PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2

PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2 Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai reader semua, Ramai yang tidak sabar menunggu kemunculan drama ini, dikaca TV termasuklah Bonde sendiri nak tahu sangat sambungan kisah Alisha, Kuzairi dan yang penting Mak Cik mulut puaka iaitu Mak Cik Salbiah.  Kalau anda masih ingat lagi.. drama ini dimainkan pada tahun 2016 mesti anda sakit hati tengok... PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2.

PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2


PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2

TONTON FULL EPISOD PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2 



Saksikan kesinambungan drama 'Patahnya Sebelah Sayap (2016)' yang dibintangi oleh Aeril Zafrel dan Ummi Nazeera. Drama mini 4 episod istimewa sempena ramadan raya, dibawakan khas oleh Nivea. Akan bersiaran mulai 22 Mei, setiap Selasa pukul 9:50 malam di TV3.


JUDUL : PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2

JUMLAH EPISOD : 4 episod

TARIKH TAYANGAN : 22 Mei 2018

WAKTU SIARAN : Selasa, 9.50 malam

SIARAN TV : TV3

PENULIS SKRIP : Nieza Nahar

PENGARAH : Ayie Mustafa

TERBITAN : Creative Skill Solution

PELAKON : Aeril Zafril, Ummi Nazeera, Alyssa Dezek, Normah Damanhuri



SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP 2

Mengisahkan kehidupan Alisha 10 tahun kemudian apabila mendirikan rumah tangga dengan Kuzairi dan dikurniakan anak perempuan, Tasha (Alyssa Dezek) berusia 9 tahun.



Alisha adalah isteri dan ibu yang penyayang selain hebat dan rendah diri. Suatu hari, ketika menghadiri mesyuarat PIBG Tasha, seorang ibu pelajar di sekolah itu mengenali Tasha dan sejarah silamnya.



Dia kemudian memberi amaran kepada anak perempuannya, Hanna untuk menjauhi Tasha. Berita tersebar luas di kalangan murid. Hanna mempengaruhi kawan lain untuk menjauhi Tasha. Tasha merasa dirinya dibuli, terpinggir dan sering menangis sendirian.



Makcik Salbiah (Normah Damanhuri) melihat kejadian itu dan menghiburkan Tasha yang mereka menjadi kawan. Alisha juga setiap malam memperdengarkan Tasha ayat yang penuh kasih sayang dan untuk menjadi seorang yang baik.
Selamat Menonton...




~ Bonde Senyum Riang ~

Anda Mungkin Menyukai Bacaan Ini

1 PEMBERI ULASAN

  1. Oo ada part 1 ye. Ana sempat tgk part 2 masa ep akhir. Happy ending juga.suka sgt.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.