MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT GUNAKAN CARRIE MOZZIBUSTER UNTUK ANAK ANDA!



Assalamualaikum Dan Selamat Tengahari, Hai reader semua...

Wabak Denggi sering menular di Malaysia, sebagai penduduk di Taman Perumahan kena harus waspada dengan kebersihan kawasan persekitaran rumah.  Nyamuk aedes senang membiak di tempat-tempat yang kotor dan takungan air.  

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
~Lindungi si manja dengan 
CARRIE MOZZIBUSTER


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menekankan kepentingan mencegah penyakit sebelum ia terjadi kerana kadangkala apabila penyakit diketahui, ia sudah terlalu lambat untuk mendapatkan rawatan. Hal ini termasuklah pencegahan terhadap penyakit yang dibawa oleh nyamuk. Statistik terkini daripada Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan sejumlah 26,209 kes Denggi termasuk 37 kes yang mengakibatkan kematian berlaku dari 31 Disember 2017 sehingga 6 Jun 2018. Kiraan purata pula menunjukkan sebanyak 5240 kes berlaku setiap bulan sepanjang tempoh tersebut. Selain Denggi, terdapat lebih daripada 67 kes penyakit Chikungunya telah dilaporkan dalam tempoh yang sama.

Demam Denggi dan Chikungunya merupakan penyakit yang mudah tersebar melalui gigitan nyamuk Aedes. Penyebaran ini dapat dikurangkan sekiranya semua pihak bekerjasama dalam mencegah penyebaran dengan membasmi kawasan pembiakan nyamuk dan memastikan langkah pencegahan nyamuk diamalkan. Terdapat sesetengah individu mengambil ringan kerana beranggapan demam Denggi adalah penyakit yang dapat disembuhkan dan ada yang pernah terselamat. Hakikatnya penyakit ini dapat merebak menjadi demam Denggi yang lebih parah, atau demam Denggi berdarah yang mampu membawa kepada situasi yang mengancam nyawa pesakit yang menghadapinya!

Ibu bapa perlu sedar bahawa Denggi tidak dapat diramalkan dan satu-satunya cara adalah dengan melindungi keluarga daripada nyamuk sepanjang masa. Selaras dengan fakta[1] dari WHO, perlindungan terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegah penyakit yang berpunca darinya. KKM juga turun menyarankan penggunaan penghalau menyamuk agar kekal terhindar dari serangan nyamuk[2].

Salah satu cara berkesan bagi memastikan agar nyamuk tidak mengganggu adalah dengan menggunakan penghalau nyamuk. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dan CARRIE

MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV Protection, telah diuji agar dapat menghalau nyamuk sehingga 8 jam. Disamping itu, produk ini telah menjalani proses pembangunan produk yang teliti dan berdaftar dengan badan-badan pentadbiran iaitu Lembaga Racun dan Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan ia diuji dan diperakui agar ibu bapa kekal yakin bahawa produk ini mematuhi piawaian keselamatan produk. 

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan didalam rumah.

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV dilengkapi dengan perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL. 


DIDATANGKAN 2 SAIZ


Kedua-dua CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati dalam pek mudah dibawa bersaiz 50ml dan 100ml.

DIMANA NAK BELI?

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia. 

HARGA?

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM 9.35(Semenanjung)/ RM 9.85 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.10 (Semenanjung)/ RM 14.75 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 100ml. 

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV pula dijual pada harga RM 9.95 (Semenanjung)/ RM 10.40 (Sabah & Sarawak) untuk saiz 50ml, RM 14.65 (Semenanjung)/ RM 15.40 (Sabah & Sarawak) for 100ml.




REVIEW DARI BONDE 

Baru-baru ini Bonde mengikuti program menyusuri Sungai anjuran Pejabat Bonde, semua sedia maklum pokok bakau memang ada banyak nyamuk, agas dan serangga kecil yang suka mengigit anggota badan.  Sebelum masuk hutan bakar Bonde dah sapukan CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion terlebih dahulu untuk langkah berjaga-jaga maklumlah kulit memang cepat alah dengan nyamuk dan lekas naik merah-merah dan rasa gatal.

dengan sapuan CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion ia tidak melekit dan cepat meresap sangat selesa di pakai.


CARA MEMAKAI CARRIE MOZZIBUSTER

1. Picit CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion pada kulit anda.





2. Sapu dengan pelahan CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion hingga rata dan meresap pada kulit.


3. Ianya wangi

Selamat mencuba!

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Yeaaayy...saya dah ada kedukedua2nya..mmg bagus sgt kak. Pakai pun senang

    BalasPadam
  2. Oh takdelah harga nya mahal sangat.. nak carik la nanti. Thanks bonda

    BalasPadam
  3. Kak Sue ingat nak cari juga nanti nie.. macam menarik ja nie Bonda..

    BalasPadam
  4. boleh la beli! sha selalu kena gigit nyamuk

    BalasPadam
  5. Harga berpatutan juga. Tambah 60 sen dah dapat yang jenis perlindungan UV. Bagus untuk kegunaan family,lagi2 bila nak ke taman petang2 sekalipun (masuk maghrib ja nyamuk datang lah hehe)

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.