Sambal Belacan Gesek Lombok

Sambal Belacan Gesek Lombok Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua, Bonde dah lama tak buat sambal belacan tau, jadi sempena PKP ni, Bonde nak mengesek sambal belacan guna lesung batu yang Bonde beli masa dekat Lombok, memang nak sangat lesung batu ni.. sebab tengok sambal ayam penyet diaorang buat guna lesung batu ni, Di Indonesia lesung batu ini di panggil "cobek" ada pelbagai jenis dan saiz, yang Bonde beli ini adalah yang bersaiz kecil, sebab masa tu pergi Lombok memang tak target nak shopping sebab tu tak ambik luggage pun pergi dan balik.  Kalau anda nak tahu cerita travel Lombok baca dekat link ni. Internary Lombok.

Sambal Belacan Gesek Lombok




Bahan-bahan :



1) 10 biji cili padi merah

2) 10 biji cili padi hijau

3) 1 inci belacan merah

4) 2 sudu besar gula

5) 1 biji tomato

6) 1 sudu jus limau nipis 





Cara-caranya :

1. Masukkan cili padi merah dan hijau gesek dalam lesung, masukan belacan gesek lagi, masukan tomato gesek lagi dan gula ke dalam lesung gesek lagi.

2. Gesek sehingga lumat

3. Akhir sekali, masukkan jus limau nipis.


Sambal belacan siap!

Sambal macam ni sedap makan dengan nasi panas-panas dengan Sop Tumis Air atau masak lemak putih, seterusnya Bonde kongsikan Resepi Sop Puchok Goreng.

Selamat Mencuba.

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

41 PEMBERI ULASAN

  1. Waduhh ini sedep banger bonde

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he he Nanti Adda trylah resepi sambal ni.

      Padam
  2. Uuiii.. Sedapnyaaa bonde..
    Kita pulak naik terliur. Haha..
    Cantiknya lesung dia tu. Unik..

    BalasPadam
  3. Sedap, kalau ada sambal mesti lebih berselerakan.

    BalasPadam
  4. Sedapnya Bonda.. rumah Kak Sue kalau tak pedas tak sah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. samalah Kak Sue sy suka makan pedas br selera

      Padam
  5. Mcm2 style sambal belacan yer.x rugi cuba utk yg suka makan sambal belacan

    BalasPadam
  6. tengok pun dah nampak sedap, belum lagi cuba tu. bahan pun mudah je kan bonda. bonda, lesung bonda serius lawa. berapa harga tu bonda? dekat Sabah macam payah je nak jumpa macam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bonde beli lesung batu ni masa travel ke Lombok, dekat sana memang style diaorang buat sambal guna cobek.. macam-macam saiz ada.. kalau tak pikir berat nak borong beli lebih dari satu. Kalau nak tahu dekat FB market ada jual tapi harga agak mahal juga.

      Padam
  7. Terus rasa-rasa kat anak tekak ni Bonda..memang sedap ni buat sambal gesek macam ni, then goreng ikan kembong, ratah pepanas cecah sambal belacan, waduh!!

    BalasPadam
  8. sambal gesek ni wajib buat stok kat rumah.
    sebab faktor gesek tu yg buat dia sedap ya Allah, tak boleh nak bangkang lah kesedapannya.
    image bonde tu sgt mengliurkan :)
    nanti abis stok sambal belacan aida dlm peti ais tu, nak try resepi bonde ni.

    BalasPadam
  9. Okay , macam sedap je ni. Nak cubalah. Saya memang suka sambal belacan.

    BalasPadam
  10. sedap tu.. pedas masam2.. Makan pulak dengan nasik dengan ikan masin peh padu habis

    BalasPadam
  11. Kalu nak buat ni kena lah beli batu gesek ni kan tapi kalu tumbuk agak2 ok tak? Macam ok je... ke rasanya lain nanti?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer Kak Fas, sama jer rasanya... beza tumbuk dgn gesek jer

      Padam
  12. sambal belacan ni memang favourite sangat. kalau pi indon mesti beli terasi. nanti nak cuba buat versi ni pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. terpengaruh dengan masakan merekalah ni, lepas tu terbeli cobek ni ha ha ha

      Padam
  13. Menyelerakan, makan nasi panas-panas goreng ikan garing-garing pun sedap cicah sambal belacan. Terasa-rasa dah ni

    BalasPadam
  14. Terliur pulak iena tengok gambar sambal belacan gesek lombok ni. BTW kalau takde penggesek tu kalau pakai batu tumbuk biasa tu rasa dia sama ke atau lain?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasa dia sama beza cara pembuatan sahaja gesek dan tumbuk he he he

      Padam
  15. Owwhhh sebab gesek kat lesung tu le nama dia gesek ekk..:D . Bahan2 tu macam selalu sis buat tapi tak pernah gesek..selalu tumbul je. Errr lesung cantik lah..kena gi lombok le nak beli lesung tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat market FB ada jual lesung ni... cuba Sis survey

      Padam
  16. tu dia, tumbuk dengan lesung unik..ehhee..senang je buatnya..makan dengan nasi sedap ooo..tambah pulak ulam

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap sambal ni makan dengan ulam salad dengan timun

      Padam
  17. ishh bonde nihh .. esok kita kena pergi beli cili padi lah ni...terliurrr tengok sambal belacan ni.. sedap nya

    BalasPadam
  18. Sambal gesek tu nampak sedap lah bonde. Nanti nak try buatlah. Eh sebelum tu kan nak tanya kat mana bonde bi lesung tuh. Nampak cantik dan unik pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cobek ni Bonde beli dekat Lombok, Kalau Mimi nak beli boleh tengok dekat FB market hari tu Bonde nampak ada jual

      Padam
  19. Fuhh sedapnya ni. Akak ada alat penggesek tu!!! Huyooooo. Saya ada lesung batu je kak. Bleh ke buat sambal ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Ruby sama jer rasa dia , beza dia gesek dengan tumbuk jer ha ha ha

      Padam
  20. uiks... buat teringat lombok je.. de beza x pakai kita punya lesung?

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.