• Home
  • Content
    • Family Holiday
    • Info Agama
    • Parenting
    • Drama Adaptasi Novel
  • About
  • Contact
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise
facebook twitter instagram Email

Bonde Zaidalifah

ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK Assalamualaikum Dan Selamat Malam... Hai reader semua.. Bonde nak kongsikan dengan anda semua satu produk yang memang best digunakan.. Sudah tentunya produk ini dari Korea, memang kebanyakkan produk K-Beauty memang best sangat.  Bila cuba sekali memang akan repeat lagi. Rasa rugi sebab baru sekarang Bonde tau tentang produk K-Beauty nih.. Kalau zaman muda -remaja dulu sudah tahu.. tentunya kesihatan kulit wajah lebih terjamin. Bersyukur sangat kerana memiliki kulit wajah yang tidak tertalu tinggi masalahnya dan mudah sahaja hanya perlu dirawat sendiri dirumah.  Kulit wajah Bonde kadang kala mengikut keadaan cuaca kadang ianya nampak kusam dan kering, yang paling seram pernah didatangi jeragat satu ketika dulu.  Sekarang Bonde berubah untuk sentiasa menjaga kesihatan wajah agar sentiasa sihat.  Alhamdulillah Bonde diperkenalkan dengan produk yang sangat membantu jadi tak salah Bonde kongsikan pada anda semua jugakan Bonde perkenalkan ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK

TERASA TEGANG DAN ANJAL KULIT WAJAH GUNA ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK 


BAHAN-BAHAN TERKANDUNG DALAM ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK

Ada banyak bahan yang digunakan dalam penghasilan sekotak ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack sebab itulah ianya sangat istimewa antara bahan-bahan yang terkandung adalah :


Water, Butylene Glycol, Squalene, Alcohol Denat., Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Glycerin, Hydrogenated Poly (C6-14 Olefin), Chondrus Crispus Extract, Saccharum Officinarum (Sugarcane) Extract, Glyceryl Stearate, Caprylic/Capric Triglyceride, Caprylic/Capric/Myristic/Stearic Triglyceride, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Niacinamide, PEG-40 Stearate, Cetearyl Alcohol, Cyclopentasiloxane, Argania Spinosa Kernel (Argan) Extract, Anemarrhena Asphodeloides Root Extract, Curcuma Longa (Turmeric) Root Extract, Prunella Vulgaris Flower/Leaf/Stem Extract, Tagetes Erecta (Marigold Flower) Flower Extract, Dioscorea Japonica (Yam) Root Extract, Morus Alba (White Mulberry) Root Extract, Salvia Officinalis (Sage) Extract, Pentylene Glycol, Synthetic Beeswax, Cyclohexasiloxane, PEG-100 Stearate Polyacrylate-13 Polyisobutene, Palmitic Acid, Caprylyl Glycol, Stearic Acid, Tocopheryl Acetate, Adenosine, Polysorbate 20, Sorbitan Isostearate, Sodium Deoxycholate, Myristic Acid, Arachidic Acid, Lauric Acid, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Laurate, Oleic Acid, Sodium Cocoyl Glutamate, Hydroxyethylcellulose, Acetyl Dipeptide-1, Cetyl Ester Alcohol, Carbomer, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Fragrance

FUNGSI ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK KE ATAS KULIT WAJAH :


💜 memperbaiki kepadatan pada kulit



💜 memperbaiki kulit wajah yang kendur



💜 menegangkan kulit

💜 Anti Penuaan


CARA PENGGUNAAN 

Sebelum tidur Bonde akan pastikan apply ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack ni dulu.
💜 Cuci kulit wajah dengan bersih dan pastikan tiada sebarang kotoran. Kadang Bonde gunakan serum kadang tidak tengok pada pemakaian makeup pada siang hari.


💜Colek ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack gunakan jari dan tepekkan dekat muka  yang telah dibersihkan. Pada dahi, pipi kanan, pipi kiri, batang hidung dan dagu.


💜 Ratakan ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack dan urut wajah, ikut keselesaan.





💜 Lepastu dap-dap @ tepuk-tepukkan kulit wajah bagi ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack tu bagi ia meresap! Ianya memang cepat meresap tau, jangan risau dan cepat kering. Tidak melekit selepas di gunakan pada kulit wajah.



