• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

Assalamualaikum dan Selamat petang, Salam 26 Ramadan, Bonde nak kongsikan dengan anda semua minggu lepas Bonde ke Central I-City Shah Alam untuk beli barang keperluan untuk raya kami sekeluarga!  Memandangkan masa ni Bonde ada untuk pergi cari keperluan raya bersama Kanda dan Cik Fatin jadi Bonde dah awal-awal book BUFFET RAMADAN TERLAJAK MURAH & BERBALOI dekat Kiambang Hall, Seksyen 7 Shah Alam.

 BUFFET RAMADAN TERLAJAK MURAH & BERBALOI


Sebenarnya Bonde keluar rumah untuk ke shah alam dalam jam 5.00 petang.  Bonde dah booking awal-awal Buffet Ramadan ni tau sebelum tu Bonde dan buat survey jarak antara Kiambang Hall  dengan Central I-City tak jauh sangat, jadi mudahlah untuk sampai, hanya 10 minit sahaja tak perlu redah kesesakkan lalu lintas.  Bukan dekat Central I-City tu tak ada tempat makan, tapi biasalah penuh dengan pengunjung yang datang nak shopping raya juga! selalu restorannya jadi "full house" sedih jer tau! nak selesa dan tak nak beratur menunggu lama.  Bonde buat keputusan booking awal-awal BUFFET RAMADAN TERLAJAK MURAH & BERBALOI






DILUAR KIAMBANG HALL




INFO UNTUK ANDA YANG NAK PERGI ADA MASA LAGI UNTUK MENIKMATI  BUFFET RAMADAN TERLAJAK MURAH & BERBALOI.

Tercari-cari port berbuka yang sedap dan berbaloi bersama keluarga dan kawan-kawan?

MENU MASAKAN 

Nikmati pelbagai lauk pauk Citarasa Warisan Bonda seperti Rendang Ayam, Ayam Masalah, Daging Masak Lemak Cili Padi, Ikan Keli Berlado, Lala Tumis dan macam-macam lagi menu.








PELBAGAI VARIASI STALL

 Juga ada pelbagai variasi stall pilihan makanan seperti:

Kambing Bakar (Live Cook- Hari-Hari ada!)


Nasi Ayam Madu

Nasi Lemak Pandan



Kue Teow goreng(Live Cook)

Mee Kari / Mee hun Sup / Soto




Kuih Muih

Cucur Bawang


ABC / Ais Kacang

Dan macam-macam menu lagi tau!

KENAPA ANDA WAJIB MENIKMATI BUFFET RAMADAN NI?

Anda WAJIB berbuka puasa di sini...

✔️ Dengan 1 harga anda bayar, anda boleh makan pelbagai menu dari Appetizer hinggalah ke Dessert. Paling Murah In Town tau!

✔️ menu-menu berlainan setiap minggu. Lauk-pauk kampung yang menyelerakan, pastinya menggamit selera anda. Nak rasa pelbagai menu, datanglah setiap minggu! 

✔️ Kiambang Hall fully aircond, selesa dan didekorasi cantik untuk keselesaan anda sekeluarga. Fasiliti termasuk tandas dan parking.

✔️ Risau tak sempat solat? Dewan Kiambang Hall bersebelahan dengan Surau AlMawaddah.

✔️ Makan sambil didendangkan dengan band muzik.





BERAPA HARGA BUFFET?? :

WEEKDAYS
*DEWASA RM40.00*
*KANAK2 RM15.00*

WEEKEND
*DEWASA RM43.00*
*KANAK2 RM15.00*

SEAT TERHAD. TEMPAH SEBELUM KETINGGALAN! SAH HINGGA 2 JUN 2019

Tempah Sekarang!

📱www.wasap.my/60123923490
📱www.wasap.my/60123923490
📱www.wasap.my/60123923490

Haaaa.. Jom berbuka di *KIAMBANG HALL*, SEK 7 SHAH ALAM.

