Sop Puchok Goreng

Sop Puchok Goreng Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... seperti yang di janjikan sebeklum ni Bonde nak kongsikan resepi Sop Puchok Lombok sedap ha ha ha Menu PKP kita masak yang mudah, ringkas dan kenyangkan perut. 



Bagi yang tak tahu macam mana rupa Puchok Goreng tu, dekat bawah ni Bonde kongsikan yea, Puchok Goreng ni Bonde beli di Family Store dekat Rembau, Bonde pertama kali beli Puchok Goreng ni, selalunya Bonde makan dekat Shabu-Shabu Steambot kami ni Bonde cuba masak sendiri versi sop juga.


Bahan-bahan

10 keping puchok goreng 

1 biji kentang

1 batang lobak merah

200 gram soon

3 ulas bawang putih (dihiris)

1 biji bawang (dihiris)

sedikit lada hitam

sedikit serbuk lada putih

sedikit air

sedikit garam

sedikit cukup rasa maggi

sedikit hirisan daun sop

Puchok Goreng

Cara-cara memasak :

Bonde gunakan kaedah rebus sahaja, masukkan air kedalam periuk, masukan bawang putih dan bawang merah, sesudah itu masukkan lobak merah dan kentang tutup periuk bagi air mendidih dan kentang dan lobak merah cepat empuk,  seterusnya masukkan soon bila soon bertukar menjadi jernih masukkan lada hitam dan lada putih, tambah sedikit air jika ingin kuah lebih, sebab soon tu menyerap air, kalau suka kuah lebih tambah air ikut kesukaan anda, tambah garam dan serbuk cukup rasa maggi. 

Seterusnya masukkan puchok goreng kacau kuah hingga nampak puchok telah lembut masukkan daun sop.


Biasanya Bonde akan top up Puchok Goreng untuk kuah seterusnya, sebab Puchok Goreng ni sedap makan dengan nasi dan sop tu biasanya hirup macam tu jer he he he nak lebih sedap makan dengan sambal belacan.  Nah Sambal Belacan Gesek Lombok dah ready... Comfirm makan bertambah.  Ya Ampun... Lepas PKP nak masuk pejabat bawak badan dan tak larat pulak kang.

Moga Wabak Covid 19 cepat nyah dari muka bumi ini dan kita semua boleh bekerja seperti biasa InsyaAllah. 

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

4 PEMBERI ULASAN

  1. Waj sedapnya Tu.. X penah nampk lagi pucuk goreng

    BalasPadam
  2. Tak pernah makan ni. Tak pernah perasan pulak ada jual kat sini. Sedap ehhh rasa dia. Kita pulak naik terliur. Hahaha

    BalasPadam
  3. I juga suka masak sup puchok goreng, sedap kan.

    BalasPadam
  4. Nampak sedap Bonda.. nanti boleh cuba..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.