REVIEW DARI BONDE TENTANG ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK 

Hari pertama pakai, Apa yang Bonde rasai ialah.. bila bangun pagi Bonde rasa macam susah nak senyum memang rasa tegang sekali kulit wajah nih.. Bonde selesa sangat bengan bau dia tidak terlalu kuat, natural sahaja baunya.

Kulit wajah terasa lembab dan tidak kering.

Disebabkan muka Bonde yang agak bulat v shape tu tak nampak sangat  ketara mungkin akan makan masa.

Memang selesa sekali lepas ni nak repeat oder bila dah habis nanti he he he

INFO HARGA ID.AZ FACE FIT CU-V TENSIONING SLEEPING PACK 


Harga untuk ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack ni ialah RM 199 (Normal price) untuk harga istimewa anda boleh beli di outlet Watson atau Watson online store @ klik url link : https://www.watsons.com.my/face-fit-cu-v-tensioning-sleep-mask/p/BP_98213?text=&page=0

Boleh juga layari laman sosial dibawah:


Laman web : http://m.en.id-az.co.kr/

Instagram : idplacosmetics_my


#idaz #butterflymsia #facefitssleepingmask



~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
23 PEMBERI ULASAN
Assalamualaikum dan Selamat Pagi.. Hai reader semua,

Perkara yang buat hati kita gembira adalah bila dapat surprise dan hadiah dari orang yang kita sayang.  Maklumlah sebenarnya tidak kisah apa pun bentuk hadiah tersebut, siapa yang memberi hadiah memang hatinya ikhlas, yang menerima hadiah hatinya gembira!

BILA KANDA BUAT SURPRISE!!! 

Dua minggu yang lepas Bonde dapat surprise ni, baru sekarang sempat kongsikannya di sini.  Tak boleh move on dengan moment tu.. terharu sangat.  

Kisah sweet ni eceh.. sweetlah sangat! Bagi can eh nak "story".. Bukan niat nak menunjuk-nunjuk, tapi nak simpan sebagai kenangan disini.. ok sambung cerita kisahnya pada satu petang balik dari kerja, macam biasa hari tu Bonde dengan Kanda naik satu kereta pergi dan balik.  Kejadian ini berlaku pada waktu balik.

Sebenarnya Bonde bukanlah jenis suka-suka tukar "wallet" selagi boleh guna Bonde akan gunakannya.  Kalau tidak koyak lebih lamalah usia "wallet" tu Bonde gunakan.. jimat macam tu he he he.

"Wallet" yang digunakan sebelum ini sudah gunakan lebih kurang 5 tahun.  Tapi "wallet" tu masih ok lagi dan tidak koyak!  Memang rasa tak perlu tukar "wallet" baru pun... walau kalau pergi mana-mana mall akan singgah tengok "wallet" yang ada.. just pandang dan berlalu..

PAPER BAG PINK CARLORINO


Masa balik kerja Kanda pass paper bag pink Carlorino ni dalam kereta... Mula tu macam-macam mukahdimah dibebelkannya.. suruh keluarkan "wallet" dalam handbaglah.. suruh buka tutup "walletlah.." macam-macam strategi dia nak mengenakan Bonde.  Bila dia suruh keluarkan tu.. ingatkan dia nak minta duit sebab masa tengah bulan memang tak adalah banyak "cash" dalam tu.. ha ha ha

Soalan demi persoalan keluar... emmm mata dah mengantuk nih selalu Bonde sempat tidur sekejap "on the way" nak balik rumah... petang tu tak dapat tidur sebab berteka-teki dengan Kanda.

Akhirnya .... dia ambik paperbag pink ni di belakang kerusi tempat Bonde duduk. Tadaaa surpriseeeeee! eh hadiah... sambil senyum lebar.. terus dia srh buka dan saya yang menurut perintah pon bukalah...


Berbunga-bungalah hati bila dapat hadiah, "wallet Carlorino" Kanda sambung bebel, suruh tukar "wallet" yang baru ni dengan "wallet" yang lama.  Tapi bila dah dapat tentulah rasa seronok dan happy.


