REVIEW FILEM HANTU KAK LIMAH 2018



REVIEW FILEM HANTU KAK LIMAH 2018 Assalamualaikum dan selamat petang... Hai reader semua... Anda semua dah tengok Filem Hantu Kak Limah tak??? Semalam 9 Ogos 2018 secara rasminya Filem Hantu Kak Limah telah mengegar semua panggung-panggung di Malaysia, tak kira TGV ke? GSC ke? atau MBO ke? Yang pastinya panggung semua bebegar sejak filem ini ditayangkan semalam. (Ha ha ha)... REVIEW FILEM HANTU KAK LIMAH 2018


REVIEW FILEM HANTU KAK LIMAH 2018


REVIEW FILEM HANTU KAK LIMAH 2018


Release Date : 09 Aug 2018

Language : Malay

Subtitle-Genre : Comedy / Horror

Running Time : 111 minutes

Director : Mamat Khalid

Cast : Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose

Distributor : Astro Shaw Sdn Bhd

Sumber : www.gsc.com.my

SINOPSIS HANTU KAK LIMAH : 

Kak Limah telah ditemui mati oleh Khuda, Hussin dan Wani. Sejak dari itu, hantunya sering dilihat merayau di sekitar Kampung Pisang, membuatkan penduduk ketakutan. Encik Solihin kemudian cuba membantu untuk menghalau hantu itu keluar dari kampung. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Bagaimanapun, tragedi di sebalik kematian Kak Limah masih belum diketahui.



PARA PELAKON :

Hantu Kak Limah dibintangi oleh Dalimawati Ismail (Kak Limah) di samping Datuk Awie (Hussin), Ropie Cecupak, TJ Isa, Sharwani NS dan Allahyarham Rab Khalid, Pekin Ibrahim dan Sabri Yunus.

Filem ni mula sahaja dan buat perut sakit sebab gelak dan rahang mulut macam nak cramp memang sangat kelakar... bayangan cerita zaman dahulu membuatkan anda akan teringat filem Hantu Kak Limah 1 dan 2 yang lepas.  tambahan aksi seperti muay thai dalam filem Ong Bak menjadi idea Mamat Khalid kali ini.

Anda Jangan tak tau... Hantu Kak Limah berjaya membuat aksi ini dengan membuat aksi muay thai ! haaa mendapat sekali tumbukan padu dari Kak Limah untuk Hussin.


REVIEW FILEM HANTU KAK LIMAH 2018

ZUL ARIFFIN DALAM HANTU KAK LIMAH

Jangan tak tahu, Zul Ariffin pon ada berlakon dalam Filem Hantu Kak Limah nih, pertama kali Zul Ariffin bawa watak kelakar+blur.. anda kena tengok.. memang lawak watak Zul Ariffin sebagai En. Solihin, teror pulak En. Solihin ni bersilat dan melawan Hantu Kak Limah.


REVIEW FILEM HANTU KAK LIMAH 2018

ARTIS LAIN DALAM HANTU KAK LIMAH

Artis popular lain yang berlakon dalam Filem Hantu Kak Limah seperti Erra Fazira, Datuk Seri Vida, Jue Aziz dan Mus May turut bergabung tenaga bagi menjadikan watak ceria dalam filem ini .

REVIEW FILEM HANTU KAK LIMAH 2018

JALAN CERITA HANTU KAK LIMAH

Hantu Kak Limah mengisahkan tentang misteri kematian Kak Limah selepas berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya yang bernama Khuda. Kampung Pisang menjadi riuh angkara orang-orang kampung diganggu oleh Hantu Kak Limah.

Hussin dan rakannya ada melihat Kak Limah berada di rumah dan menghidangkan bubur keladi yang paling sedap sekali.. Persolannya siapa yang  mereka temui sebenarnya Kak Limah atau Hantu Kak Limah? 

Mereka meminta bantuan En. Solihin yang merupakan guru silat di Kampung Pisang untuk menangkap Hantu Kak Limah. Pelbagai babak kelakar yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang sepanjang berdepan dengan situasi itu.

REVIEW DARI BONDE

Seperti biasa, mana-mana karya Mamat Khalid tidak pernah mengecewakan Bonde.  Jalan cerita dan skrip filem Hantu Kak Limah ini memang menghilangkan stress dan sangat menghiburkan.

Anda akan jadi teruja nak tunggu babak ke babak dalam filem ini dari mula hingga akhir, dari rumah Kak Limah, dekat Klinik dan rumah Yeh.  Kali ini Hantu Kak Limah ada dimana-mana... anda pasti menjerit dalam panggung nanti... jantung anda akan bergerak laju menanti babak-bapak seterusnya... teruja nak tahu apa yang jadi selepas ini dan selepas itu.

Bonde tak nak cerita lagi,, Anda kena pi tengok sampai ending! Barulah anda tahu siapa sebenarnya Hantu Kak Limah? haaaa nebes tak? dig dug dig dug....

