SINGLE TERBAHARU SEVEN COLLAR T-SHIRT BERJUDUL LINE



Assalamualaikum Dan Selamat Malam...

Hai reader semua,


Laguna Music membawakan single terbaru Seven Collar T-Shirt, ‘Lines’ dari album terbaru mereka yang bakal siap pada April 2018.

Sebuah produksi rakaman Jeffrey Little, ‘Lines’ menampilkan muzik yang epik serta alunan melodi yang amat lantang dan bersemangat dari Saiful Ridzuan, amat berbeza dari rakaman mereka sebelum ini.

SINGLE TERBAHARU SEVEN COLLAR T-SHIRT BERJUDUL 'LINE'


  SEVEN COLLAR T-SHIRT 


Album ke empat yang dinantikan ramai ini akan menonjolkan kematangan dalam hasil penulisan lagu

Seven Collar T-Shirt yang telah bertapak di industri muzik tanah air selama 21 tahun lamanya.

Manakala muzik video bagi ‘Lines’ telah diarahkan oleh Jordan Suleiman dan ÍCara yang berkonsepkan futuristik kini boleh ditonton di laman Youtube Laguna Music. https://youtu.be/2z2ic2z1Wk4


SevenCollar T-Shirt atau SCTS telah ditubuhkan pada tahun 1997 bersama ahli anggota asal Saiful Ridzuan, Muhammad dan disertai oleh Adil Ali dan Sim Keng Lee. 

Mereka telahpun menghasilkan tiga album Freeway Dreaming & Broke (2002), Drones (2004) yang tercalon dalam kategori Album Inggeris Terbaik di AIM 2005. The Great Battle (2009), 

Album ketiga mereka juga telah tercalon untuk Album Inggeris Terbaik dan juga Kulit Album Terbaik di AIM 2010. 

Album keempat yang bakal mewarnai industri muzik tanahair adalah album yang dinantikan di kalangan peminat dan pemuzik tempatan.


~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. macam pernah dengar je nama group ni.. kena usha balik..

    BalasPadam
  2. Kira dah lama juga kumpylan ni ditubuhkan ya bende

    BalasPadam
  3. KUMPULAN BARU KE KUMPULAN LAMA NI..KENA CHECK LA..X PERNAH DENGAR LAGU DIORANG LAGI..

    BalasPadam
  4. tak pernah denagr group ni..kena tengok youtube lagu diaorang apa..kot best..ehhe

    BalasPadam
  5. Laaaa... Tak 21 tahun bertapak. Tapi kenapa tak pernah dengar pon nama kumpulan ni... hurmmm...

    BalasPadam
  6. Kita tak kenal pun band ni. Tapi nama band dia style gak tu, seven collar shirt. Ada cerita disebalik nama band tu tak?

    BalasPadam
  7. Jujurnya saya memang tak perasan pula band yang ini, Tapi takpe nanti - nati boleh search dekat you tube :)

    BalasPadam
  8. first time dengar nama Seven Collar T-Shirt ni. Ada some members looks familiar. btw, goodluck for new single :)

    BalasPadam
  9. wow kumpulan baru ke lama ? i baru kenal. mungkin tak lama lagi akan jadi famous

    BalasPadam
  10. Kali pertama dengar ni seven collar tshirt... Lagu diorg best ke? Nak try g dengar kat youtube lah

    BalasPadam
  11. they looked a bit punk or rock jugak right since it's all black. haha

    BalasPadam
  12. tak pernah tahu pun kumpulan ni, thanks bonde share. boleh dengar jugak ni :)

    BalasPadam
  13. Tak pernah kenal group ni. Mewarnai industri seni tanahair....

    BalasPadam
  14. Mcm pernah dgr nama kumpulan ni..nanti nk try dgr lagu mereka di utube

    BalasPadam
  15. didn't know about this band. looks good

    BalasPadam
  16. Dah lama juga bertapak dalam industi tanah air. Bias akalau group macam ni mesti hasil karya mereka menarik. Akan cuba hayati lagu-lagu dorang ni nanti.

    BalasPadam
  17. Tak pernah dgr nama grup ni.. dia mmg underground ehh

    BalasPadam
  18. indie band ke ni Bonda? Biasanya diorang ni power tapi senyap2..tak macam mainstream

    BalasPadam
  19. Lama juga Seven Collar Tshirt ni menapak dalam bidang industri ni. Bagus juga buat single terbaru atleat buat comeback untuk peminat tersayang kan.

    BalasPadam
  20. Macam pernah dengar nama ni. Tak ingat la judul apa lagu dia yang sedap. tp kalau dengar mesti nyanyi sama.

    BalasPadam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.