WALLET CARLORINO

Terima kasih Kanda, di atas pemberian... emm surprise sangat. I love carlorino.

Katanya... Hadiah hari jadi tau! eh..eh... Birthday Bonde kan Ogos nanti... terus dia gelak.. Bonde cakap ni hadiah tahun baru yea.. bukan Birthday ha ha ha Nanti bulan Ogos nak claim lagi 



~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
6 PEMBERI ULASAN
ADA MINI ZOO KAT KL TOWER? AWESOME! Dan Selamat Pagi... Hai Reader semua... Kurang dari seminggu kita rakyat Malaysia akan menyambut Tahun Baru Cina, Jadi bagi kaum-kaum selain budha pasti ada perancangan bersama keluarga sempena cuti itu nanti.  Tak tahu nak pergi mana?? Jom lepak KL Tower jer... Apa yang menarik di KL Tower??ADA MINI ZOO KAT KL TOWER? AWESOME!


ADA MINI ZOO KAT KL TOWER? AWESOME!

Kalau anda nak tahu KL Tower ni bukannya ada menara telekomunikasi je, tapi ada banyak lagi tarikan lain yang anda kekadang tak sedar pun ada tapi best jugak sebenarnya kalau pergi. Sebagai contoh, KL Tower Mini Zoo. Ya, kat KL Tower ni ada zoo mini kot! Memang lain dari yang lainlah. Jadi kalau anda cuti-cuti ni tak keluar KL, dah tak payah nak jauh-jauh ke Melaka ke Taiping ke nak pergi tengok zoo, kat KL Tower ni pun dah ada haiwan yang kita boleh tengok up close and personal nak introduce kat anak-anak kecil kita, takdelah diorang membesar tengok binatang kat buku je ye tak? Disebabkan faktor lokasi Mini Zoo yang dekat dengan KL Tower, accessibility dia sangat mudah! Boleh try pakai grab, lrt dan sebagainya nak sampai sini, takde hal.


BURUNG KAKAK TUA SAMBUT ADA DI KAUNTER TIKET MINI ZOO KL TOWER



Mini Zoo ni actually baru je bukak kat KL Tower ni, sekitar tahun 2015. Sebetulnya dia bukan dalam KL Tower tu tapi dia actually bersebelahan KL Tower dan dekat dengan hutan simpan Bukit Nenas. Sebab dia baru bukak, jadi kawasannya memang baru dan terjaga rapi. Lepastu sebab dia ni zoo mini, korang tak payah pusing jauh-jauh macam zoo biasa.


Lagi satu terdapat sejumlah 60 spesis binatang yang boleh ditemukan kat sini semuanya jenis yang agak eksotik dan jinak-jinak je, takdelah harimau ke seladang gajah semua. Tapi yang pasti semua binatang kat sini memang dijaga dengan baik dan mesra pengunjung.


ADA 60 SPESIS BINATANG DI MINI ZOO KL TOWER






Jadi apa lagi, jomlah meriahkan zoo ni dengan kehadiran anda. Untuk memudahkan urusan anda, apa kata anda beli siap-siap tiket ke Mini Zoo ni dengan cara online. Dengan Traveloka, anda boleh dapat really good deals untuk KL Tower Mini Zoo discount tickets tau! Jadi apa nak tunggu lagi, nanti kena sambar pulak offer ni!



Walaupun sekadar zoo mini je, KL Tower Mini Zoo ni sebenarnya dibahagikan kepada 6 kawasan! Kesemua enam kawasan ni disusun dan dihias rapi seolah-olah hampir menyerupai persekitaran habitat asal binatang-binatang yang dijaga di sini. Keenam-enam kawasan tu adalah Mini Jungle, Jelutong Tree, Fallabella Stable, Bridge Broadway, Bird Aviary and Pet Village. Agak menarik jugak tu kan sebab banyak boleh explore sebenarnya. Mari kita go through sikit.