*Hanya 6 minit ke Jakel Seksyen 7 Shah Alam

*berdekatan Central I-City

*Bersebelahan Surau Al Mawaddah


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
9 PEMBERI ULASAN
BELANJA BARANG DAPUR MURAH DAN SEGAR DEKAT SEGI FRESH DAPAT JIMATKAN PEBELANJAAN KELUARGA Assalamualaikum dan Selamat Malam, Hai reader semua... Salam Ramadan semua, Tak tahu nak masak apa menu berbuka kali ini, Bosan shopping barang dapur dekat tempat yang sama, Baru-baru ni Bonde beralih arah  membeli belah keperluan dapur dekat Segi Fresh Balakong. Kebetulan cuti panjang dapatlah beli barangan dapur, Alhamdulillah Segi Fresh Balakong ni tak jauh dari tempat kerja Bonde di Cyberjaya jadi kali ni Bonde belanja barang dapur dekat Segi Fresh Balakong, Buat kali pertama memang perasaan teruja nak jejak kali sebab sebelum ni tak pernah terpikir nak beli bahan mentah dan bahan kering  dan barangan dapur yang lain dekat Segi Fresh, almaklum tak tahu harga Segi Fresh ok ke tidak? Bahan basah, sayur, ikan, ayam, udang, sotong dan daging dekat Segi Fresh segar ke tidak?  

BELANJA BARANG DAPUR MURAH DAN SEGAR DEKAT SEGI FRESH DAPAT JIMATKAN PEBELANJAAN KELUARGA


Sebagai seorang suri rumah sememangnya perkara ini sering bermain-main difikiran sebelum memulakan perbelanjaan. Maklumlah siap ringgit dan sen yang keluar memang sangat berharga dan kalau boleh nak jimat dan jimat lagi. Kali ini Bonde kongsikan dengan anda semua apa yang Bonde belanjakan dengan Kanda dekat Segi Fresh.  Happy betul kami tau dapat berbelanja dengan berhemah sekali.

1. BAHAN MENTAH YANG SEGAR DAN MURAH





Bonde nak bagi tahu anda semua, Bahan Mentah yang Bonde beli dekat Segi Fresh sememangnya sangat segar sekali antara bahan mentah yang terdapat dekat Segi Fresh adalah seperti ikan, udang, sotong, kerang, ayam dan daging.  Harga pula jika Bonde lihat dengan mata kasar memang harga dekat Segi Fresh agak murah berbeza dengan pasar segar yang lain.

2. BAHAN MENTAH DITUKAR SETIAP HARI


Apa yang info yang Bonde dapat sebelum ini, Bahan Mentah seperti ikan, udang, sotong, kerang, ayam dan daging Dekat Segi Fresh akan ditukar setiap hari, maksudnya bahan mentah yang tidak habis tidak akan di hidangkan untuk pelanggan beli keesokkan harinya. Patutlah Bonde nampak semua mata ikan tu cantik bersinar dan tak nampak merah macam dah nak busuk.

3. MUDAH UNTUK DAPATKAN STOK BAHAN MENTAH DAN KERING DEKAT SEGI FRESH






Apa yang membuatkan Bonde seronok nak membeli bahan mentah adalah semua stok ikan, udang, sotong, kerang, ayam dan daging sentiasa ada dan banyak.  Dan bahan kering seperti cili kering, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, ikan masin, kerepek dan telur stok sentiasa ada, begitu juga dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Apa yang bestnya Kalau belanja bahan dapur tak perlulah beli ditempat lain dekat sini semua ada. Jimat masa Bonde :) nampak tak?? dekat Segi Fresh semua ada.


4. SELESA MEMBELI BELAH DEKAT SEGI FRESH


Keselesaan tu penting masa nak membeli belah, bukan apa nak cari bahan senang tuju dekat bahagian berkenaan dan kerana dekat situ barangan telah disusun mengikut rak dan kategori barang. Jadi Bonde pon dapat apa yang dicari dengan mudah tak perlu untuk mencari staff dekat situ untuk membantu kalau barang tak jumpa! Sgi Fresh senang nak dapat apa yang perlukan :)

Perkhidmatan 
dekat Segi Fresh ni sama seperti pasaraya yang lain menawarkan khdmat siang ikan dan ayam.  Jadi anda just pilih ikan dan ayam beri pada staff dan mereka akan bantu anda untuk siangkan ikan dan ayam tersebut.

