RESEPI AIR SODA HERBA STYLE BONDE

RESEPI AIR SODA HERBA STYLE BONDE Assalamualaikum dan Selamat Petang, Hai reader semua, Salam 18 Ramadan, masih dalam mood puasa mood raya belum tiba lagi kan kan kan... diam tak diam dan dekat nak raya, kali ni Bonde nak kongsikan resepi air soda herba versi Bonde, Air ni viral dekat Bazzar Ramadan katanya, Tapi Bonde mana jejak kaki dekat Bazar Ramadan lagi untuk tahun ini, bukan tak menyokong peniaga-peniaga Bazzar Ramadan tapi kesihatan kaki tak mengizinkan untuk berjalan merentasi deretan peniaga Bazzar dan parkir pula pastinya jauh nak kena menapak. Nampak air ni lalu lalang dengan wall facebook macam mudah sahaja nak buat, memang teringin nak rasa! Jadinya alang-alang membeli belah dekat Segi fresh hari tu Bonde pon ambiklah bahan-bahan untuk buat Air Soda Herba. Mudah sangat nak buat air nih, tapi Bonde tak guna banyak bahan pon rasa dah superb sedap! Jom Bonde kongsikan Bahan-Bahannya.

RESEPI AIR SODA HERBA STYLE BONDE


BAHAN-BAHAN UNTUK BUAT AIR SODA HERBA


Air soda
3 batang Serai (diketuk)
1 biji Lemon (dihiris nipis)
4 batang Daun pudina ( pilih yang masih segar)
Laici Sedap (Segi Fresh)
Logan Trader Choice (Segi Fresh)

CARA-CARA :

Lepas siap ketuk dan hiris. Letak semua bahan dalam jug masukkan air soda dan ais, biar ais mencair dalam 5-10 minit, cara ini untuk keluarkan semua perasa dari buah secara natural ... selepas itu tambah ais dan air soda sahaja ..

Jumlah bahan yang anda nak letak adalah bergantung pada selera dan keinginan anda... 

Sedia untuk diminum, Bonde sukalah air ini sedap! ada macam-macam rasa!

Selamat mencuba...

~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

4 PEMBERI ULASAN

  1. bila telak daun pudina mmg sedap

    BalasPadam
  2. sebelum ramadhan kemain nak buat hehe.. tapi smpai skrng x buat2. balik2
    minom air soya hehe..

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.