Mini Jungle ni adalah zon yang setup macam ada hutan mini dengan spesis jinak-jinak belaka seperti Albino Crow, Albino Iguana, Parrot, Marmoset, Wallaby dan juga Sulcata Tortoise. Fallabella Stable adalah bangsal yang menempatkan kuda Fallabella iaitu antara spesis kuda yang terkecil di dunia! Sangat comel ya saiznya. Bird Aviary membawa kita ke dunia burung, menemukan kita dengan pelbagai spesis burung yang ada di sini. Selain itu, ada pula peluang untuk membelai dan juga memberi makan setiap binatang kat sini dengan staf yang terlatih, jadi korang boleh bagi anak-anak sendiri try atau korang sendiri try kalau teruja nak cuba, takde masalah jugak. Bukan selalu ada peluang macam ni kan, nak mendekatkan diri dengan ciptaan Tuhan haa.






Last but not least sebelum nak keluar, seperti biasa akan ada kedai cenderahati yang menanti di luar. Bolehla siapa yang datang dari jauh nak beli rantai kunci, baju T-shirt dan sebagainya untuk dibuat kenang-kenangan datang ke sini.




Bagi yang rasa nak santai-santai sikit sambil pusing-pusing tu, ada jugak Jungle Cafe yang jual air dan makanan ringan-ringan untuk korang mengunyah sementara tu kan. 

Menarikkan.. Mini Zoo Nih!

INFO UNTUK KE MINI ZOO KL TOWER


Disebabkan KL Tower Mini Zoo ni terletak di tengah-tengah kawasan Kuala Lumpur, so anda boleh ambil public transport jugak untuk elak kan jam. Dari KL Sentral, anda boleh ambil sistem transit aliran ringan (LRT) menuju ke Dang Wangi. Lepas berhenti kat situ, boleh order teksi atau naik Grab ke KL Tower, anggaran meter dalam lima ringgit je. Kalau rajin sikit, boleh jalan kaki ke pintu masuk utama Menara KL dalam masa 15 minit, nanti ada free shuttle untuk bawa anda ke zoo mini ni.

Jadi tak payah berlengah lagi, anda boleh go ahead dan serbu site Traveloka Malaysia for the best deal ever untuk KL Tower Mini Zoo di https://www.traveloka.com/en-my/activities.




Alamat : 


Ground Floor, Menara Kuala Lumpur, Jalan Punchak, 50250, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur, Malaysia

Facebook : KLTowerMiniZooMalaysia

Instagram : KLTowerMiniZoo

Info KL Tower Mini Zoo :

Waktu Operasi: 


Isnin hingga Ahad – 10 pagi hingga 9 malam!



COME VISIT US NOW!

FEEL, TOUGH, A RELAXING EXPERIENCE


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
28 PEMBERI ULASAN
GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS BAHARU Assalamualaikum Dan Selamat Malam.. Hai reader semua.. Sabun dibilik Mandi.. haa teringat cerita Tan Sri P. Ramlee.. Tapi zaman la ni ramai dah tak guna sabun betul tak?  Sekarang ni dah banyak jenama Gel Mandian.  Anda tahu tak? Enchanteur pun dah ada Gel Mandian tau!GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS BAHARU

GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS BAHARU


 Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris baharu
~ Belaian romantis mandianmu
  
Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari, merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.

Apakah yang membuatkan masa mandian itu mewah? Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama, dan yang menjadikanya lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk disaat pintu bilik mandi tertutup rapat, dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang menenangkan minda, sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih-buih lembut yang membelai kulit, melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romantis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.

Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri, Enchanteur, wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.

Kini, pengalaman di bilik mandi anda boleh dipertingkat. Dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, saat bermanja bagi tubuh badan dan minda anda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris, boleh didapati dalam 3 variasi, setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.

Manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel:



  
1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)

Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.

2. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)

Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambil menyediakan anda untuk temujanji kasual.


3. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)

Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk.

Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romantis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar anda dapat merehatkan diri selepas kesibukan harian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan harian anda dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.

REVIEW DARI BONDE

Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)

Bonde sangat sukakan Gel Mandian Wangian Encanteur ni... Bau nya membuatkan rasa tenang dan lega lepas mandi.  Rasa penat berkerja hilang serta merta!  Lepas habis botol yang ini nak cuba 2 Gel Mandian yang lain iaitu Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk) dan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris - Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)




Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)


Wangian ENCHANTEUR Paris – Adore Soothe and Care

INFO HARGA GEL MANDIAN ENCHANTEUR PARIS


Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara.