REVIEW FILEM HANTU KAK LIMAH 2018


LAGU OST UNTUK FILEM HANTU KAK LIMAH

Lagu Srikandi Cinta Ku nyanyian asal penyanyi Datuk M. Nasir telah dinyanyikan semula dalam NAFAS baru oleh watak Husin (Dato’ Awie) dan watak Bapak Bunian (Mus May) lagu ini menjadi tema utama filem Hantu Kak Limah. 

Bonde kasi 5/5 bintang sebab kelakar ya amat anda pastikan keluar panggung tu seluar tak basah yea..mana tahu ada yang ketawa hingga terkencing-kencing (hancing tau kalau terkencing dalam seluar ha ha ha)

p/s ini adalah taksiran/penilaian yang Bonde buat, jika ada yang tak setuju Bonde mohon maaf yea. stay tune... Anda yang belum tonton tu.. pergilah Hantu Kak Limah sokonglah filem Malaysia (haaa tepuk...)  Nasihat Bonde anda pegang baik-baik makanan dan minuman anda, bukan apa takut bersepah-sepah satu panggung pulak nanti.. ha ha ha



~ Bonde Senyum Riang ~


Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Baca review bonde pun tak sabar rasanya nak tengok.confirm bergegor wayang sebab orang duk bantai gelak sakan

    BalasPadam
  2. Yaya bukan penggemar cerita seram atau terkejut-terkejut haha tapi pernah tengok hantu kak limah sebelum ni terkekek kekek yaya gelak! Lepas ni nak tengok yang ni pulalah. Katanya kutipan sangat memberangsangkan

    BalasPadam
  3. ramai review cite hantu kaklimah best..dh 9juta kutipan xsilap baca smlm...tk sempat tgk lagi...ada kesempatan nanti nk tgk juga la

    BalasPadam
  4. Serius, kelakor gila kot cerita hantu kak limah..asyok dok gelak jer..nak tahan gelak pun menggeletor badan ni haa..haha

    BalasPadam
  5. Seramnya filem ini. Scared to watch but looks interesting. Ha ha ha...

    BalasPadam
  6. Wow. Bonde salah sorang yang contribute ke kutipan berjuta ringgit tu yea.. Hehe.. Bella tak tengok lagi cerita ni. Macam takde masa je. Tapi dengar kata tak sehebat yang pertama.. Betul ke Bonde?

    BalasPadam
  7. Alaa...jelousnya Bonde dah tgk kak belum tgk lagi nanti nk ajak anak tgo...jangan tak tau Jue Aziz anak buah kak limah tau....bkn hantu Kak Limah haaaa...

    BalasPadam
  8. Alaaaaa, semua dah tengok cerita hantu kak limah ni, katanya best dan terhibur, nak kena pergi tengok gak la gini,hehehe

    BalasPadam
  9. Bagus ni filem ni, InsyaAllah minggu ni nak pergi tonton cerita ni, kita kena sokong filem melayu kita

    BalasPadam
  10. ayu perasan cerita mamat khalid ni blh jadi sangat best dan adakalanya ada juga filemnya yang tak menjadi...tapi hantu kak limah katanya sangat lawak./mostly yang dah menonton semua kata best dan kalakar sangat....harap dapat juga i tonton filem ni pada masa terdekat ni

    BalasPadam
  11. Weekend ni in shaa Allah nak bwk anak2 layan citer ni. Ramai kata best, bonde.
    Mamat khalid suka lagu lama2 rock kapak dedolu. And citer mamat khalis is x pernah mengecewakan. Fun. Nice. Easy to understand... Sesuai semua petingkat umur, kan :-)

    BalasPadam
  12. Ramai yang kata cite ni best tapi towards the ending macam slow dan bosan. Saya ni dah lama tak keluar ke wayang tengok wayang sebab tak nak bawak anak masuk wayang. at the same time, tak nak tinggal anak. so kite tunggu je la cite ni keluar tv nanti hehehe

    BalasPadam
  13. Bestnya !! Ramai bagi review positif pasal filem nie. Teringin sangat nak tgok. InsyaAllah nanti nk tgok. Hantu Kak Limah mmg terbaik !

    BalasPadam
  14. Cerita ini ada sambungan ya. Pernah tengok zombi kampung pisang tu, pelakon pun lebih kurang sama je. Masih lagi tentang kampung pisang dan hantu kak limah

    BalasPadam
  15. Kalau filem melayu ni, kategori seram dan jenaka memang mudah pecah panggung. Mama kurang sangat tengok cerita melayu di wayang. Banyak terkena. Haha

    BalasPadam
  16. Cerita cerita mistik macam ni banyak mendatangkan pengaruh tak elok pada pemikiran pun. Tapi dah cerita macam ni yang dapat sambutan kan.

    BalasPadam
  17. Haritu ada tengok 20 minit preview cerita ni. Preview pun dah rasa syok, kena pegi tengok ni.

    BalasPadam
  18. Sounds soooo interesting. Now I know why my friends were raving about it and why the movie grossed so much in such a short period of time. Makes me want to make my way to the cinema too!

    BalasPadam
  19. sampai sekarang tak dapt lagi tengok cite ni...hhuhuh bila lah dapat tengok

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.