Kaunter timbang
kaunter timbang ni semua pasar raya pun ada jugakan. Dekat Segi Fresh pun ada khidmat ini,  Anda just bagi dekat staff barang yang hendak ditimbang tu nanti diaorang akan timbangkan untuk anda mudah jer.. cuma anda kenalah bebaris sekejab menantikan giliran anda tu he he he

Troli ada banyak
Kalau datang Segi Fresh ni tak risaulah kena panjang tangan pikul bakul.. sebab ada banyak troli dekat sini just tolak sepanjang anda membeli belah hingga anda nak balik tu...boleh gunakan troli tu :)

Tempat letak kereta Segi Fresh
Kalau datang sini, memang senang nak pakir kereta sebab ada tempat letak kereta yang berbumbung tau! Tak derlah nanti anda kena berlari tolak troli dalam hujan bahayakan! lepas tu habis basah barang-barang yg anda shopping tu kena hujan pulak.



Dah selesai shopping he he he


Selepas di siang dan ada yang hendak dimasak dan disimpan dalam peti sejuk.



Sayur-sayuran dan buah-buahan


Telur, Ikan Bilis, logan, laici dan cili mesin. (pertama kali guna brand ini sedap tau!)

5. PROMOSI DI FACEBOOK


Ada boleh like Facebock https://www.facebook.com/Segifresh/ dan lihat update untuk barangan setiap hari.

Contoh seperti dibawah :







Terdapat cawangan Segi Fresh. Anda boleh semak Segi Fresh berdekatan anda dekat sini http://segifresh.com/our-store-location/ . 

Maklumat lanjut mengenai Segi Fresh, boleh like dan layari media sosial dibawah:


Website: https://www.segifresh2u.com/

Facebook: https://www.facebook.com/Segifresh

Instagram: https://www.instagram.com/segifreshmarket/



~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
29 PEMBERI ULASAN
RESEPI AIR SODA HERBA STYLE BONDE Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua, Salam 18 Ramadan, masih dalam mood puasa mood raya belum tiba lagi kan kan kan... diam tak diam dan dekat nak raya, kali ni Bonde nak kongsikan resepi air soda herba versi Bonde, Air ni viral dekat Bazzar Ramadan katanya, Tapi Bonde mana jejak kaki dekat Bazar Ramadan lagi untuk tahun ini, bukan tak menyokong peniaga-peniaga Bazzar Ramadan tapi kesihatan kaki tak mengizinkan untuk berjalan merentasi deretan peniaga Bazzar dan parkir pula pastinya jauh nak kena menapak. Nampak air ni lalu lalang dengan wall facebook macam mudah sahaja nak buat, memang teringin nak rasa! Jadinya alang-alang membeli belah dekat Segi fresh hari tu Bonde pon ambiklah bahan-bahan untuk buat Air Soda Herba. Mudah sangat nak buat air nih, tapi Bonde tak guna banyak bahan pon rasa dah superb sedap! Jom Bonde kongsikan Bahan-Bahannya.

RESEPI AIR SODA HERBA STYLE BONDE


BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT AIR SODA HERBA


Air soda
3 batang Serai (diketuk)
1 biji Lemon (dihiris nipis)
4 batang Daun pudina ( pilih yang masih segar)
Laici Sedap (Segi Fresh)
Logan Trader Choice (Segi Fresh)

CARA-CARA :

Lepas siap ketuk dan hiris. Letak semua bahan dalam jug masukkan air soda dan ais, biar ais mencair dalam 5-10 minit, cara ini untuk keluarkan semua perasa dari buah secara natural ... selepas itu tambah ais dan air soda sahaja ..

Jumlah bahan yang anda nak letak adalah bergantung pada selera dan keinginan anda... 

Sedia untuk diminum, Bonde sukalah air ini sedap! ada macam-macam rasa!

Selamat mencuba...

