malam nak buat macam mana? Hujung minggu sahaja peluang yang ada dan boleh berlama-lama dekat dapur, jadinya anda boleh bayangkan macam mana punya dapur jadinyakan, Bukanlah hari bekerja tak masuk langsung ruang dapur bukan macam tu...maksud Bonde bahan-bahan kering yang dibeli adakalanya dah tamat tempoh tapi masih disimpan, rak tu yang tidak dikemas .. masa nilah Bonde dapat kemaslah semak balik tarikh tamat tempoh dan buang mana yang dah lupus dan kemas juga peti ais. Peti Ais sebenarnya Selalu Bonde kemas hujung minggu tapi ni buat pembersihan sekali he he he Bilik air pulak rumah ni ada tiga bilik air jadi anda tahulah nak kemas macam mana nasib Bilik air Cik fatin dia kemas sendiri, Bonde kemas bilik air ditingkat bawah, dan Kanda kemas bilik air di bilik kami.

Masa nilah buat Eksa dekat rumah sendiri, Bukan setakat dipejabat sahaja buat kena amalkan Eksa rumah pun kena juga tapi lebih kepada 5S rasanya... (ha ha ha nampak sangat dah rindu nak ke pejabat siap ingat EKSA dan 5S)

Baiklah sambil-sambil tu, Mari baca :

Cara pembersihan bagi yang bertugas semasa PKP :

Disinfeksi dan Pembersihan Permukaan, Pakaian dan Peralatan Di Pejabat



Cara pembersihan bagi Masjid atau Surau semasa PKP :

Disinfeksi dan Pembersihan Permukaan, Pakaian dan Peralatan Di Masjid dan Surau



Bagi yang duduk dirumah semasa PKP :

Disinfeksi dan Pembersihan Permukaan, Pakaian dan Peralatan Di Rumah




Baiklah sama-sama kita amalkan kebersihan... dimana jua kita berada! jangan lupa cuci tangan dengan kerap dan amalkan cara pemberihan yang telah disarankan oleh KKM.  








Sama-samalah kita berdoa semoga Allah menerima doa-doa kita semua, Semoga Allah memberi rahmat pada kita semua dan dijauhi dari wabak penyakit covid19 ini Aamiin..


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

14 PEMBERI ULASAN

  1. betul tu, time ni lah nak kemas rumah. saya tak abes kemas lagi, esok plan nak cuci langsir pulak hehe

    BalasPadam
  2. Sepanjang PKP ni kerja SA, masak..makan..tido...itu je..berat badan dah naik ni...

    BalasPadam
  3. Waaaa bonde buat list. Sume sedap menu bonde. Sy jugak yg rugi tike PKP xmampu nk msk macam2. Tekak nak makan tp tak lalu makan. Heheheh stay at home semua.

    BalasPadam
  4. Mcm-mcm menu... So far Sally xde beli lagi kecuali cendol... Hahaha

    Btw, Sally byk buat spring cleaning kat rumah tp xde buat disinfection, boleh cuba

    BalasPadam
  5. Masa ni la bersihkan rumah, masak selalu..tapi nad memnag dh masak selalu..tapi selalu bila penat masak , makan kat luar, tapi ni kena mask je la.

    BalasPadam
  6. Kita ni sampai tak tahu nak sediakan menu apa dah bonde. Hahaha.. Pening mikirnya. Memang bahan ada. Tapi biasa la. Kepuasan nak membeli barang sendiri takde. Jadi belilah barang yang basic gitu. So masaknya simple simple aje.

    BalasPadam
  7. aida pun kemas rumah.
    betul tu, bonde. before this takde time nak kemas.
    ni hah, byk masa - alhamdulillah...

    bab menu setiap hari, dah kehabisan idea dah ni.
    ulang tayang balik menu hari pertama pkp.
    nak memasak sgt, barang basah susah nak beli!

    BalasPadam
  8. Ini memang betul. Dekat hospital pun tube darah kitorang bunag dalam bekas decon yg ada klorin utk decontamination. Tapi ramai yg panik mencari dettol, padahal klorox pun boleh disinfect permukaan

    BalasPadam
  9. Wow banyak boleh buat kat rumah kan, so keep active and stay at home.

    BalasPadam
  10. Ada jugak lah ngemas..tapi sb umah sis ni kecik so tak banyak yg perlu dikemasakan. Sebelum pkp pun seminggu sekali mmg all out ngemas..tu yg tak byk sgt nak ngemas

    BalasPadam
  11. Masa pkp ni CR banyak kemas brg2 dlm stor. Buang mane yg patut. Baru nampak ade ruang sikit dan kemas.

    Menu pun byk berubah tp yg simple2 je sbb stok mknn terhad. Nk keluar payah. Huu

    BalasPadam
  12. Thanks for sharing your menu, sometimes i dont have anymore idea what to cook or buy

    BalasPadam
  13. Baguslah bonde ada liat menu sepanjang PKP. Dah Mimj lupa dah. Lepas ni nak try buaylt macam ni. Tulis kat kertas senang nak rotate.. Hehehe

    BalasPadam
  14. Sis pun dah macam2 menu buat sepanjang pkp ni. Tapi ada jugak order online bila malas nak masak

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.