THAI FISH BURGER PEDAS KENA DENGAN CITARASA TEKAK KAMPUNGANKU



Assalamualaikum Dan Selamat Petang...


Hai reader semua...

Bonde nak share dengan anda semua... Masa pergi Penang hari tu, Malam kedua ada game untuk Double main, So tak boleh makan makanan berat-berat. (kang termuntah pulak mereka yang nak main tu)

Jadi kami buat keputusan makan makanan fast food sahaja memandangkan terdapat Mcdonalds di Sunshine Mall ini.  Terus kesitu jerlah kami serbu.  Lama tak makan Mcdonalds.  

Ada burger baru tau.. Jadi Bonde nak try makan Burger baru tu boleh klik sini untuk tengok iklan : https://www.mcdonalds.com.my/videos/thai_tvc.mp4


THAI FISH BURGER PEDAS KENA DENGAN CITARASA TEKAK KAMPUNGANKU

THAI FISH BURGER, MCDONALDS, BURGER SEDAP, CITARASA THAI,


Tadaaaaa ...

THAI FISH BURGER, MCDONALDS, BURGER SEDAP, CITARASA THAI,

Ba chak sikit dengan dengan Thai Fish Burger ni!

THAI FISH BURGER, MCDONALDS, BURGER SEDAP, CITARASA THAI,

Nah.... Jom makan...

THAI FISH BURGER, MCDONALDS, BURGER SEDAP, CITARASA THAI,


Review Bonde,

Thai Fish Burger ni memang sedap sekali, dimakan dengan penuh nikmat dan rasa syukur... makan sambil pejam mata, rasa Sos kari hijau dengan cili api yang sedap tu tak perlu top up sos kimball lagi... cukup pedas dan cukup rasa masam limau.

Bonde tak nak rekemen dekat anda.. tapi anda pergilah makan dan rasa sendiri.

Bagi Bonde, 
sudah pastinya... akan repeat lagi...sebabnya sedap.


'flashback'

Memandangkan masa makan kat Mcdonalds ni.. Bonde tukang jaga meja jadi naklah selfie seketul sementara tunggu mereka yang mengoder makanan di kaunter tu.


THAI FISH BURGER, MCDONALDS, BURGER SEDAP, CITARASA THAI,

Anda yang terliur dengan Thai Fish Burger ni... cepat-cepatlah pergi ke Mcdonalds untuk menikmatinya sementara promosi masih ada.

~ Bonde Senyum Riang ~

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. ramai cakap sedap.. nak try jugakla hehe..

    BalasPadam
  2. Burger ni la yang Dania sibuk suh SA belikan tu eh..ingat burger yang roti dia hitam tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Burger ni Sos dia agak pedas kalau Diana suka pedas kena belikan bagi dia rasa

      Padam
  3. tak pernah try lagi yang baru ni. Haritu try set breakfast syok tapi masin benar

    BalasPadam
    Balasan
    1. la yea ker... terlebih garam ke.. kalau macam tu boleh complain dekat kaunter minta tukar.

      Padam
  4. Macam best pulak..ada lagi ke promo ni,bonde..tak baper nak alert sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum pergi tgk dekat laman web mcdonalds dulu ada tak promosi? Bonde jarang makan dekat mcdonalds benanya... he he he

      Padam

[PENAFIAN]

Saya adalah pemilik blog www.bondezaidalifah.com secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

~Awak sportinglah....terima kasih sudi tinggalkan komen dibawah.

~Sila tinggalkan link untuk Bonde balas kunjungan...

Terima kasih.