DAY 2 EXPLORE LOMBOK : GILI SUDAK



Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai reader semua setelah penat snorkeling di Pulai Gili Nanggu.. santai makan gorengan pisang goreng dan keledek perut masih terasa lapar.. maklumlah.. sudah masuk makan tengahari kena makan nasi juga!!  Buyong bawa kami makan di Pulau Gili Sudak. Sini kami hanya singgah makan tengahari sahaja.  Kerana disini ada cafe dan restoran.

DAY 2 EXPLORE LOMBOK : GILI SUDAK


Menu makan sangat simple tapi Bonde rasa kenyang sangat.  Syukur Alhamdulillah.

menu makan tengahari Nasi putih, Ikan bakar, Kangkong plecing sambal lombok dam sambal kicap dan air mineral.

Dapat minun air mineral sejuk memang sangat puas pada cuaca yang sangat panaskan! tak cukup sebotol.. Bonde up dua botol air mineral.  Cik Ein dan Banana oder air kelapa!  Tapi speciallah air kelapa tu rasanya tak sama macam air kelapa dekat Malaysia.





Pemandangan mengadap laut perghhhh memang santai dan indah sekali! rindulah masa ni.. mana tak kenyangnya.. makan sambil menghadap laut lepas tu kena air sejuk bergabung angin laut... rasa nak tidur jer lepas kenyang tu.


STARFISH PULAU GILI SUDAK

Dekat Pulau Gili Sudak ni, memang point kalau anda nak tengok Starfish @ tapak sulaiman. Ada pelbagai rupa starfish dekat sini.  Bonde pon pertama kali pegang starfish ni.. mula-mula agak geli jugalah.. Tapi bagi Bonde pegang starfish ni lagi ok kerana dia kasar dan keras, dari pegang jellyfish @ timun laut aka gamat kerana agak licin dan lembik ishhh geli wehhh


Starfish ni memang sangat banyak dekat dalam air.. ada pelbagai warna.. tapi yang sempat Buyong ambik untuk kami ialah warna merah dan coklat.  Starfish ni habitatnya adalah didalam air.. Jika ia tak dapat air ia akan mati.  Jadi bila pegang starfish tu  yang agak keras bolehlah campakkan semula ke dalam air.  Cara yang pantas untuk menghidupkan semula...


Lepas makan dan bergambar selesai dekat sini, ... Kena gerak ke Gili Kedis pula... jomlah ke Gili Kedis...



Next... Pulau Gili Kedis kat sini ada port cantik untuk photoshot...


HARI KEDUA: 

Sarapan pagi di hotel
Snorkeling di Pulau Gili Nanggu, Makan tengahari di Gili Sudak, Photoshot di Pasir Putih Gili Kedis
Makan Malam Satey Rembiga Di Resehan Satey Rembiga Lombok
Check in Hotel Bidari
Rehat
~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

2 Ulasan

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.