Bonde Zaidalifah: CABARAN MAKAN DESERT BAHARU DOMINOS IAITU BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE

CABARAN MAKAN DESERT BAHARU DOMINOS IAITU BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE

9:52 am

CABARAN MAKAN DESERT BAHARU DOMINOS IAITU BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE Assalamualaikum dan Selamat pagi... Pada  4 Ogos 2018 (Sabtu) bertempat di Domino ini Seksyen 13, Ground Floor Jalan 13/28 , Seksyen 13,  Shah Alam, Selangor Bonde telah mendaftarkan diri sebagai Sweetest dan Bravest Pasangan di Town! iaitu Cabaran Makan Blueberry Cheesecake Lava Cake haaa siapa tak teruja nak cuba kannn jadi Bonde dan Kanda pon menjebakkan diri  dan selain itu ada CABARAN MAKAN DESERT BAHARU DOMINOS IAITU BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE

CABARAN MAKAN DESERT BAHARU DOMINOS IAITU BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE


Penerangan dari MC Domino's untuk acara yang kami akan sertai dan ada sedikit kuiz dibuat sebelum cabaran bermula yang bestnya masa kuiz ni, Kalau  dapat jawab soalan dengan betul boleh terus dapat voucher dari Domino's ha bestkan..... tepukkkk tepuk..

CABARAN MAKAN BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE BERMULA

Untuk cabaran ini kami telah diberi kumpulan, untuk Bonde dan Kanda, kami telah di tetapkan "Team 5" hambekk tag besar tu hah... Ada 12 pasangan yang menyertai Cabaran kali ini... Bonde dari suka-suka menyertai jadi teruja nak menang, sebab hadiah yang ditawarkan sangat-sangat menarik.

Hadiah Utama
Parti Pizza untuk 50 pax bernilai RM800.00
Hadiah Pertama
Bekalan Pizza Xtra Besar selama satu tahun bernilai RM541.20
Hadiah Kedua
Bekalan Pizza Besar selama satu tahun bernilai RM427.80
Hadiah Ke-3
Bekalan Pizza Biasa setahun bernilai RM315.00 setahun
2 x Hadiah Saguhati: Super Combo bernilai RM59.20
4 x Hadiah Saguhati: Buddy Combo bernilai RM42.90


Mc memberi penerangan dihadapan, kami yang ditengah ni tak dengar dengan jelas dan tak alert apa yang MC cakapkan. Sebab dah tak sabar nak makan BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE


Kanda dah standby dan ready nak makan BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE....


KEPUTUSAN SARINGAN PERTAMA

Dengan rasa sedih pilunya dan hampa kami adalah dua pasangan yang terkeluar pada peringkat saringan pertama. Ha ha ha lepas tu kami dok tepi meja menilai kesalahan yang dibuat ha ha ha... Kanda cakap macam dekat bawah ni, mungkin empat kesalahan ini punca kami terkeluar. (kah kah kah)

1. Makan  BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE tak gunakan sudu. (Bonde tak perasaan ada sudu dalam kotak tu)

2. Makan dengan gelojoh (rupanya kena makan dengan sopan haru betul kami buat)

3. Tak lapkan tisu dimulut Kanda yang comot (Bonde terus bagi tisu suruh Kanda lap sendiri haaaa tepukkk)

4. Keluar garisan Merah (Mungkin tak perasaan terkeluar garisan merah yang ditanda)

KAMI HAPPY...

Walau tak menang tapi kami masih happy... sebab kami ni bukan selalu masuk cabaran yang macam ini, sudah tentu-tentulah kami ni kalah ha ha ha





PULANG BAWA BERSAMA SET PIZZA DAN  BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE

Kami pulang bukan dengan tangan kosong... bawa bersama dua kotak  BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE dan 1 Kotak Pizza, 1 Kotak dan dua air tin Pepsi dan sekeping voucher untuk kami klim Pizza untuk akan datang... Syukur Alhamdulillah.

 BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE


REVIEW DARI BONDE UNTUK BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE

BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE - memang sedap sangat... makan semasa panas bluberry yang dekat dalam tu cair lagi tahu tak? rasa dia sangat manis bersatu pula dengan rasa cheese tu... padu beb rasa dia.

Emmmm yummy! cukup makan satu untuk satu-satu masa.. makan dengan penuh nikmat yang tidak terhingga, pasti puas! Anda kena cuba sendiri.  Terima Kasih Dominos.


Customer Favorite

Pizza Cheeda Cheese Tarik

HARGA PROMOSI SET YANG KAMI MAKAN

Customer Favorite - RM 22.55

Blueberry Cheesecake Lava Cake - RM 7.10




Domino ini Seksyen 13, Ground Floor Jalan 13/28 , Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

Untuk set dan nikmatilah BLUBERRY CHEESECAKE LAVA CAKE anda. Sebarang info lanjut dan maklumat anda klik url link dibawah dan boleh terus buat tempatan


Laman Web : www.dominos.com.my




~ Bonde Senyum Riang ~

Baca entri yang lain

23 TEGURAN MEMBINA

  1. Best la bonde..SA x dot join hari tu..bukan main lagi bonde bh..x menang xpe asalkan kita happy

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap blueberry cheese lava cake tu bonde. Wajib cuba ni sebab ana peminat cheese dan cake. Selalu order yg choc lava tu je.

