Duduk Rumah, Shopee Hantar

Assalamualaikum Dan Selamat Malam, Hai reader semua, Semalam YAB PM telah mengistiharkan PKP dilanjutkan lagi selama 14 hari, dari 1 April hingga 14 April 2020, Jangan bimbang dan bosan kita Stay at home sambil tu klik-klik barang keperluan dekat shopee.

Duduk Rumah, Shopee Hantar

Beli-belah dengan selamat dari rumah dengan tawaran RM0.44 dan
penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8

  
KUALA LUMPUR, 26 Mac 2020 - Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April. Dalam tempoh ini, para pembeli masih boleh mendapatkan barangan penting mereka di Shopee, dan dihantar terus ke rumah melalui kempen 4.4 Shopee Brands Festival dari sekarang hingga 4 April.
Platform membeli-belah atas talian itu bekerjasama rapat dengan rakan kongsi, peruncit dan pembekal seperti FreshTap, Vinda, PetPet, Pediasure, Friso, dan Enfagrow serta Tefal, Watsons, Arctic Hunter, Photobook Malaysia, Unilever, HomeHuk, L'Oréal, realme, P&G dan Reckitt Benckiser untuk meningkatkan bekalan dan memberi pengguna pengalaman membeli-belah atas talian tanpa bimbang.
Kempen ini turut menampilkan koleksi produk khas "Stay Home Essentials" atau “Keperluan Ketika Duduk Di Rumah” yang menawarkan barangan runcit segar dan beku, bahan masakan, minuman, makanan ringan dan bijirin, susu formula, lampin, barangan penjagaan dan mandian bayi, mainan, produk penjagaan diri, keperluan rumah, makanan haiwan peliharaan dan peralatan kerja dari rumah.
Bagi mereka yang memerlukan suntikan semangat, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM444,000 hanya dengan bermain permainan Shopee yang menarik - Shopee Flip & Match, Shopee Lucky Bag, Shopee Throw dan One or Not.

 
Tandakan kalendar anda untuk dua tarikh ini - 27 Mac dan 4 April, kerana Shopee akan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8 antara 12 pagi dan 2 pagi, dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM16 untuk waktu lain sepanjang hari. Nikmati juga tawaran RM0.44 dan RM4 yang tiada tandingan semasa Jualan Kilat Shocking Sale dan diskaun hingga 80%.

Anda tidak mahu ketinggalan dengan 4.4 Shopee Brands Festival, jadi layarilah https://shopee.com.my/44
  
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

2 PEMBERI ULASAN

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.