~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
9 PEMBERI ULASAN
JJCM 3 BUDAK GEMOK, SEDAP MALAM STATION, OTAK KING DEKAT THE H @ HARTAMAS Assalamualaikum Dan selamat petang, Hai reader semua, Bonde nak share dengan anda semua tentang tempat makan viral dekat The H At Hartamas yang baru ni keluar dekat Majalah 3, Sebenarnya tahun lepas dalam bulan Disember Bonde dah rakan pejabat iaitu Banana ada JJCM dekat tempat makan tersebut.  Yang menariknya tempat makan malam ni macam medan selera terdapat pelbagai stall makanan antara yang popular adalah 3 Budak Gemuk, Sedap Malam Station dan Otak King.JJCM 3 BUDAK GEMOK, SEDAP MALAM STATION, OTAK KING DEKAT THE H @ HARTAMAS

JJCM 3 BUDAK GEMOK, SEAP MALAM STATION, OTAK KING DEKAT THE H AT HARTAMAS

Dibuka pada jam 5.00 petang hingga 12.00 malam.  

Bonde dan Banana gerak dari pejabat lebih kurang jam 7.00 petang dan sampai pada jam 7.45 malam lebih kurang 45 minit macam tu sampai dekat The H, Alhamdulillah masa tu jalan nak masuk Kuala Lumpur tak sesak sangat.  Dengan menggunakan aplikasi wase kami sampai dengan jayanya.

Cuma masa nak parking tu susah sikit sebab tempat parking yang terhad.



Bila dah dapat parking, kami terus menuju ke Stall yang nampak ramai orang beratur.. rupanya memang dah ramai menanti giliran nak makan nasi 3 budak gemok.  Rata-rata yang datang sini ada yang makan dekat sini dan ada yang bungkus makanan bawa balik.  Untuk pertama kali datang sudah tentunya kami makan dekat sini.


Laju abang-abang ni buat keje... sebab ramai yang beratur nak order ... rata-rata yang datang mesti oder lebih dari satu.. jadi stanby siap-siap bahagian bungkus seorang, yang ambik oder makan dekat situ seorang dan yang seorang lagi tukang top up lauk. ( pada permehatian Bonde lah he he he)


NASI AYAM KICAP CILI GESEK POWER

Memang kena dengan trademark dia... fuhhhhpedas dia power!!!!


CILI GESEK POWER



Cerita disebalik sambal gesek power nih!!!  buat pertama kali makan kat sini, Bonde terus oder sambal gesek power tu extra... Konon tak cukup sikit sangat, Budak tu pandang Bonde dah terus top up sambal dengan caj RM 1++ tak ingat harga dia.. 

AYAM KICAP

Ayam kicap ni, macam simple jer style masaknya.. Ayam gorang dan dimasak dengan kicap, agak pekat macam tu.. Rasanya tak pedas dan sangat sesuai bagi mereka yang tak suka makan pedas.



Tadaaa ini, nasi yang Bonde order siap extra sambal tu... nasi ni Bonde kongsi dengan Fatin sebenarnya. Sebab Bonde nak makan nasi lemak Sedap Station tu nampak sedap juga! 

Set Nasi + Ayam kicap+ cili gesek power = RM 8.50


Ni nasi Banana sambal tak extra... nampak bezakan.. extra dengan tak?? Sekali pedas ruoanya makan takat yang dia bagi mula-mula tu pun sudah cukup tak perlu minta extra.  Akhirnya sambal yang minta extra tu tak habis pun! pengajaran dia jangan tamak!.. ha ha ha lain kali rasa dulu. 

Set Nasi + Ayam kicap+ cili gesek power + telur dadar =RM 10.00

SEDAP MALAM STATION

Sedap malam station popular dengan nasi lemaknya.. Stallnya bersebelahan dengan 3 budak Gemok.  Disebabkan datang sini untuk makan dan kami pun cuba nasi lemak sedap malam station.