    ReplyDelete
  3. Wahhh sedapnya menu baru ni. Xpe bonde sekurangnya seronok dpt join bt bnda ni.

    ReplyDelete
  4. Seronoknya Bonda.. ala tak kisah la menang ke kalah, yang penting kita happy kan Bonda. Lagi best dapat bawak balik makanan tu semua.. sedapnya. Harus cuba nanti nie..

    ReplyDelete
  5. Sweet nya bonde husband n wife. Acara mcm ni boleh eratkan lagi kasih syg

    ReplyDelete
  6. YA Allah sedapnya Bonde! Kalau ni la cabarannya, hari2 syaza nak masuk haha. hadiah pertama dia syoknya. tahniah bonde. yang penting bonde dapat join :)

    ReplyDelete
  7. Ya ampun terliurnya tengok. Wrong timing ni. Dah tengah lapar. Hehe. Nampak sedap la blueberry cake tu. Hadiah pun best2 belaka. Jenuh makan kalau menang selama setahun

    ReplyDelete
  8. Saya suka sangat dessert baru dominos ni bonde. kalau order dominos mesti order sekali dengan blueberry cheesecake dieorang. tapi sedihnya kan, saya order online, 2 kali order saya rider buat tumpah cheesecake. sedihhhh

    ReplyDelete
  9. biasa mkn choc lava tu je..tu pun manis..blueberry ni lak agak2 manis lagi ke ada masam masam manis? kena cubalah nanti ni

    ReplyDelete
  10. wow best nyer bonde.
    aduhai! ngidam nyer!!! aida lom sempat try lah.
    satu pun lom try tau.
    untung lah dpt cabaran ohsem ni. nape takde org offer aida gini ha ha ha ha :)
    blueberry... cheese cair... hadoi sure nyaman jer ekk time bonde makan tu.
    i can imagine kesedapan nyer. ohmaidominos :)

    ReplyDelete
  11. Best yer dapat join event ni.Rugi tak dapat hari tu sbb jauh nak pergi. Dapat makan pizza free best yer!

    ReplyDelete
  12. Uittt terliur pulak sis tengok Lava Cake tu. Sedap ekk? Sis belum cuba lagi, nanti nak cuba jugak lah.
    Apa2 pun tahniah sebab berani sahut cabaran, walau tak menang janji happy kan..:D

    ReplyDelete
  13. wah best best hadiahnya bonde.takpe walaupun tak menang tapi tetap bawa balik pizza dan lava cake tu.tengok pun dah terliur.

    ReplyDelete
  14. hahahahah comelnya bonda...btw kawan ayu banyak join contest ni...GP tu adlyn, no 2 tu dyat dan osteri dan no 3 kot ina dan suaminya....dowang mmg selalu jlin contest bonda tu yang tahu strategi kot..tapi seronok juga kan jopin contest mcm ni dengan pasangan masing2

    ReplyDelete
  15. Waahh... banyak sekalo hadiahnya tuh. Selamat baginyang menang bisa berpesta pizza. Bagibyang blom menang juga harus tetap srmangat ya. Semoga lomba berikutnya bisa menang. Amin

    ReplyDelete
  16. Alamak bukan main berkeju lagi semua ni. Dari pizza sampai lah ke kek keju yang penuh kekejuan yang pasti menyelerakan (dan menggemukkan. Heheh)

    ReplyDelete
  17. Wah syok lah bonde sebab dapat makan kek kek berkeju ni banyak banyak. Ada orang belanja pulak tu. Hehe. Tak payah risau pasal bajet.

    ReplyDelete
  18. Lama dah Maznee tak makan di domino. lAst hari tu masa bulan puasa. Dah lebih kurang 2 bulan berlalu. Boleh lah cuba esok.

    ReplyDelete
  19. Bonda.... bestnyaa...alaa tak pelah bonda tak menang asalkan happy. satu lagi memori untuk disimpan dan dikenang.. :D

    ReplyDelete
  20. Tak menang pun takpa, yg penting puas hati dan puas perut. haha ^^ bestlah bonde dapat join event ni.

    ReplyDelete
  21. Yummynya tengok cheesecake tu kan bonda. Hari tu ingat nak makan jugak, tapi dah xde stock pulak. So harap lepas ni boleh cuba. Ala bonda, xmenang takpe, janji happening masa pertandingan tu

    ReplyDelete
  22. Ala bestnya. Kek ni kalau ruby makan, confirm settle. Yumm Yumm ruby suka Kek tu. Nanti nak kalau ada cabaran makan kek ajak tau. Hahahaha. Kak nanti join Churros plak. Hehehe

    ReplyDelete
  23. Ini tak perlu cabaran pun sebab memang menyelerakan. Apatah lagi makan ada orang belanja kan. Hehe memang terbaik tu

    ReplyDelete

~Awak sportinglah....terima kasih bagi comment.
~sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...
~Dari Bonde Senyum Riang


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di iffah208@gmail.com. 

[PENAFIAN] www.bondezaidalifah.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini. 

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri. 

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Arkib Blog

JUMLAH PAPARAN HALAMAN