TONTON FULL EPISOD PATAHNYA SEBELAH SAYAP



Assalamualaikum Dan Selamat Malam..

Aduh-duhhhh napelah jahat sangat Amzar ni... tengok episod 14 hari tu sampai emak sendiri pon dia cekik, apa nak jadi Amzar ni.......

Amzar dah jadi tak betul asyik dibayangi kesilapan demi kesilapan yang dia buat.

Alisha nampak sangat penyabar .... dengan apa yang terjadi, dia masih boleh teruskan kehidupan walau jauh disudut hatinya penuh kesedihan.

Dengan kehadiran Mak Cik Salbiah yang asyik berfikiran negatif... (tolonglah Mak Cik!!!!)

Kuzairi sekarang awak yang terhegeh-hegeh kat Alishakan! lain kali dengar dulu penjelasan dari Alisha !

Anda semua nak repeat tengok klik link dekat bawah yea.


Patahnya Sebelah Sayap

Link untuk tonton full Episod Patahnya Sebelah Sayap

[1-15] sweet Ending

Patahnya Sebelah Sayap

Patahnya Sebelah Sayap


SINOPSIS PATAHNYA SEBELAH SAYAP


Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

Image result for pelakon patahnya sebelah sayap

Image result for pelakon patahnya sebelah sayap

Patahnya Sebelah Sayap

Kuzairi dan Alisha

Patahnya Sebelah Sayap

Pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap

Ummi Nazeera sebagai Alisha


Aeril Zafrel sebagai Kuzairi


Izzue Islam sebagai Amzar


Wawa Zainal sebagai Tania


Syainie Shuhaimi sebagai Lin


Putra Amaris sebagai Rizal


Zainab Othman sebagai Halimah


Normah Damansuri sebagai Salbiah


Neera Azizi sebagai Mira


Muhamad Faiz sebagai Mirul


Mili Sebagai Habibah




 
 ~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

0 Ulasan