Drama Korban Kasih Adaptasi Novel Fatimah Saidin

Drama Korban Kasih Adaptasi Novel Fatimah Saidin Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Hai reader semua... Sementara nak masak untuk berbuka puasa tu anda buat apa? Jangan tidur tau, Kang tertidur terlepas pula masak untuk berbuka, sambil-sambil masak tu anda bukaklah TV1 ada drama baharu bertajuk Koban Kasih, drama ni adaptasi dari novel Penulis Fatimah Saidin.

Drama Korban Kasih Adaptasi Novel Fatimah Saidin


Drama Korban Kasih Adaptasi Novel Fatimah Saidin




Detail Drama Korban Kasih

EPISOD : 30 episod

TARIKH TAYANGAN : 24 April 2020

WAKTU SIARAN : Isnin-Ahad, 7:00 malam

SIARAN TV : TV1 (RTM)

PENULIS SKRIP : Farhana Fauri

PENGARAH : Mohd Fazli Yahya

PRODUKSI : Mache All Star United Sdn Bhd

Pelakon Drama Korban Kasih

Saharul Ridzwan, Azrel Ismail, Zara Zya, Ummi Nazeera, Dynas Mokhtar, Hasnul Rahmat, Ezzaty Abdullah, Dato Ahmad Tamimi Siregar, Sheila Hassan, Nadiyah Shahab, Elnisa Ryun, Riz Amin, Meor Mohd, Haziq Fadhullah, Anne Abdullah 

Watak Pelakon Drama Korban Kasih

Saharul Ridzwan sebagai Jalil

Azrel Ismail sebagai Jamil 

Zara Zya sebagai Fatimah

Ummi Nazeera sebagai Aisha

Dynas Mokhtar sebagai Norizah

Hasnul Rahmat sebagai Fauzi

Ezzaty Abdullah sebagai Aziah (Kak Long)

Dato Ahmad Tamimi Siregar sebagai Dato Ismail

Sheila Hassan sebagai Datin Hasnah

Nadiyah Shahab sebagai Fika

Elnisa Ryun sebagai Farah 

Riz Amin sebagai Fuad 

Meor Mohd sebagai Hassan


Sinopsis Novel Korban Kasih


Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya. Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Fatimah anak bongsu dari lima beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil, adiknya Fatimah dan Kak Longnya.

Info : Novel Korban Kasih ini ada sambungan yang kedua tau.. iaitu Korban Kasih 2



Berita baik Bagi anda yang Nak dapatkan novel Korban Kasih secara percuma  siap tandatangan penulis dan semua artis anda klik link dibawah :


~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

21 PEMBERI ULASAN

  1. lama sgt x tgk tv. tak tau dah cite apa yg bersiaran skrg.

    BalasPadam
  2. Zaza pun belum berkesempatan tgk tv..kalau tgk pun maybe jika yg ada upload kat utube

    BalasPadam
  3. Dah lama tak tengok drama Melayu bonde tapi ramai cakap cerita ni best. Hah memandangkan ada novel beli jela.. Kalau tengok kat tv emoai pulak. Hahaha

    BalasPadam
  4. It's very interesting kak. Nice to read your posts. I'll check it out on the internet!

    BalasPadam
  5. Pelakon best jugak ni. Tahu ni sebab viral kat twitter haritu pasal 'budak sekolah' tu hehehe.. Jarang nak bukak TV1 TV2 banyak juga cerita yang best

    BalasPadam
  6. tengok juga drama ni sambil nak berbuka puasa, tapi sedih kesian kat si jalil tu asyik kene marah je dengan maknya, dahla pelakonnya hensem haha

    BalasPadam
  7. jrg tgk daram tv1..slalu tgk tv3..tp bln puasa ni time tu mmg bz kt dapur la kan..nanti bole tgk online

    BalasPadam
  8. drama tv 1 selalunya banyak kekeluargaan & ada isi tersirat (pengajaran) boleh kita ambil ikhtibar.

    BalasPadam
  9. Ni novel terbitan dbp kan? Hari tu ada nampak dekat story dbp di fb, diorang promote drama ni

    BalasPadam
  10. kesiannya si jalil..bestlh novel cite ni..😍

    BalasPadam
  11. Sedih sangat tengok drama ni, episod & menangis tersedu kitaa huhuhu...tak sabar tunggu semuanya dewasa...

    BalasPadam
  12. My friends also mentioned this drama is quite touching, kalau ada masa boleh layan drama ni juga.

    BalasPadam
  13. Sebab takde TV nanti nak cari kat YT jika ada. Kalau tak, baca novel la better kan

    BalasPadam
  14. Tak tonton lagi citer ni tapi pelakon pun bukan calang calang ye. RTM lagi jarang tengok

    BalasPadam
  15. Memang layan cerita ni. .Best tengoknya.. Kesian dia fisishkan maknya sendiri. .setiap hari tak sbr nak tengok cerita ni. Rasa nak dptkan buki ni je. Hahaha.. Nak tau ape jadi

    BalasPadam
  16. Pelakon semua best-best tapi Eiza yang tak sempat lagi nak tonton. Salam Ramadan Bonde.

    BalasPadam
  17. Ohh ini ker drama yang viral kerana menggunakan pelakon yang tua untuk watak budak sekolah wakakakakaka memang nampak pelek tapi biasa lah drama Malysia hehehe kita tak tonton lagi drama ni nampak macam menari sebab adabtasi novel selalu boleh meletop...

    BalasPadam
  18. Za tak tgk sgt drama melayu tapi ok la bole la tgk sbb si azrel tu blakon. Lama x tgk kwn za tu..haha

    BalasPadam
  19. 30 episod ya. lama jugak tu. btw tengok barisan pelakon dia semuanya popular2 tu. btw saya dh lama x tengok tv. apatah lagi drama-drama ni. rindu zaman2 budak dulu huhu.

    BalasPadam
  20. oo baru tau ada kisah ni. macam sedih je ya. nanti nak tengok

    BalasPadam
  21. Macam sedih cerita ni... suka cerita berat macam ni banyak memberi pengajaran

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.