Percutian Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang Part 2

Percutian Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang Part 2 Assalamualaikum Dan Selamat Petang, hai semua reader.. Good Morning dari Avani Sepang Goldcoast Resort. Cerita sebelum ini baca di Part 1 Pagi-pagi dah dengar bunyi air dari dalam bilik kami... tak sabar nak tengok dekat balconi tapi dari dalam dah tahu mesti air sedang pasang... jom tengok pemandangan waktu pagi...

Percutian Menarik Di Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang Part 2

Jam di tangan menunjukkan... 7.30 pagi dah terlepas 'sunrise' sedap na tidur dikatil yang empuk dan sejuk he he he biasalah lepas solat subuh baring-baring dan tertidur... 


Dah siap untuk aktiviti pagi ni!! 
- berbasikal sekeliling resort 
- sarapan pagi
- aktiviti pantai pakej Aqua X Water Sports Village
  Bola Tampar, Bungee Trampoline, Gel Gun, ATV Ride, Kayaks, Banana Boat, 
  Donut Ride & Jet Ski Rides





Pemandangan sekitar Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang

Suka sangat pemandangan sekeliling Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang ni sangat menarik sekali... sesekali datang sini haruslah bergambar.


Ini hadapan bilik kami... lorong masuk ke bilik.






Kolam Renang Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang

Lepas makan tengahari nanti adalah aktiviti bebas, masa tu kita mandi manda dekat kolam ni yea...







Jom 'breakfast'

Baiklah semua dah sedia nak 'breakfast' jomlah isi perut yang kosong, 'breakfast' pagi ni dekat Restoran Bila-bila juga, ada macam-macam menu yang dihidangkan... hidangan tradisi Malaysia seperti nasi lemak, roti canai, bihun goreng, mee goreng, tea tarik tetap ada dan juga terdapat juga hidangan barat ada disini.


Suka sangat decoration roti dan biskut ni, menarik minat untuk menikmatinya...



Apa yang Bonde makan? hadoi memang rasa semua nak makan kalau dihidangkan secara 'buffet' betul tak? tapi kenalah hati-hati sebab lepas ni ada aktiviti nak main bola tampar kenalah hadkan pengambilan makanan tu he

Bubur nasi

Breakfast ala orang putih ha ha ha

Pudding Roti
Jom naik basikal...

Baiklah dekat Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang nih, memang ada banyak basikal yang warna biru anda akan nampak di sekitar resort ni, memang ada banyak.  Basikal ini adalah percuma anda boleh jer ambik kalau nak berbasikal dekat kawasan resort.  Untuk info anda dekat  Avani Sepang Goldcoast Resort, Bagan Lalang ni ada juga basikal berwarna merah ianya boleh naik empat orang, basikal ini berbayar, tak pasti harga berapa tapi bagi anda yang nak naik dengan anak-anak Bonde cadangkan anda sewalah basikal ini.

Lepas ronda-ronda tu barulah kami ke tepi pantai.. lokasi untuk aktiviti Aqua X Water Sports Village





Aktiviti Aqua X Water Sports Village yang pertama ialah bermain Bola Tampar, lama tak main bola tampar aktiviti ini semenangnya mengeluarkan peluh jantan hi hi hi main atas pasir bukanlah sesuatu yang mudah, tapi kali ni cabar diri sendiri untuk bermain, bila dah bermain timbul rasa seronok pula.  sampai dua set main bola tampar ni... 'have fun' sangat, Penat tu memang penatlah bukan selalu main dekat atas pasir, pengalaman yang memang betul-betul best.



Game kedua ialah Bungee Trampoline, game ni nampak seronok sekali, tapi nak main game ni, ada syaratnya kena berat badan bawah 60 kilogram sahaja yang boleh menaiki Bungee Trampoline nih... so yang berat atas 60 kilogram ni duduk tepi sahaja ber hu hu hu


Kanda sesuailah beratnya baru 50 kilogram ha ha ha seronoklah dia dapat melompat-lompat atas tu...Bungee Trampoline



Game ketiga ialah Gel Gun... Siapa yang suka main tembak-tembak tu bolehlah cuba main game Gel Gun ni... Bonde memang tak mainlah game nih sebab mata kurang nampak so duduk tepi tengok aksi-aksi mereka menembak!






Game ke empat ATV Ride, Bonde suka main ATV ni macam naik motor, ATV  ni lebih tahan lasak lagilah... tapi yang ada ni model kecil sedikit, comel jer bentuknya, ATV ni seronoklah bawa ronda-ronda tepi pantai,  nak-nak jalan atas pasir.. agak mencabar jugalah, bagi yang berminat bolehlah ronda-ronda Pantai Bagan Lalang naik ATV ni.


Bergambar dekat batu...

Lepas habis game pertama hingga ke empat kami rehat dan sementara air surut kami bergambar dekat batu berhampiran resort view dia seperti dibawah. eh-eh siapa kata macam gambar duyung dekat pantai songkla tu... he he he ini duyung Malaysia yea..







Jom rehat.... Makan tengahari dan solat lepas tu aktiviti bersambung jam 2.00 petang.  ramai tunggu 'buggy' tak larat nak naik basikal sebabnya dah penat ha ha ha



Aktiviti seterusnya, kita main air pulak... untuk aktiviti air ni, Bonde sempat main Banana Boat, Donut Ride sahaja, Kayak dan Jet Ski Rides tak sempat naik sebab ramai juga beratur tunggu turn nak main.



 Donut Ride

Bonde sangat gembira dapat join aktiviti yang ada disitu team Aqua X Water Sports Village memang terbaik, bagi anda yang ada perancangan nak datang sini nanti bolehlah join aktiviti yang diadakan.

Untuk info lanjut anda boleh ke Laman Web dibawah :


atau media social :

Instagram : avani_sepang


Alamat :

Avani Sepang Goldcoast Resort

No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang 43950 Sungai Pelek, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

60331823600 | 60331823667

Info kawasan sekitaran :

15 Minutes drive from Sungai Pelek

35 Minutes drive from Sepang International F1 Circuit

41 Minutes drive from Sepang

46 Minutes drive from Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

47 Minutes drive from Port Dickson

43 Minutes drive from Morib

57 Minutes drive from Banting

62 Minutes drive from Cyberjaya

64 Minutes drive from Putrajaya

85 Minutes drive from Kuala Lumpur


Maklumat Lokasi : Peta dan Lokasi



 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

5 PEMBERI ULASAN

  1. Bestnya bonde. View pun cantiklah. Ni xtau nak bwk anak p bercuti mana.

    BalasPadam
  2. Banyak betul aktiviti yg boleh buat. Best best.

    BalasPadam
  3. Bestnya vonde macam macam aktiviti bonde buat. Bubur nasi tu meriah sangat..

    BalasPadam
  4. waalaikumussalam. Allahu rindunya. pernah pi sini pun dah lama sangat dulu. haha

    BalasPadam
  5. seronoknya tengok pemandangan kat sini tentu tenang jiwa kan

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.