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
4 PEMBERI ULASAN
MINUMAN MINTOX DETOKS PRODUK BAGUS UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Hai reader semua, Selamat berpuasa sudah 12 hari kita umat islam berpuasa! moga dapat diteruskan hingga 30 Ramadan nanti InsyaAllah bertemu dengan bulan Syawal.  Seperti entri sebelum ini Bonde ada kongsikan tentang SANDAL MYFEET MENGURANGKAN TEKANAN PADA SAKIT KAKI sebenarnya Bonde dalam proses penurunan berat badan.  Doakan Bonde berjaya yea! sebab badan sudah rasa terlalu berat dan kaki tidak dapat menampung berat badan lagi,  Doktor maklumkan kepada Bonde, kena turunkan berat badan.  Jadi Bonde kena juga usaha turunkan berat badan agar kaki tidak menanggung bebanannya dan mengalami tekanan.  Bonde nak kongsikan dengan anda semua tentang satu produk yang Bonde sedang minum iaitu Mintox Detoq Drink.  Apa yang menarik tentang Mintox Detoq nih??? jom sama-sama baca info dibawah.

MINUMAN MINTOX DETOKS PRODUK BAGUS UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN 

Detoksifikasi adalah proses mengeluarkan bahan toksik daripada badan. Badan kita secara semula jadi menyahtoksik setiap hari. Detoksifikasi adalah proses badan normal untuk menghilangkan atau meneutralkan racun melalui kolon dan hati. 

Minuman detoks telah menjadi sangat popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana banyak manfaat untuk kesihatan . Ramai doktor dan pakar pemakanan memuji minuman detoks sebagai salah satu cara yang paling mudah untuk membantu penurunan berat badan, untuk kulit yang lebih cantik dan mengawal tekanan darah rendah. Ia juga membantu dalam mengimbangi tahap kolesterol, meningkatkan tenaga, membersihkan sistem pencernaan  dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.


Bonde telah terbaca tentang minuman Mintox Detoks ini di media sosial dan berasa teruja untuk mencubanya! Untuk pengetahuan anda semua dalam satu kotak Minuman Mintox Detoks ini terdapat sebanyak 14 sachet didalamnya.


Bahan-bahan yang terdapat didalam 1 sachet Minuman Mintox Detoks ialah :

1)Serbuk jus pic

2)Sekam psyllium

3)Enzim buah kiwi

4)Serbuk Algae Aphanizomenon Flos-aquae (AFA)

- Bahan ini menggalakkan sistem pencernaan yang positif dan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang berfaedah. Ia meningkatkan persekitaran usus, yang membawa kepada kesihatan yang lebih baik.

5)Stevia

CARA-CARA PENGAMBILAN MINUMAN MINTOX DETOKS:


Ambil 1 sachet Mintox Detoks dan sediakan 200 ml air suam.


Buka dan masukan sachet Mintox Detoks ke dalam air.



Setelah masukkan serbuk Mintox Detoks goncangkan hingga tiada ketulan serbuk Mintox Detoks dan sedia untuk diminum.


BERAPA HARGA 1 KOTAK MINTOX DETOKS?

Harga 1 Kotak Mintox Detoks ada 14 sachet RM 138


Untuk info lanjut anda boleh ke facebook dibawah :

https://www.facebook.com/mintoxmalaysia/

No. Telefon: +6011-2345 0201


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
13 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • 4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju
  • Kebaikan Dan Manfaat Premium Shine Bird's Nest
  • Carian Dalam Talian Di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32 % Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina
  • Kadar Bayaran Pengasuh 2018
  • Pengalaman Indah Di Kids Zania
  • Naturecare daripada Tupperware
  • Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com
  • 100 Blog Pilihan 2018 HASRULHASSAN.COM
  • 27 Disember Birthday Fatin... Request Nak Makan Steak
  • TEMA GLAMOROUS NIGHT DI MLM APC 2017

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

GSL Warrior's Blog

  • Suria Amanda
    Update Blog Dalam MRT Sampai Tak Sedar Terlepas Stesen
  • The Other Side of Me
    EAGLE F1 Finally Land in Malaysia
  • Mimi Azirah
    Review Filem Jumanji The Next Level
  • Shuhaida Kabdy
    Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
  • Ana Suhana
    Teruja Dapat Naik Jambatan Angkat Terengganu
  • Azlinda Alin
    35 KOLEKSI CUPS AROUND THE WORLD WITH WE BEAR BEAR DI 7-ELEVEN SEKARANG !
  • KhatyAiman
    Electronics for all generations
  • Bonda Zahra
    Melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah, Perak
  • Mamapipie

Followers

Subscribe

Created with by ThemeXpose