Mula- mula nampak stall Sedap Malam Station ni macam tak ada orang jer... tapi sebenarnya ada ramai peminat nasi lemak dekat sini. Masa makan tu nampak ramai sudah pelanggan beratur dekat situ.  Pelanggan nasi lemak ni terdiri dari orang cina.  Setahu Bonde kalau nasi lemak disukai oleh kaum cina memang ramailah pelanggannya setiap hari.


Tada... Nasi lemak sedap malam Station, Nasi di bungkus mengunakan kertas yang di tempah khas dengan cop sedap malam station.  Lapisan kedua pula terdapat daun pisang. Nasi lemak dilapiskan daun pisang dan diletakkan sambal diatasnya dan sedikit telur dadar. Memang harum nasi lemak ni.. hu hu hu bungkusan tidak terlalu besar saiz sama macam nasi lemak RM 1 kalau dekat kampung dan kalau makan dekat sini tak cukup sebungkus tau.. ni memang rare sangat rasa nasi lemak dia! sebungkus 

Nasi Lemak sebungkus = RM 3.00


OTAK-OTAK KING

Banana oder Otak King ni untuk dicuba! rasanya tidak mengecewakan sedap... Isi ikannya banyak yang tambah sedap pedas extra cili api ha ha ha


Ada 5 pilihan Otak-Otak King Muar nih, besar saiz nya, sebesar tapak tangan, sangat padat dengan isi yang anda mahu.. boleh pilih pelbagai jenis isi dalam otak-otak ni antaranya ikan tenggiri, udang, ketam, sotong atau lala.

Otak-Otak RM 13.00

Memang puas hati makan dekat sini... Nanti nak repeat lagi.. makan dekat sini...

Untuk info anda boleh terjah MEDIASOSIAL dibawah :

Instagram : 3 Budak Gemok

Facebook : Sedap Malam Station

Instagram : Otak King


~ Bonde Senyum Riang ~
Share
Tweet
Pin
Share
8 PEMBERI ULASAN
Newer Posts
Older Posts

About me


Hai! Saya Zaidalifah Binti Hussin (BZ), pemilik dan penulis blog ini. Saya seorang yang ceria dan suka berkongsi pengalaman saya berkaitan banyak perkara.

Email : iffah208@gmail.com.

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Popular Posts

  • 4 Tips Mix & Match Warna Tudung Dengan Baju
  • Kebaikan Dan Manfaat Premium Shine Bird's Nest
  • Carian Dalam Talian Di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32 % Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina
  • Kadar Bayaran Pengasuh 2018
  • Pengalaman Indah Di Kids Zania
  • Naturecare daripada Tupperware
  • Segmen 24 Jam Bloglist #34 Mialiana.com
  • 100 Blog Pilihan 2018 HASRULHASSAN.COM
  • 27 Disember Birthday Fatin... Request Nak Makan Steak
  • TEMA GLAMOROUS NIGHT DI MLM APC 2017

Special Collaborations

AIRASIA BLOGGERS COMMUNITY (ABC)


ABC



ALTHEA ANGLE


ALTHEA ANGLE



BUTTERFLY PROJECT


Butterfly Project


Categories

ALTHEA ANGELS Artis Malaysia DRAMA DRAMA ADAPTASI NOVEL EVENT 2017 FAMILY DAY. . . WEEKEND FAMILY DAY. . .holiday FAMILY HOLIDAY HANTARAN DAN GUBAHAN Info Agama INFO KESIHATAN INFO PARENTING Kumpulan Doa

GSL Warrior's Blog

  • Suria Amanda
    Update Blog Dalam MRT Sampai Tak Sedar Terlepas Stesen
  • The Other Side of Me
    EAGLE F1 Finally Land in Malaysia
  • Mimi Azirah
    Review Filem Jumanji The Next Level
  • Shuhaida Kabdy
    Saturday Hawker Night di Hotel Grand Bluewave Shah Alam
  • Ana Suhana
    Teruja Dapat Naik Jambatan Angkat Terengganu
  • Azlinda Alin
    35 KOLEKSI CUPS AROUND THE WORLD WITH WE BEAR BEAR DI 7-ELEVEN SEKARANG !
  • KhatyAiman
    Electronics for all generations
  • Bonda Zahra
    Melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah, Perak
  • Mamapipie

Followers

Subscribe

Created with by ThemeXpose