12 Produk Alat Pembersih, Pencuci Baju, Pelembut Baju, Pewangi Baju, Pencuci Pingan, Pencuci Tandas & Sabun Buku Kedai Eco RM 2.10 Harus Dibeli



12 Produk Alat Pembersih, Pencuci Baju, Pelembut Baju, Pewangi Baju, Pencuci Pingan, Pencuci Tandas & Sabun Buku Kedai Eco RM 2.10 Harus Dibeli Assalamualaikum Dan Selamat Malam.. Sebelum PKP Bonde sempat shopping dekat Kedai Eco RM 2.10 sebab semua 12 Produk Alat Pembersih, Pencuci Baju, Pelembut Baju, Pewangi Baju, Pencuci Pingan, Pencuci Tandas & Sabun Buku Kedai Eco RM 2.10 Harus Dibeli dan stok hendaklah sentiasa ada dirumah, agar kerja-kerja mencuci dapat dijalankan dengan lancar.  Nak-nak masa PKP ni memang banyak berkemas dan kena cukup stok-stok yang ada dalam senarai dibawah.  


12 Produk Alat Pembersih, Pencuci Baju, Pelembut Baju, Pewangi Baju, Pencuci Pingan, Pencuci Tandas & Sabun Buku Kedai Eco RM 2.10 Harus Dibeli



1. Pelembut Pakaian


Bonde suka beli Pelembut Pakaian yang ini, digunakan semasa mencuci tudung, kerana tudung yang dipakai tidaklah terlalu kotor, Bonde akan letak sedikit sabun dan dicampurkan dengan pelembut ini, ia melembutkan tudung dan mudah untuk digosok, bau bunga Rose ni wangi secara automatik melekat bau tu dekat tudung yang kita pakai.


 2. Pewangi Pakaian


Yang ini pula Bonde suka beli yang bau Lavender, Kalau anda cuci baju tak letak pelembut pakaian diatas anda boleh spraykan pewangi pakaian ini. ada dua pilihan nak wangikan baju. Bonde beli juga sebab kadang terlupa nak letak pelembut pakaian, Bonde spray pewangi pakaian. Selain sembur dipakaian ia juga boleh sembur pada tudung, alas katil dan tilam, helmet, kusyen kereta, kasut, sofa dan langsir dan juga karpet semuanya akan berbau segar dan harum selepas di semburkan dengan pewangi pakaian ini.


 3. Spray Starch


Ini adalah untuk memudahkan kita masa iron baju, disebabkan Kanda memang pakai kemeja ke pejabat, harus ada Spray Starch nih sebab...
* Easy to use
* Fresh Clean Scent
* Profesional Look All Day

 4. Pencuci Concentrated Laundry



Bonde gunakan untuk mencuci cadar katil, langsir, lapik kusyen, tuala lebih sesuailah untuk menghilangkan kotoran kain-kaian yang berwarna.  Pencuci Concentrated Laundry ini juga berkesan menanggalkan kotoran degil, mencegah kelunturan warna dan membasmi kuman.



5. Pencuci Concentrated Laundry Detergent

Bonde gunakan untuk mencuci pakaian harian seperti tshirt, seluar dan baju kerja lebih untuk menghilangkan kotoran lebih kepada pakaian yang berwarna putih. Pencuci Concentrated Laundry Detergent ini juga berkesan menanggalkan kotoran degil, mencegah kelunturan warna dan membasmi kuman.


6. Fabric Softener


Pencuci Fabric Softener Bonde Gunakan untuk mecuci baju kerja suami dan baju kerja Bonde.


7. Sabun Buku A1


Ramai yang beli sabun ini dan sagat untuk membersihkan baju sekolah anak, nampaknya Bonde pon gunakan sabun ini untuk baju kemeja kerja kanda dan juga baju kemeja Bonde.  Disebabkan baju kemeja korporat kami warna putih dan biru seakan baju kemeja sekolah.  Sabun ni popular dikalangan ibu-ibu yang ada anak sekolah. ianya mampu mengilangkan kotoran pada baju dan hilangkan lingkaran hitam di kolar dan lengan baju.  Selain tu boleh digunakan untuk sental belakang periuk dan kuali yang hitam tu dan boleh digunakan untuk mop lantai tambahkan sabun A1 yang disagat dan cuka mop lantai anda di akan kelihatan lebih bersinar.


8. Dishwashing

Pencuci pingan mangkuk ini, Bonde pertama kali guna sangat berkualiti sama seperti jenama yang popular.  guna setitik sahaja dah banyak buih keluar dan baunya pula wangi dan memang akan repeat lepas ni.


9. Toilet Cleaner


Yang ini Bonde baru juga guna, memang senang nak cuci bilik air dengan adanya pencuci ini. Untuk kegunaan harian, baunya wangi.

10. Aroma Sense Goat Milk

Bonde suka bau sabun mandian ni sangat wangi ianya diperbuat dari susu kambing dan beras susu, Syampu ini dapat merapi, melembabkan dan melembutkan kulit, ianya sesuai digunakan untuk seisi keluarga.


11. Anti Bakteria Wipes

Tisu basah anti bakteria ini memang harus beli kalau anda nampak dekat Kedai Eco.  Bukan apa ianya memang sangat berguna nak kemas almari tv, meja makan, kemas microvave, dapur dan perabot yang berhabuk, sangat senang dengan adanya tisu ini just lap sahaja.




12. Magic Sponge


Magic Sponge ni pun harus dibeli sebab stok dekat kedai eco memang laku keras, musim PKP ni memang sangat berguna sebab nak kemas rumah, kalau anda pergi kedai Eco sekarang beli nak kemas time nak raya dah ada magic Sponge yang sangat membantu kerja-kerja anda.  Magic Sponge ni boleh digunakan untuk menanggalkan kotoran pen, pensil, cryon di mana-mana permukaan, kesan minyak di dapur, menanggalkan kesan jari hitam yang terdapat di plug dan suis. Magic Sponge ini juga bertindak mengilatkan cawan dan pingan kaca.


semua 12 Produk Alat Pembersih,Pencuci Baju, Pelembut Baju, Pewangi Baju, Pencuci Pingan, Pencuci Tandas & Sabun Buku Kedai Eco RM 2.10 Harus Dibeli memang menjadi pilihan Bonde, kalau anda nak cuba silalah ke Kedai Eco RM 2.10 berdekatan anda.

Nanti Bonde akan kongsikan lagi apa yang boleh anda beli di Kedai Eco RM 2.10 yang berguna dan berbaloi kebanyakkan yang Bonde beli ini telah laku keras di Kedai Eco kerana ramai youtuber telah buat haul tentang barangan tersebut.  Jadi Bonde kongsikan untuk anda semua.

Selamat Mencuba :)


 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Barang barang kat eco walaupun murah berkualiti tau bonde. Sabun ganso tu memang saya beli untuk hialngkan kotoran pada baju sekolah anak. Memang bagus

    BalasPadam
  2. these would be my pick masa stay college dulu. jimat

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.